Jungleman Publish time 16-6-2022 11:49 PM

BM question

Saya cuma dapat B atau C+ dalam BM. Tak ingat. Mana yang betul?

Jauh dari rumah

atau

Jauh daripada rumah?

Dah lama nak tahu ayat mana yang betul.

musangbodoh Publish time 17-6-2022 03:08 AM

mencabar minda soalan TT nie...jap nk check bp...tetiba rasa nk pengsan.......{:runo

kakikuDibibirmu Publish time 18-6-2022 11:10 PM

Dari untuk tempat dan masa, jadi, guna dari rumah

Kalu daripada untuk perbandingan contohnya Bainun lebih gemok daripada badak air, atau pun sebagai punca, contohnya, iPad Pro generasi ketiga diperbuat daripada rumah dan akar-akar kayu

Indahnya Publish time 20-6-2022 12:46 AM

Iols ingat lagi tusyen dulu2 cikgu ajar dari - arah, tempat, masa. Igt dri 2008 smpai sekarang woo

Shazm Publish time 20-6-2022 08:57 PM

Jauh dari umah..daripada tu utk org

CariMalay Publish time 21-6-2022 04:16 PM

Jauh dari rumah yg betul. Kalau daripada tu untuk orang. Contoh "surat ini daripada Aminah". Daripada boleh jugak digunakan dalam situasi lain macam yg diterangkan kakikudibibirmu kat atas tu tadi, iaitu untuk perbandingan atau sebagai punca

Seriouslahh Publish time 24-6-2022 11:48 PM

Jauh dari rumah rasanya yg betul
Pages: [1]
View full version: BM question


ADVERTISEMENT