Individu Dakwa Gaji RM2 Ribu Cukup Sara 3 Isteri, Rezda Minhat Tampil Bidas Kenyataan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/191124hmbraap3hrs8h1hb.pngPelakon, Redza Minhat menerusi Twitter meluahkan ketidakpuasaan hatinya terhadap satu kenyataan seorang individu yang mengatakan gaji kecil asalkan berkat pasti dapat menampung kehidupan walaupun beristeri tiga.
Agama Islam membenarkan poligami namun ada syarat tertentu yang harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu terutama sekali sama ada lelaki tersebut mampu bersikap adil terhadap isteri-isterinya serta mempunyai kewangan yang kukuh bagi menampung segala perbelanjaan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/194856o2mumd5utk44bm2k.jpg
Pemilik nama sebenar Shahredza Minha yang pernah menjadi tunjang filem KIL itu berkata perkara itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan agama. Kenyataan seperti itu hanya alasan yang sering digunakan oleh segelintir lelaki Melayu.
"Tidak ada kaitannya dengan agama, ini hanyalah omong kosong yang dikatakan oleh lelaki Melayu.
"Cuba tanyakan pada isteri-isterinya," tulis Redza.
https://www.instagram.com/p/CO0wwAxFs0Q/
Pandangan yang diutarakan itu menarik perhatian ramai turut sama membidas kenyataan individu berkenaan. Masing-masing mempertikaikan konsep 'cukup' yang dimaksudkan oleh individu yang mengaku mempunyai tiga orang isteri itu.
Ada juga yang mengatakan berkemungkinan ketiga-tiga isterinya itu mempunyai pekerjaan bagi menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi apatah lagi barang-barang keperluan pada masa ini semakin meningkat naik.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201359mqjzkjzlj0sjvz1a.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201400tzec5evv757cqlqa.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201400hbfvvohiguogffgf.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201400t57zyemady75p7ax.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201400mj58pkl63k8l2jqz.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/201400m8hyohxdxo0wj8ot.jpg
Bagaimanapun, ada juga yang menyelar pendapat Redza mengenai perkara itu dan menuduh dia tidak mampu untuk memahami konsep qanaah dan keberkatan rezeki.
Tidak hanya mendiamkan diri, Redza yang juga seorang penulis skrip menjelaskan dia cuku memahami bagaimana keberkatan itu penting dalam rumah tangga namun menegaskan bahawa seorang isteri itu juga sebenarnya sudah cukup buat seorang lelaki.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/202053cy2fprzyjokov4i1.jpg
Memuat naik ciapan itu semalam, sehingga artikel ini ditulis, isu berkenaan masih menjadi perdebatan di Twitter. -CARI
ni tahap maulana ni..
nak tahu bini2 dia keja ke suri rumah...
ada anak tak? kalau ada mcm dgn duit susu pempers semua..
ke bini dia yg tanggung... Tiga² bini tanggung hang memang laa cukup spesis biawak ke
bini2 tanggung jenis cakap kt bini2 sama2 la tanggung keluarga mmg la voleyy kan? redha ke bini2 nya tu? iolss pun terpikir ntah2 bini2 dia tu kerja n tanggung diri sendiri n anak2 (kalau ada)
Bini2 dok ulur bantu mesti ler cukup iols hidup sorg sebulan 5k pun rs x ckup how ? x berkah kah gaji iolsselama inniyyy????? yihhhhhhhhhhhhhhhhhh Asalkan bahagia la... Bini2 dia pun dengan rela hati nak support laki dia, kita nak cakap apa?
We all need to work on our own happiness..
Edited by glump at 17-6-2022 10:02 AM
Gaji dia $2.8K, lain bini2 dia yg bayar .
depan mata pernah terjadi , lelaki ni asal nya ada1 bini tiada anak. kerjaya hanya sebagai freelance main musik Ghazal. kemudian khawin ke2, dapat anak 4 orang. Isteri pertama menjaga anak isteri kedua dimana madu2 ini duduk sebumbung. Isteri ke2 bekerja untuk sara hidup mereka 7 orang. Suami sekadar nama ... kemudian suamiberkahwin lagi yg ke3..terus isteri yg ke 2 keluar and minta cerai..anak2 semua tak mau ikut sebab lebih biasa dengan isteri pertama.. ee sakitnya hati lelaki mcm ni Bini tanggung lah tu sebab my husband tanggung diri ku ini..
Kerja part time bersih 1200 camtu pun cukup hidup mewah siap shopping lagi, sebab duit gaji hanya tuk diri sendiri.. glump replied at 16-6-2022 05:28 PM
Gaji dia $2.8, lain bini2 dia yg bayar .
depan mata pernah terjadi , lelaki ni asal nya ada1 bin ...
Kesiannya isteri no 1.....
Tinggi kesabarannya......
Isteri no 2 pun kesian....tanggung bewak..... hidup terlalu singkat untuk bela bewok
ewww yihhhhhh yucksssssss
Pages:
[1]