Raline Publish time 15-6-2022 09:16 PM

Netflix cari peserta permainan Squid Game sebenar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/squid-game.png
PESERTA yang layak bakal berpeluang merebut hadiah berjumlah AS$4.56 juta (RM20.16 juta). - Noh Juhan/Netflix


Netflix cari peserta permainan Squid Game sebenar

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Netflix sedang merekrut para peserta dari seluruh dunia bagi menyertai siri realiti televisyen Squid Game yang sebenar, lapor laman Entrepreneur semalam.

Pertandingan yang mencari 456 pemain itu merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan oleh siri asal tersebut dan penambahan baharu yang mengejutkan, kata Netflik dalam satu kenyataan.

Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).

“Peminat drama itu bakal menyaksikan perjalanan 456 peserta mengharungi pertandingan terbesar pernah diadakan yang penuh dengan ketegangan dan kelainan untuk merebut hadiah wang tunai yang besar,” kata Naib Presiden Siri Tanpa Skrip dan Dokumentari Netflix, Brandon Riegg dalam satu kenyataan.

Siri itu bakal ditayangkan dengan 10 episod panjang dan difilemkan di Britain.

Halaman yang merekrut peserta pertandingan itu memaklumkan bahawa pemain bakal mengharungi situasi permainan Squid Game yang tidak diketahui penamatnya.

Mereka akan bersaing dalam satu siri permainan untuk menjadi satu-satunya peserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai.

“Sila ambil perhatian: Menang atau kalah, semua pemain tidak akan cedera. Tetapi jika anda menang, anda menang besar!” demikian kenyataan pada laman web itu.

Rancangan itu sedang mencari pemain yang boleh berbahasa Inggeris dari seluruh dunia.

Pemohon mestilah berusia 21 tahun ketika membuat permohonan, memiliki pasport yang sah dan bersedia menjalani penggambaran selama empat minggu pada awal 2023. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06/15/netflix-cari-peserta-permainan-squid-game-sebenar/

kseriestv Publish time 18-6-2022 04:13 PM

Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:21 AM

---EDIT--SPAM----

Trismos Publish time 24-6-2022 08:17 PM

Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:21 AM

---EDIT--SPAM-----

tonydfs Publish time 6-10-2022 07:47 PM

Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:20 AM

---EDIT----SPAM----

tonydfs Publish time 7-10-2022 06:33 AM

Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:21 AM

---EDIT---SPAM---
Pages: [1]
View full version: Netflix cari peserta permainan Squid Game sebenar


ADVERTISEMENT