CARI-MAL Publish time 15-6-2022 05:06 PM

Keluarga Bebal Tak Menyempat Atau Pemandu Tiada Ehsan Tak Bagi Lintas Jalan?

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dek tindakan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang melintas jalan raya bersama-sama.


Difahamkan, keluarga itu ingin ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/170437qdb0z633nq663v6z.jpgFB




Dalam tiga saat pertama, lelaki itu dilihat sudah bersedia ‘mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi ke tengah jalan raya sehingga membuatkan kereta itu terpaksa brek mengejut.


Lebih mengejutkan apabila lelaki itu sempat memberi isyarat tangan seperti memarahi pemandu berkenaan kerana tidak memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang untuk mereka melintas jalan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘panas hati’ melihatkan sikap lelaki itu yang tergesa-gesa dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.




202206up_1655283683223
FB Ah Wen


Sementara itu, pemandu dikenali sebagai Ah Wen berkata, dia berasa lega kerana kereta di belakangnya tidak merempuh kenderaannya.


Jika tidak, pasti akan berlaku kemalangan jalan raya sekali gus menimbulkan kesesakan pula.




Sumber: BeautifulNara

tri-max Publish time 15-6-2022 05:50 PM

oooiiiittak tahu ke org malaysia tulang besi urat dawai langgar tak mati
tak guna buat zebra crossing tu,, depa bukan pakai... otak pon depa tak pakai :lol:

Catpaw Publish time 15-6-2022 06:16 PM

dah marah lepas tu provok orang pula..

Catpaw Publish time 15-6-2022 06:17 PM

Tapi nampak sebelum laki tu nak lintas memang ada jeda masa sekejap... kira dia bajet sempat la nak lintas... tetiba kereta ni laju kot...

Artemesiaa Publish time 15-6-2022 06:32 PM

Cer depan lori 8 tayar sanggup tak dia mengacah macam tu silap2 terus berubah alam

Samerosie Publish time 15-6-2022 07:10 PM

Ini namanya jaywalking bukan tempat melintas.Kat malaysia ke boleh negeri lain kena saman kau satu family.

merrissa Publish time 15-6-2022 07:44 PM

Tp betullah kekdng rkyt msi ni x menyepat nak melintas . Time org laju tgh ko nak gune kuasa tgn ko nasib baik x terllnggr kalo idak naya aku. Tgu la lampu merah adoiyai

hareeeesah Publish time 16-6-2022 12:12 AM

Giler siap acah dgn stroller kot terlajak langgar ko salahkan org. Tu bukan tempat lintas, jalan besar busy kot.. aku geram sbb td aku kena budak skolah menengah melintas main lari je siap tolak-tolak kawan kat jln besar depa malas tunggu traffic light. Harey btul

ketambangkang Publish time 16-6-2022 08:22 AM

org dh bagi lintas tu angkat tangan terima kasih la babi

Cpkay Publish time 16-6-2022 08:48 AM

tapi mcm laju je kete ni.. actually kalau ada anak kecik boleh je parking berbayar kat tepi kedai deen tu.. tak perlu cross jalan sibuk tu ..

azimodin Publish time 16-6-2022 08:52 AM

Laju x laju tu bukan issue. Issue sekarang ni jaywalking a.k.a melintas menonong acah2 kebal

She-Ra Publish time 16-6-2022 09:28 AM

aiyooooo.. otak mana otak abg oiii.. dh la siap bwk baby
cara dia melintas sgt la bahaya.. dr jauh kalau dh nampak kereta tu laju, bg jela lepas dulu, lainla kalau kt dpn tu mcm jem kereta tak gerak.. jd kereta yg nk dtg tu pun mungkin akan slow bg laluan

UMMI_MAI Publish time 16-6-2022 10:33 AM

bukan masalah kete laju ke tak... dah kenapa nak melintas time dah nampak ada kete ...bukan tengah jem kete benti2... aiyyoooo. dah jadi cam warga asing sesuka hati melintas lenggang kangkung sedangkan dah nampak kete dekat ... sejenis nak suh org brek utk dia ... adoiilaaaa...
Pages: [1]
View full version: Keluarga Bebal Tak Menyempat Atau Pemandu Tiada Ehsan Tak Bagi Lintas Jalan?


ADVERTISEMENT