Cintaerina Publish time 15-6-2022 04:48 PM

"Unik Dan Istimewa, Itulah Malaysia" – Pasangan India Bersanding Ikut Adat Melayu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/162356aqqaf7z8j340l377.pngSumber: Tiktok Pierre Emerick Lingesh




Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Pierre Emerick Lingesh, memaparkan pasangan pengantin yang sedang meraikan hari perkahwinan mereka.


Menerusi video tersebut, pasangan mempelai berbangsa India itu membuat kelainan pada majlis perkahwinan mereka dengan mengikut adat bersanding orang Melayu.


7108229310674177306


Pasangan pengantin itu juga turut mengenakan busana lengkap mengikut adat traditional orang Melayu dengan bersongket dan bertanjak. Unik betul!


Menurut Pierre, pasangan pengantin itu berkahwin pada 10 Julai lalu dan majlis perkahwinan dibuat khas untuk meraikan rakan-rakan pengantin lelaki yang merupakan anggota polis dan juga rakan kepada bapa pengantin lelaki yang merupakan bekas tentera.


Meninjau ke ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji pasangan pengantin itu kerana sanggup membuat majlis khas untuk menyambut rakan-rakan mereka. Di samping itu, netizen juga mendoakan agar perkahwinan mereka sentiasa bahagia hingga ke anak cucu. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/162226y2851rr742ipr54w.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/15/162226uvxqyw9z4064wnf8.png

Sumber: Tiktok Pierre Emerick Lingesh






Artemesiaa Publish time 15-6-2022 06:34 PM

Mesti dia ada ramai kawan2 melayu dan berpakaian macam tu untuk meraikan mereka yang datang sama

Thunderclouds Publish time 15-6-2022 07:05 PM

Ade dak geng agama dia merempan nnt lari akidah mcm geng mulayu?? Tanye jurrr

Samerosie Publish time 15-6-2022 07:11 PM

Cuba org melayu lak bersanding cam orang india sure kena kutuk berjemaah.

jazaa100 Publish time 15-6-2022 07:34 PM

Samerosie replied at 15-6-2022 07:11 PM
Cuba org melayu lak bersanding cam orang india sure kena kutuk berjemaah.

Aah kann.....

Nati kuar le setazah jadian.....

Mary_jane Publish time 15-6-2022 09:26 PM

Mostly yang jadi anggota & join gomen ni dah sebati dengan budaya melayu. Tapi mulayu jek kebangga budaya luar, malam berinai haruslah tema Bollywood gitew.

ketambangkang Publish time 16-6-2022 08:26 AM

bersanding tu memang adat india asalnya

supernaturalee Publish time 17-6-2022 04:20 PM

ketambangkang replied at 16-6-2022 08:26 AM
bersanding tu memang adat india asalnya

tu lah pasal
mcm kelakar plak
lupe kot msg2

tp smart la laki tu
berspek hitam nmpk ensem


ina_na Publish time 18-6-2022 11:03 AM

Samerosie replied at 15-6-2022 07:11 PM
Cuba org melayu lak bersanding cam orang india sure kena kutuk berjemaah.

Cousin aku dl kawin,mlm berinai tu siap joget2 Bollywood lg..semak lak tgk..tp nk bt mcm mn mak long aku pejam mata je pe anak dia nk bt...

Cokoro Publish time 18-6-2022 11:07 AM

Ohh. Dah biasa brgaul dgn org melayu. Keluarga anggota beruniform plk tu. Tahniah2. Ok je brsanding nk pakai apa pun. Org melayu kita lagilah, segala jenis baju dipakainya ;P

Samerosie Publish time 18-6-2022 12:02 PM

ina_na replied at 18-6-2022 11:03 AM
Cousin aku dl kawin,mlm berinai tu siap joget2 Bollywood lg..semak lak tgk..tp nk bt mcm mn mak lo ...

keluarga bapak sepupu org melaka, lepas bersanding adajoget lambak.

Racurve Publish time 18-6-2022 01:35 PM

adat melayu asal hindu tersenyum sinis

https://i.imgur.com/PTP2sPx.jpeg

Melloew Publish time 17-11-2023 09:30 PM

Raikan perbezaan

Mamidingdong Publish time 18-11-2023 12:09 AM

Bukan ke bersanding tu adat hindu?

any42 Publish time 19-11-2023 06:15 AM

wah. selamat pengantin baruuuu

bottombikini Publish time 22-11-2023 05:05 PM

takde pelik pun
melayu pun selalu malam berinai bersanding dgn mejlis boliwud

adelea Publish time 26-11-2023 01:03 PM

Samerosie replied at 15-6-2022 07:11 PM
Cuba org melayu lak bersanding cam orang india sure kena kutuk berjemaah.

Setakat nak sari tu xde masalah kot
Sbb pakaian je

Tapi adat perkahwinan mmg x boleh
Org islam mmg tak boleh menyerupai mana mana agama

Zeatyisaac Publish time 9-12-2023 03:50 PM

Samerosie replied at 15-6-2022 07:11 PM
Cuba org melayu lak bersanding cam orang india sure kena kutuk berjemaah.

Jarang bersanding cam India. Resepsi cara Kristian banyaklah.

Lily_Elizabeth_ Publish time 13-12-2023 07:27 AM

Lawa pengantin lelaki dan perempuan.

Skuau Publish time 14-12-2023 11:51 PM

ketambangkang replied at 16-6-2022 08:26 AM
bersanding tu memang adat india asalnya

t20 mana tau tu..depa nengok omputeh jer...;P:lol:
Pages: [1] 2
View full version: "Unik Dan Istimewa, Itulah Malaysia" – Pasangan India Bersanding Ikut Adat Melayu


ADVERTISEMENT