boca120879 Publish time 14-6-2022 09:35 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Berjemaah

Edited by boca120879 at 14-6-2022 01:46 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah, daripada Malik, daripada Nafi', daripada Ibnu 'Umar,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Solat berjemaah lebih baikdaripada solat bersendirian.
Dengan kelebihan dua puluh tujuh (27) darjat."
(Hadith Nasa'i no. 828)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 14-6-2022 10:08 AM

Edited by boca120879 at 14-6-2022 02:11 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah & Abdullah bin Numair, daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja` Az Zubair, daripada Aus bin Dlam'aj, daripada Abu Mas'ud Al Anshari,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Yang paling berhak untuk menjadi imam pada suatu kaum adalah yang paling bagus dalam membaca Al-Qur'an.
Jika mereka sama dalam membaca,maka yang paling faham dalam sunnah.
Jika mereka sama dalam sunnah,maka yang paling dahulu hijrah (memeluk Islam).
Jika mereka sama dalam hijrah,maka yang paling tua umurnya.
Janganlah seseorang menjadi imam dalam kekuasaan orang lain (tuan rumah atau seumpamanya).Dan jangan duduk di tempat keistimewaan di rumahnya.Kecuali dengan izinnya."
(Hadith Tirmidzi no. 218)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 2-8-2022 11:10 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Hafsh bin Umar, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Abu Ishaq, daripada Abdullah bin Abu Bashir, daripada Ubay bin Ka'ab,
"Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan solat Subuh bersama kami, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,"Apakah si fulan hadir?"
Mereka (para sahabat) menjawab,"Tidak."
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Apakah si fulan hadir?"
Para sahabat menjawab,"Tidak."
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Dua (2) solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang paling berat bagi orang-orang munafik.
Andai kata kalian mengetahui apa (keutamaan) yang ada pada kedua-duanya, nescaya kalian akan menghadirinya sekalipun dengan merangkak.
Dan sesungguhnya saf pertama adalah seperti saf para malaikat. Seandainya kalian mengetahui keutamaan saf pertama, nescaya kalian akan merebutkannya.
Sesungguhnya solat seseorang yang berjemaah dengan satu (1) orang, adalah lebih baik daripada solat sendirian.
Dan solatnya bersama dua (2) orang jemaah, adalah lebih baik daripada solat bersama seorang jemaah.
Semakin banyak jemaahnya, maka semakin dicintai oleh Allah Ta'ala."
(Hadith Abu Daud no. 467)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 15-9-2022 11:21 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Hajjaj bin Minhal, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Hurairah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidakkah salah seorang daripada kalian takut, atau apakah salah seorang daripada kalian tidak takut,
jika dia mengangkat kepalanya sebelum Imam(mendahului imam),
Allah akan menjadikan kepalanya seperti kepala keldai,
atau Allah akan menjadikan rupanya seperti bentuk keldai?"
(Hadith Bukhari no. 650)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 29-3-2023 10:58 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Uqbah bin Mukram & Nashr bin Ali Al Jahdlami, diceritakan oleh Abu Qutaibah Salm bin Qutaibah, daripada Thu'mah bin 'Amru, daripada Habib bin Abu Tsabit, daripada Anas bin Malik,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa solat berjemaah selama empat puluh (40) hari dengan mendapatkan takbir pertama,ikhlas kerana Allah,
maka akan dicatat baginya terbebas daripada dua (2) hal.
1) Terbebas daripada api neraka
2) Dan terbebas daripada sifat munafik."
(Hadith Tirmidzi no. 224)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 30-3-2023 09:36 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Ishaq bin Yusuf, diceritakan oleh Sufyan, daripada Abu Sahl (Uthman bin Hakim), daripada Abdurrahman bin Abu 'Amrah, daripada Uthman bin Affan,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang mengerjakan solat Isyaksecara berjemaah,itu seperti beribadah setengah (1/2) malam.
Dan barangsiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, maka dia seperti beribadah semalaman."
(Hadith Abu Daud no. 468)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Berjemaah


ADVERTISEMENT