Kenapa Kate Middleton Selalu Pakai ‘Plaster’ Di Jari? Istana Pun ‘Tiada Komen’
Penampilan anggun Kate Middleton sememangnya mencuri tumpuan setiap kali Duchess of Cambridge ini muncul di khalayak.Seperti biasa, kemunculannya sewaktu menghadiri sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II bersama Putera William serta dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte baru-baru ini, menjadi perhatian ramai.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/215131evw4ee3qktjedjd6.jpgKredit foto: The Sun/Getty
Namun, apa yang lebih menarik perhatian rata-rata peminat kerabat diraja Britain itu adalah pembalut luka (plaster) yang dilekatkan di ibu jari Kate, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan andaian.
Rata-ratanya tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Kate sehingga menyebabkan kecederaan dan menutupinya dengan 'plaster'.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/215131e97nisinwqwiney7.jpgKredit foto: The Sun/Getty
Namun, di tengah-tengah spekulasi yang bertebaran, Kate umumnya diketahui seorang yang gemar memasak dan berkebun.
Kate juga merupakan ibu kepada tiga anak kecil, sekali gus dilihat sebagai alasan 'logik' sekiranya dia terdedah kepada kecederaan kecil.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya ramai, Kate sudah beberapa kali dilihat mengenakan 'plaster' pada jarinya, lapor Daily Star.
Pada 2019, Kate turut memakai 'plaster' di jari ketika menghadiri Pertunjukan Bunga RHS Chelsea begitu juga pada tahun sebelumnya.
Pada 2016, Kate dikesan mengenakan 'plaster' pada ibu jari kirinya sambil membimbing Puteri Charlotte di gereja di Berkshire.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/215131ggniy14cp4oeycop.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/215131egv37gl9kml9u7yd.jpgKredit foto: The Sun/Getty
Apabila diajukan soalan mengenai plaster di jari Kate, Istana Buckingham menegaskan: "Kami tidak mempunyai komen mengenai plaster itu".
Sumber: mStar PW dah macam muka bapak dia dah dengan rambut gugur botak gitu, nampak tua nau dah..walhal dulu kemain handsome lagi berbanding Harry Badboy tu... btw, kahwin dengan perempuan lawa macam KM pun tetap anak-anak mewarisi wajah typical royal brik'ish yang big jaw tu ek.. humble je dia ni.. lawa plak tu Edited by Thunderclouds at 14-6-2022 10:24 AM
Dia rower kan kt kolej. Mebi masih exercise hari2. Tp pakai rowing machine. Jari naik blister. Aku tuduh lar. Kalo dia selfharm pn aku xheran. Xkan dia berani nk kirai the dark side of rf kot. Kang abeh kna ostracize ngan British tabloid mcm mm. Btw, wartawan cari mmg sejati mcm British tabloid ni hah. Menda ntah hapa2 pn nk tulih jadik berita. Thunderclouds replied at 14-6-2022 10:17 AM
Dia rower kan kt kolej. Mebi masih exercise hari2. Tp pakai rowing machine. Jari naik blister. Aku t ...
mungkin jugak kan
sebab meme boleh tercedera
toyol sedut darah? KM suka gardening.. Terfikir KM tanam apa sedangkan duk istana petik jari, semua dapat.. hurmm cantiknya kate, William nampak tua beno Ada eating disorder ke? Atau acik2 nak speku, PW ada orang lain? :lol: Mary_jane: Ada eating disorder ke? Atau a ...
Meol rasa kate pon tak kisah kot laki nya kalau berskandal. Kedudukan dia sgt la kukuh skang ni. Future queen of england / queen mother kalau laki nya mati. Apa nak heran laki berskandal Mungkin hobi mcm budak2 suka pakai plaster. Tp ni nmpk plaster bodo tu la xde design. Edited by delia3003 at 14-6-2022 09:44 PM
Injury-prone kot, bukan nye kerap sgt ber plaster pun kan. Lagipun, dia mmg suka gardening.
Anak2 PW dgn KM ni takde sorang pun muka panjang mcm diorang tapi gene tinggi tu kuat dapat kat anak2 pakai handyplast pon cantikk...tiberrr _blackbird replied at 14-6-2022 05:49 PM
Meol rasa kate pon tak kisah kot laki nya kalau berskandal. Kedudukan dia sgt la kukuh skang ni. F ...
trueeeeee
Ade org kate did tutup tattoo... Ntahla...
Pages:
[1]