Agent13k Publish time 13-6-2022 08:07 PM

Kesian Oyen Lawan Dengan Koyote, Tapi Yang Merakam Kejadian Lagi Kejam!

Seperti diketahui ramai, kucing yang berwarna oren atau nama panggilannya di Internet "Oyen" dianggap kucing yang mempunyai karakteristik tinggi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/175709kc90x9z0xyz0g6k0.pngkredit foto: Facebook



Baru-baru ini, ada video tular yang memaparkan seekor kucing oren bergelut menyelamatkan diri apabila diserang seekor koyote.

https://www.facebook.com/ABCNews/videos/715166813092727/

Difahamkan, rakaman CCTV itu dimuat naik seorang lelaki di Surfside Beach Texas, beberapa hari lepas.

Melihat video itu, kedua-dua haiwan itu berkejaran di sebuah balkoni, koyote berkenaan mencuba menyerang kucing itu tetapi gagal.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/175746x1zxmach8mlhxhmj.pngkredit foto: Facebook



Kucing berkenaan kemudian cuba menyerang koyote tersebut dan berjaya melepaskan diri dengan memanjat tiang balkoni sehingga membuatkan koyote terbabit berputus asa.

Menjengah di komen video, ramai yang kagum melihat kucing tersebut tidak patah semangat ketika bergelut dengan haiwan liar itu. - CARI

Cokoro Publish time 13-6-2022 08:44 PM

Hebatt oyenn. Rindu kt yenji :'(:'(:'(

musangbodoh Publish time 13-6-2022 10:05 PM

koyote tu nk mkn kucing.....anjing dia x mkn kucing tp suka carik2 smpai mati dibuatnya

che-cikL Publish time 15-6-2022 12:20 AM

Apa tajuk tulis perakam kejam pulak? Mmg itu CCTV rumah dia, bukannya dia duk tunggu tala camera kat depan pintu dia.
Kelas belakang betul penCari sampah.

copy_paste Publish time 15-6-2022 09:21 AM

kesian gemok nak lompat pun x larat,sibbaik lepas memanjat tiang
Pages: [1]
View full version: Kesian Oyen Lawan Dengan Koyote, Tapi Yang Merakam Kejadian Lagi Kejam!


ADVERTISEMENT