Cintaerina Publish time 13-6-2022 07:51 PM

"Berani Prank Bos Sendiri" - Netizen Tak Sangka Bos Mydin Sempoi, Sporting

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/184048qy7yx6xy9u75xsrm.pngSumber: Tiktok akak_wani


Siapa tidak kenal dengan pemilik pasaraya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang sangat terkenal dengan sikapnya merendah diri dan sangat disayangi pekerjanya.


Baru-baru ini, tular sebuah video dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai akak_wani yang memaparkan pekerja MYDIN berpakat dengan isteri Datuk Ameer iaitu Datin Dr Siti Hawa untuk membuat 'prank' kepada Datuk Ameer sempena ulang tahun kelahiran beliau.


https://www.instagram.com/tv/CelXwo8Bzuf/?utm_source=ig_web_copy_link


Menerusi video itu, kelihatan pasangan berkenaan berada di dalam kereta di mana Datuk Ameer sedang membaca surat khabar sambil bercakap-cakap dengan isteri beliau.


Tidak lama selepas itu, Datuk Ameer mula menyedari bahawa kereta dinaikinya seperti tersentak-sentak. Ketika itu juga pemandu Datuk Ameer memberhentikan kenderaan berkenaan di tepi jalan dan memberitahu Datuk Ameer bahawa kereta itu kehabisan bateri.


Selepas pemandu itu 'berlakon' membuat beberapa panggilan, kelihatan sebuah lori Mydin tiba di belakang kenderaan mereka, lalu Datuk Ameer dan isterinya terpaksa menaiki lori berkenaan.


Datuk Ameer kemudian mula perasan terdapat sebuah kamera yang merakam dirinya lalu terus bertanya mengapa ia berada di situ. Pertanyaan Datuk Ameer hampir sahaja membuatkan perancangan mereka kantoi, namun pemandu lori itu pandai mencari alasan.


Akhirnya ketika sampai di Mydin, Datuk Ameer disambut dengan meriah oleh pekerja-pekerjanya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat reaksi Datuk Ameer yang bersahaja dan tidak memarahi pemandu kereta itu. Datuk juga bertanyakan soalan dengan sangat berhemah.   - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/184047s4k6gk560actcq4a.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/13/184046w4yaya4pd564ihdv.png

Sumber: Tiktok akak_wani







Normabaru Publish time 13-6-2022 08:04 PM

Part nyanyi alahai lemau..mesti lupa nk rehearsal

Normabaru Publish time 13-6-2022 08:05 PM

Lain2 mmg kelakauuuu..kaya siap budi bahasa...gigi pun cukup lg..beza gila dgn makcik maki 35;P

Cokoro Publish time 13-6-2022 08:54 PM

Comel. Ingtkn istri dato sek2 dia jgk. Hehe. Suka prgi mydin mall sbb brgn dia variasi.

tukul Publish time 13-6-2022 11:26 PM

Melayu ye datin...

swimswim Publish time 14-6-2022 12:25 PM

Apo selebret birthday ada tarian singa

minahmanja Publish time 14-6-2022 01:09 PM

aku lg suke prank dato chinese tu.. yg ade comp transport tu..

jazaa100 Publish time 14-6-2022 03:31 PM

Muka seiras......:loveliness:
Pages: [1]
View full version: "Berani Prank Bos Sendiri" - Netizen Tak Sangka Bos Mydin Sempoi, Sporting


ADVERTISEMENT