Agent13k Publish time 10-6-2022 04:44 PM

Padi Habis Rosak Dipijak Oleh Pelancong Semata-Mata Nak Bergambar

Bagi mereka yang kali pertama melihat sawah padi, sudah pasti ada manusia yang mahu mengambil gambar di tempat itu kerana mereka tidak pernah melihat sawab padi di depan mata mereka.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/152950b4ud5qpcn45svs92.pngkredit foto: Facebook



Sebelum ini ada hantaran gambar di Facebook yang menunjukkan kawasan sawah padi di Sekinchan telah dipijak oleh pelancong kerana mereka mahu mengambil gambar di kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/105814781041591/photos/a.125540839068985/545358143753917/

Difahamkan, pelancong itu dengan selambanya memijak sawah padi hingga menyebabkan beberapa kawasan musnah kerana tindakan pelancong tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/153143sxfkhl6kb13glbpb.pngkredit foto: Facebook



Ekoran itu, ramai netizen yang bersimpati kepada pesawah yang berkerja di sawah itu dan ada juga berharap pelancong itu sedar kesilapannya.-CARI

Cokoro Publish time 11-6-2022 08:44 PM

Apolahh. Smpi hati plk tu pijak2

epal_putih Publish time 12-6-2022 12:24 PM

Yg bawak pelancong gi sana la kena byr ganti rugi

sranua Publish time 13-6-2022 09:08 AM

Aku dulu ada bawak student Singapura satu bas datang ke Sekinchan nak tengok sawah padi, kilang padi. Student tak bagi turun..tengok je dari tingkap. Cikgu pengiring pi petik satu tangkai padi tunjuk kat pelajar dia. Wah berebut masing-masing....oh ingat pkok padi macam pokok epal. Haa...jadi bersyukurlah org Malaysia yg masih boleh tengok sawah padi..cuma janganlah jahanamkan sawah padi orang semata-mata nak bergambar. Kan ada ban padi tu boleh meniti.

Supersirap Publish time 13-6-2022 01:44 PM

Apo lah mereka ni yang pijak, nasib baik xde yang buat selfie baring
Pages: [1]
View full version: Padi Habis Rosak Dipijak Oleh Pelancong Semata-Mata Nak Bergambar


ADVERTISEMENT