Rancak Berkaraoke, Netizen Tegur Pakaian Hawa Rizwana
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/101506yfizfbdm4duc1cub.pngNama pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mulai mencuri tumpuan apabila wajahnya dikatakan persis seperti Noor Neelofa. Bukan itu sahaja, suaranya juga seakan-akan sama seperti selebriti terkenal itu.
Sejak dari itulah Hawa mempunyai peminat tersendiri dan menjadi perhatian netizen. Setiap gerak geri termasuklah penampilannya turut diperhatikan dengan tajam. Sekiranya tindakan atau pemakaiannya ada yang tidak kena, maka netizen akan 'berkampung' di ruangan komen media sosialnya untuk memberikan teguran.
https://www.instagram.com/p/CZ-__w9h3v7/
Memuat naik potongan video di TikTok memaparkan Hawa sedang meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil berkaraoke rancak menyanyikan lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Aman Ra.
Memakai jaket kulit dipadankan dengan seluar sendat berwarna hitam, bukan aktiviti itu sahaja yang dikritik oleh netizen tetapi pemilihan pakaian Hawa turut dikecam kerana tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung.
7107140555741646106
Menjengah di ruangan komen, kelihatan beberapa netizen yang menyebut nama Ustaz Wadi Anuar serta tajuk ceramahnya yang berjudul 'Kamu Nak Cabar Siapa?' serta menasihati wanita itu agar menutup auratnya dengan sempurna.
Sebagai seorang individu yang berbakat besar dalam bidang penyampaian berita dan pengacaraan, rugi seandainya dia mencemarkan kebolehannya itu dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/104640yj19apzq0oyq6ww1.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/104641vp3hd3wpn0ddzdz0.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/104641rlhmozhf0m0hl0fc.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/10/104641h495lhlh84w98y94.jpg
Sementara itu, memetik laporan mStar, wanita berusia 27 tahun itu tampil berterima kasih atas perhatian yang diberikan serta mengambil iktibar daripada semua teguran yang diberikan.
https://www.instagram.com/p/CViMgsIBw9l/
"Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen sebagai penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.
"Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya tak marah dan ambil iktibar supaya menjadi lebih baik di masa akan datang. Saya juga mohon maaf sekiranya video berkenaan menyebabkan mana-mana pihak tersinggung," katanya. -CARI
host tv sekarang memang dah feeling selebriti & influencer ek? dulu nampak macam kerjaya... walhal hosting & baca berita pun bosan monotone je suara... Biasa ja. Lain la kalo dia berbikini. Aku lg distracted ngan yg pakai midi joget2 seblah dia tu. Hahahaha... Bese je die pakai sbb die kurus je
So xnmpk menggoda sgt pn..
tgk gambar dia cycling....ketat{:runo Jijikkkkkkkkk jijikkkkkkkkk Netizens ostat ostajah jadian slalu pasan bagus tapi diri sendiri haukkk tapi mmg ketat pun kan suar tu mcm legging jeans.. Edited by iraizz at 16-6-2022 10:49 AM
Dia ni kurus kering kan, maybe sebab tu suka pakai ketat... Setengah org walaupun kecik molek, petite masih ade volume, ade tgk kat majlis che ta launch produk inai si hawa ni ade, pakai abaya, tapi bra macam renda, bila pakai bersama abaya satin tu nampak macam tak elok dan tak smooth je.. Dan dada dia memang kecik.. D Dia main basikal post gambar ambik dari belakang. What do u expect Dia ni ke dulu yang disamakan macam jah lopak? Mmg ketat seluar tu plus baju tak labuh jadi nampak keseksian Dasar tibaiunta Get ready to go on an exciting adventure into the world of fireboy and watergirl. There are traps that will kill you and puzzles that will keep you interested. da glamour haruslah seksi kannn....
baru lah wowwww...
kalau dulu helok tertutuptakde sapa kenal...
hahahaha.... tak seksi sbb sekeping bdn dia so nak pakai apa pun iolls tak kisah
Pages:
[1]