Cintaerina Publish time 9-6-2022 06:36 PM

Kecewa Majlis Kahwin Dibatalkan, Gadis Korek Tabung Pulang Wang Kekasih

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/181101n8l056830uiy5f35.pngSumber: Tiktok Kiki Wulan


Tidak dinafikan, pelbagai dugaan terpaksa dilalui setiap pasangan menjelang hari perkahwinan.


Perkahwinan bukanlah hanya berpaksikan cinta sahaja kerana kesefahaman antara pasangan itulah yang akan memastikan hubungan berjaya seperti diimpikan. Tetapi, adakalanya tidak semua perancangan kita akan menjadi kenyataan kerana hanya Tuhan lebih tahu apa terbaik buat kita.


7106133302678965530


Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang terpaksa reda apabila impiannya untuk berkahwin musnah. Dikenali sebagai Kiki Wulan, dia meluahkan rasa kecewa di akaun Tiktok selepas dicurangi teman lelakinya sehingga majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.


Akibat tidak mahu terhutang budi dengan apa yang pernah diberi bekas kekasih, gadis itu nekad untuk memulangkan semula wang yang pernah diberikan lelaki tersebut.


Menurut wanita ini, lelaki itu tidak perlu risau kerana wang tunai sebanyak RM9 ribu yang diminta itu masih ada dan dia sanggup memulangkan wang berkenaan walaupun terpaksa mengorek tabungan simpanannya.


Tambahnya,jumlah wang tersebut langsung tidak setaraf dengan rasa kecewanya apabila majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada gadis tersebut agar dia tabah berdepan dengan dugaan itu. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/181100il2ivf7ptizi77pi.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/181059xfdsojvv6vjqllj8.png

Sumber: Tiktok Kiki Wulan







whimsicalmusic Publish time 9-6-2022 09:17 PM

Gigih buat konten!

mizruncing Publish time 10-6-2022 09:16 AM

alahhh yindonnn

mizruncing Publish time 10-6-2022 09:16 AM

alahhh yindonnn

jazaa100 Publish time 10-6-2022 10:47 AM

Nak kami derma ke?.....:o
Pages: [1]
View full version: Kecewa Majlis Kahwin Dibatalkan, Gadis Korek Tabung Pulang Wang Kekasih


ADVERTISEMENT