Cintaerina Publish time 9-6-2022 06:34 PM

5 Tahun Tinggal Bersama Madu, Wanita Akui Poligami Sangat Indah Jika Kita Ikhlas

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/174301qywof78an5fwngnw.pngSumber: Tiktok Novi House Fashion


Dalam Islam, golongan lelaki memang dibenarkan untuk mengamalkan poligami iaitu berkahwin lebih dari satu wanita. Poligami dalam rumah tangga seharusnya diamalkan dengan cara yang betul supaya dapat menjaga kebajikan dan hati para isteri.


Namun, tidak semua orang mampu ikhlas untuk menerima hakikat bahawa mereka terpaksa berkongsi suami dengan wanita lain.


7106739618623622427


Tetapi berbeza pula kisah yang dialami wanita ini yang ikhlas dan reda bermadu.


Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Novi yang mengakui lebih rela membiarkan suaminya berkahwin lain berbanding melihat dia berlaku curang di belakangnya.


Tambahnya, jika seseorang isteri itu ikhlas berkongsi suami, maka wanita itu akan merasa lebih bahagia, lagi-lagi jika suaminya mampu adil antara satu sama lain.


7106667084708433178


Nova akui sudah lima tahun dia tinggal serumah dengan madunya itu sehingga mereka rapat seperti adik-beradik. Wanita ini juga akui adakala mereka akan bermalam di ruangan sama terutamanya apabila pulang ke kampung mertua.


Nova juga sempat berkongsikan beberapa tip untuk mempunyai rumah tangga yang harmoni.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Nova kerana tidak semua wanita mampu ikhlas apabila suami mereka berkahwin lain. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/174259lqmljikyq55lmkla.pngSumber: Tiktok Novi House Fashion







prince_marhaen Publish time 10-6-2022 10:06 AM

indon dan kinky aneh berpisah tiada....

senoritalolyta Publish time 28-2-2023 03:42 PM

semogerus indah sis

senoritalolyta Publish time 28-2-2023 03:42 PM

dari indon ke ni

LadyCarefree Publish time 28-2-2023 11:51 PM

Memang indah kalau mcm mrs jagong #1, 2 dan 3.
Pages: [1]
View full version: 5 Tahun Tinggal Bersama Madu, Wanita Akui Poligami Sangat Indah Jika Kita Ikhlas


ADVERTISEMENT