sfhzuraz Publish time 9-6-2022 05:41 PM

71,895 pesara ATM tiada pencen

71,895 pesara ATM tiada pencen

Oleh Fahmy A Rosli - Jun 9, 2022 @ 2:31pmfahmy.azril@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/22atm5_1654756249.jpg
Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Data Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang direkodkan setakat bulan lalu menunjukkan seramai 71,895 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai pencen.
Jurucakap Unit Komunikasi JHEV berkata, keseluruhan veteran angkatan tentera yang mendaftar dengan JHEV ialah 203,477 orang berdasarkan tempoh sama dan mengikut data yang dikemaskini setakat semalam, seramai 114,474 orang menerima pencen."Penerima pencen diberikan kepada bekas tentera ataupun veteran, manakala penerima pencen terbitan diberikan sama ada kepada balu atau duda.
"Bilangan penerima pencen RM2,208 dan ke bawah membabitkan 91,162 orang. Bagi bilangan penerima pencen berjumlah RM1,169 dan ke bawah merangkumi 23,312 penerima," katanya kepada BH, hari ini.
JHEV yang ditubuhkan pada 11 Oktober 2000 diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Penubuhan jabatan ini untuk membantu pesara ATM dalam meningkatkan taraf sosioekonomi selepas anggota tentera menamatkan perkhidmatan.
Khamis lalu, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menggesa bekas tentera yang tidak diiktiraf sebagai veteran supaya berdaftar dengan persatuan bagi menjaga kebajikan dan memastikan menerima bantuan sewajarnya.
Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar, berkata mereka yang tidak diiktiraf sebagai veteran adalah bekas anggota yang diberhentikan akibat masalah disiplin.
Sharuddin berkata, berdasarkan data Jabatan Rekod dan Pencen Markas Tentera Malaysia, terdapat 10,281 bekas tentera dikategorikan tidak diiktiraf sebagai veteran ATM sehingga April lalu.
Semalam, Sharuddin turut membuat gesaan supaya hal berkaitan pelarasan pencen dan kebajikan bekas anggota tentera diselesaikan menerusi rundingan dalam masa terdekat dengan MINDEF.
Katanya, tuntutan itu dibuat kerana sudah sekian lama isu berkenaan tertangguh untuk dibawa ke meja rundingan yang akhirnya memperlahankan proses.
"Perkara ini sudah lama diusul dan dimohon sehingga mengambil masa terlalu lama. Kalau serius terhadap perkara penting is tidak meleret sehingga mengambil masa yang lama," katanya


ATM


Pages: [1]
View full version: 71,895 pesara ATM tiada pencen


ADVERTISEMENT