CARI-MAL Publish time 9-6-2022 05:07 PM

Macam Dr Strange! Ramai Kagum Tengok Hero Ini Selamatkan Gadis Tersangkut Flying Fox

Bagi mereka yang sememangnya gemarkan cabaran atau adrenaline rush, aktiviti seperti flying fox sudah semestinya bukanlah satu masalah.


Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak, sedikit sebanyak ia mendatangkan rasa gementar lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai fobia kepada ketinggian (akrofobia).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/170438wb7qcqi8t1zy2t7z.jpgTikTok




Bayangkan tubuh badan tergantung tinggi dari tanah dan dalam masa yang sama perlu 'terbang' pada jarak tertentu, pastinya ia bukan aktiviti yang mudah buat golongan ini.


Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang gadis ketika melakukan aktiviti flying fox di taman tema terkenal di Pulau Pinang, Escape Penang, baru-baru ini.


Apa yang lebih mencemaskan, gadis tersebut dengan tidak semena-mena 'tersangkut' di pertengahan trail lantas menyebabkan dia tergantung di udara.


Mujurlah seorang kru taman tema tersebut segera menghulurkan bantuan dan menarik gadis tersebut dengan dengan penuh bergaya.




7106440285235793154


Video yang dirakam oleh seorang pengunjung ketika kru lelaki itu menyelamatkan gadis berkenaan membuatkan rata-rata netizen kagum dengan ketangkasan dan kecekapannya mengendalikan situasi sedemikian.


Namun dalam masa yang sama, kelibat seorang lelaki yang sedang struggle berjalan di atas jambatan gantung berjaring berhampiran trail flying fox itu turut menarik perhatian netizen.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/09/170649l5ku8d88f6tt0qrt.jpg



Malah perkongsian tersebut 'meriah' dengan komen-komen lucu netizen mengenai situasi yang dilalui oleh lelaki berkenaan.




Sumber: mStar

MsJules Publish time 9-6-2022 06:05 PM

Menghiburkan hehehehe

Adrif Publish time 9-6-2022 11:27 PM

yang kat belakang tu goyang betul :'(;P

Artemesiaa Publish time 10-6-2022 05:50 PM

Dah tugas di tah dah berapa orang dia dah selematkan sebelum tu

tukul Publish time 13-6-2022 11:31 PM

Adrif replied at 9-6-2022 11:27 PM
yang kat belakang tu goyang betul

Contra dgn yg dpn tu...haha...mmg lucu
Pages: [1]
View full version: Macam Dr Strange! Ramai Kagum Tengok Hero Ini Selamatkan Gadis Tersangkut Flying Fox


ADVERTISEMENT