boca120879 Publish time 9-6-2022 10:51 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Syubhat (Perkara yang Tidak Jelas Halal Haramnya)

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Amru bin Rafi', diceritakan oleh Abdullah bin Mubarak, daripada Zakaria bin Abu Za`idah, daripada Asy Sya'bi,
"An Nu'man bin Basyir berkata di atas mimbar dan mengisyaratkan dengan jari-jarinya di kedua-dua telinganya,
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"(Sesuatu) yang halal telah jelas.Dan yang haram juga telah jelas.
Dan di antara kedua-duanya ada perkara syubhat (samar-samar) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa dapat menjaga diri daripada perkara syubhat itu,bererti dia telah menjaga agama dan kehormatannya.
Dan barangsiapa terjatuh ke dalam perkara syubhat,bererti dia telah terjatuh dalam keharaman.
Seperti penggembala yang menggembala haiwan ternaknya di sekitar kawasan terlarang, dikhuatiri haiwannya akan masuk ke kawasan yang terlarang itu.
Ketahuilah, bahawa setiap raja memiliki larangan.Dan larangan Allah adalah sesuatu yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah, di dalam tubuh terdapat segumpal darah.Jika ia baik, maka akan baiklah seluruh tubuh. Namun jika ia rosak, maka akan rosak pulalah seluruh tubuh.Ketahuilah bahwa segumpal darah tersebut adalah hati."
(Hadith Ibnu Majah no. 3974)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Syubhat (Perkara yang Tidak Jelas Halal Haramnya)


ADVERTISEMENT