Cintaerina Publish time 8-6-2022 09:04 PM

"Mana Suaminya?" - Netizen Panas Hati Suami Tak Tolong Isteri Jaga Anak Sampai Terduduk Tidur

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/155852l6r3hyh5yn6zhht6.pngSumber: Tiktok Tria Amandha


Seperti yang kita semua tahu, pengorbanan seorang ibutidak dapat disangkal lagi. Seorang insan bergelar ibu sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan anak-anak mereka walaupun dirinya lelah dan letih.


Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Tria Amandha. Wanita itu telah memuat naik video yang diambil dari Instastory milik suaminya.


7105831583176871195


Menerusi video itu, kelihatan wanita itu berjaga sehingga jam 3 pagi untuk mendodoikan anak bongsunya yang tidak sihat akibat demam panas.


Menurut suaminya, anak bongsu mereka enggan didukung oleh sesiapa pun kecuali ibunya. Oleh kerana terlalu keletihan, wanita itu bersandar pada dinding tertidur dalam keadaan terduduk.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Di samping itu, netizen juga turut mempersoalkan di mana seorang suami dalam urusan penjagaan anak. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/155845mscoojoayc05zjo4.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/155845qhyqjsbjizyytqjy.png

Sumber: Tiktok Tria Amandha







faraway1 Publish time 8-6-2022 10:24 PM

Dulu my daughter newborn.

Mak jaga siang, malam bapak jaga..

So kami tak pernah tak tidur, mata tak pernah lebam ke apa....

Adrif Publish time 9-6-2022 01:14 AM

orang tau hentam ja.

kalau anak diorang behave, bersyukur la
ada sesetengah budak, time demam ni la perangai dia lain macam

nak abah je dia dukung. tak boleh letak. nanti terbangun. badan sejuk panas sejuk panas
tiba masa lain, nak mama dia aje. abah dia nak amik, jerit. nak mama jugak
kang tiba2, nak pakngah dia dukung pulak
alih2 time tido, nangis nak tido celah ketiak nenek

yang paham, paham je la.
yang tak paham, belum ada anak, nanti tiba giliran korang, paham ler camane.

yang masalahnya takde anak tapi hentam berjemaah ni
cepat benor melatahnya
zaman jari lagi laju menaip dari otak berfikir

xtinkerbellx Publish time 9-6-2022 02:34 AM

Takleh salahkan suami dia. Anak kalo taknak org lain mmg takleh buat apa. Mcm anak aku nak tido dia nak ayah dia je yg dukung. Dgn aku dia tak nak. Kalo amik jugak mengamuk.

nurul_akmar Publish time 9-6-2022 04:39 AM

Adrif replied at 9-6-2022 01:14 AM
orang tau hentam ja.

kalau anak diorang behave, bersyukur la


Ye betul tu.. netizen ni selalu bygkan budak2 dalam dunia ni semua seperti dlm cerita. Mudah dijaga n memahamiā€¦ kalau demam, letak kain basah atas kepala terus diam.. hakikatnya tidak mcm tu.. mebi ada tp jarang2.. hakikatnya mereka akan menangis or merengek smpi kita x tau nk buat ape.. kadang2 dukung smbil duduk pon dorg mengamuk. Nk kena dukung smbil kita berdiri. Kita buat ni salah. Buat tu xkena.. tp biasalaa.. budak2..

UMMI_MAI Publish time 9-6-2022 11:50 AM

betul... hanya yg alami je tahu macam mana... sekarang bila anak2 dah besar n tengok anak2 org lain buat perangai ... terfikir sendiri .... Camne sebenarnya I survived all those ? ...huhu ... cuma utk mak bapak yg tengah struggle ada anak kecik yg macam2 perangai ... ingatlah ...segalanya akan berlalu .... sabar adalah tunggak segalanya

prettyuglybabe Publish time 9-6-2022 12:21 PM

nama pun budak tengah demam..
biasa la kalau cranky..

hareeeesah Publish time 9-6-2022 12:43 PM

Betui sangatā€¦ org yg xjaga xlalui xyah sibuk hentam.. phase anak sakit anak membesar ni 1001 macam cerita ada

Artemesiaa Publish time 9-6-2022 02:13 PM

Sebab tu lebih baik tak share agar tak jadi isu

ally9970 Publish time 9-6-2022 02:16 PM

Ayahnya pegang handphone amik video tu... tak amik video, nanti mcm mana nak upload content dlm tiktok

mizruncing Publish time 9-6-2022 02:32 PM

demi content.. nyampah aku laki dok record itu ini. pdhal realiti bini buat semua. laki pegang hp je

annehuda Publish time 9-6-2022 03:00 PM

sebab tu ada orang nak childfree. diorg taknak jadi pendera budak-budak.ada sesetgh org ni mmg rimas kalau anak merengek rasa macam nak bagi makan penampar je

bunnyj3lly Publish time 11-6-2022 05:53 AM

annehuda replied at 9-6-2022 03:00 PM
sebab tu ada orang nak childfree. diorg taknak jadi pendera budak-budak.ada sesetgh org ni mmg rim ...

Haha. iols one of them. Anak-anak sedara sendiri ok lagi. Dapat dekat mall budak macam-macam pe'el, dengan suara terpekik terlolong lg.. memang rasa nak di shut the fak up kid kan saje. Hence, iols pun jarang dan tak suka pegi mall time weekend sebab nak menjaga emosi sendiri. Sakit hati je mak bapak tak reti control anak tapi nak beranak ramai.

Lagubestbest Publish time 12-6-2022 02:27 PM

mizruncing: demi content.. nyampah aku laki dok record itu ini. pdhal realiti bini buat semua. laki pegang hp je bini paksa laki dok tepi record kot.. lama2 jadi lembam la lakinya.. bukan taktau perangai bini-bini sekarang.

Pages: [1]
View full version: "Mana Suaminya?" - Netizen Panas Hati Suami Tak Tolong Isteri Jaga Anak Sampai Terduduk Tidur


ADVERTISEMENT