Cintaerina Publish time 8-6-2022 04:13 PM

Padah Gosok Mata, Wanita Cemas Tiba-tiba Lens 'Lesap' Dalam Mata

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/132527huxmd2bwhwa2wjbd.pngSumber: Tiktok Clarahnyh


Siapa di sini gemar memakai kanta lekap? Untuk pengetahuan semua, pemakaian kanta lekap kini menjadi satu trend. Kanta lekap bukan sahaja dipakai untuk memudahkan penglihatan, malah ramai yang memakainya untuk kelihatancantik. Namun tahukah anda kanta lekap juga boleh menjadi satu mimpi buruk kepada seseorang.


Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Indonesiasehingga membuatkan ramai panik. Wanita yang dikenali sebagai clarahnyh telah memuatnaik video berkenaan detik cemas itu di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video tersebut, difahamkan wanita itu sedang buat live sambil memakai alat solek. Sebelum memakai alat solek, wanita itu telah memakai kanta lekap.


7105355765120027931


Namun tiba-tiba mata wanita itu terasa gatal dan dia terusmengosok matanya. Selepas mengosok matanya dengan agak 'kasar', wanita itu terkejut apabila kanta lekap di mata kanannya telah hilang. Situasi itu menjadi semakin cemas apabila wanita itu menyedari bahawa kanta itu sebenarnya tersangkut pada bahagian atas matanya.


Akhirnya kanta itu dapat dikeluarkan apabila rakan kepada wanita itu membantunya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati orang ramai agar tidak mengosok mata terlalu kuat apabilamemakai kanta lekap. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/132530u1cxdr2qdrds2cfc.pngSumber: Tiktok Clarahnyh







Artemesiaa Publish time 8-6-2022 05:04 PM

Sendiri yang cari bala

anony-mous Publish time 8-6-2022 09:57 PM

Aku yg ngilu tgk dia tonyoh kasar mcm tu. Ni mesti x biasa pakai lens

Normabaru Publish time 8-6-2022 10:25 PM

laaa tonyoh pon softlen tu tetap ada dlm mata..just drop few eyesdrop nnt dia kuar la...xde bende pun...lainla mata tu rongga berlubang terus masuk perut haa tu mmg ptt gelabah cm lipassss

jazaa100 Publish time 8-6-2022 11:42 PM

Ngok.....

Klu jd mcm tu, kelip je mata byk kali nanti lens tu timbul le balik, bkn upload kat tiktok.....

Samerosie Publish time 9-6-2022 07:46 AM

Tiba2 teringat pepatah alam disebalik mata.

Beribear Publish time 9-6-2022 10:57 AM

Iolss penah kena mmg panik lah citer dia. Tp masalah iolss lens tu koyak sampai jd 3 bahagian. Alhamdulillah dpt keluar kan balik

Mary_jane Publish time 9-6-2022 11:17 AM

Leceh juga pakai contact lens. Pakai spek pun sama. Nak buat lasik entah bila. :funk:
Pages: [1]
View full version: Padah Gosok Mata, Wanita Cemas Tiba-tiba Lens 'Lesap' Dalam Mata


ADVERTISEMENT