sfhzuraz Publish time 8-6-2022 04:05 PM

Agong ucap tahniah 4 pelajar Malaysia sertai akademi tentera AS

Agong ucap tahniah 4 pelajar Malaysia sertai akademi tentera AS

Jun 8, 2022 @ 3:30pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/taniahmat_1654673434.jpg


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
Menzahirkan ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi poster dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.
Menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia, keempat-empat pelajar itu ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, Muhamad Danish Imran Zainudin, Qarin Loqman Safriza dan Zarif Mohd Zamrin.
Edlan Mikyad dan Zarif dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), masing-masing bakal ditempatkan di Akademi Tentera AS (USMA) West Point, New York dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado.
Muhamad Danish Imran dan Qarin Loqman dari Maktab Tentera Diraja (MTD) pula bakal menyertai latihan di Akademi Tentera Laut AS (USNA), Annapolis, Maryland.
Mereka akan menyertai lima lagi pelajar Malaysia yang sedang menjalani latihan di Akademi Perkhidmatan AS,iaitu seorang di USMA dan masing-masing dua di USNA serta USAFA. – BERNAMA

AKADEMI TENTERA US





Pages: [1]
View full version: Agong ucap tahniah 4 pelajar Malaysia sertai akademi tentera AS


ADVERTISEMENT