Agent13k Publish time 8-6-2022 02:04 PM

Penunggang Motosikal Tak Pakai Topi Keledar Naik Highway, Letak Dalam Raga Je

Kita sudah tahu bahawa memakai topi keledar adalah wajib ketika menunggang motosikal bagi memastikan keselamatan penunggang dan penumpang motosikal itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/133350zcxbmkkcii9aaicx.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan, penunggang motosikal dengan selamba tidak memakai topi keledar ketika melalui lebuh raya di Melaka.

7106453113720130842

Difahamkan, penunggang motosikal itu merupakan seorang wanita dan penunggang itu juga membawa seorang penumpang. Lebih menarik lagi apabila terdapat topi keledar di dalam raga motosikal tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/133327nz5uuxlsxhus5u5l.pngkredit foto: TikTok



Melihat komen di video itu, ramai netizen garu kepala kenapa dia tidak mahu memakai topi keledar tersebut dan ada juga mengatakan penunggang motosikal itu cuai. -CARI

KamikuP Publish time 8-6-2022 02:09 PM

Taknak pakai helmet sbb nanti rosak tudung kekdahnyer

prettyuglybabe Publish time 8-6-2022 02:48 PM

dengan pakai selipar jepunnya..
jatuh kena gelek mula la takdir sana sini..

princessofhero Publish time 8-6-2022 03:26 PM

bahaya betol
Pages: [1]
View full version: Penunggang Motosikal Tak Pakai Topi Keledar Naik Highway, Letak Dalam Raga Je


ADVERTISEMENT