Agent13k Publish time 8-6-2022 09:57 AM

Netizen Terkejut Ayam Dari Malaysia Dijual RM232 Seekor Di Singapura

Malaysia yang sedang menghadapi krisis bekalan ayam berkurangan dirasai seluruh rakyat Malaysia. Isu bekalan ayam ini dikatakan akan berterusan selama beberapa minggu ataupun beberapa bulan.

Memetik Awani, Singapura juga mengalami masalah sama selepas larangan eksport ayam dikuatkuasakan kerajaan Malaysia. Tambahan pula, perniagaan nasi ayam di negara Singapura terpaksa menutup operasi buat sementara kerana kekurangan bekalan ayam.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/010902qxpg5fjfnguuufny.pngkredit foto: Redaksi



Baru-baru ini, tular satu harga ayam di pasar raya FairPrice Singapura membuatkan netizen terkejut kerana ia mencecah SD72.27 (RM232).

Tetapi, pasar raya FairPrice kemudian tampil membuat kenyataan tentang harga tersebut.

https://www.facebook.com/thatsmyfairprice/posts/10159205825556409

Difahamkan, ayam itu adalah untuk ayam kampung organik dari kaunter pengeluar Swiss Butchery. Selain itu, harga berkenaan adalah untuk jenis produk ayam tertentu yang tidak mewakili harga produk ayam biasa atau jenama pengeluar lain.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/08/010924iw4zoto0zciv9o87.pngkredit foto: Facebook



Malah, harga untuk sekilo ayam kampung organik adalah SD22.50 (RM72), dan label produk itu menunjukkan berat lebih daripada 3 kilogram kerana terdapat dua ekor ayam dibungkus bersama.

Melihat reaksi netizen, ramai yang masih berkata ayam itu mahal dan ada juga mendakwa haiwan berkenaan tidak makan dedak tetapi, diberi makanan 'kayangan'. - CARI

Nana_Man Publish time 8-6-2022 10:15 PM

Ayam murah pun ada lah.
Pages: [1]
View full version: Netizen Terkejut Ayam Dari Malaysia Dijual RM232 Seekor Di Singapura


ADVERTISEMENT