Raline Publish time 7-6-2022 10:52 PM

Ubat diabetes bantu turunkan berat badan dengan ketara

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/diabetes-drug.png
UBAT diabetes didapati berfungsi menurunkan berat badan orang yang mengalami obesiti. – Photo/IANS

Ubat diabetes bantu turunkan berat badan dengan ketara

LONDON – Kajian mendapati bahawa ubat diabetes dapat membantu orang yang mengalami obesiti untuk mengurangkan berat badan dengan ketara, lapor laman berita Wion News semalam.

Saintis-saintis memuji ubat itu sebagai elemen pencetus perubahan apabila kesannya boleh dilihat dengan pengambilan dos secara mingguan.

Dalam percubaan selama 72 minggu, peserta kajian didapati hilang kira-kira 20 peratus berat badan mereka. Laporan itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Menerusi kajian tersebut, pasukan penyelidik antarabangsa berkata bahawa mereka membahagikan 2,539 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan kepada empat kumpulan.

Satu kumpulan diberi suntikan plasebo sekali seminggu selama 72 minggu, manakala tiga yang lain diberikan ubat baharu dipanggil tirzepatide 5, 10 atau 15 miligram (mg).

Setiap peserta diminta mengambil makanan rendah kalori dan menjalankan aktiviti fizikal sekitar 150 minit selama seminggu.
Secara purata, peserta kajian mempunyai berat badan 104.8 kilogram (kg) dan 94.5 peratus daripada mereka adalah obes.

Majoriti daripada peserta kajian adalah perempuan dan berkulit putih. Tiada mana-mana peserta yang menghidap diabetes.

Selepas tamat tempoh 72 minggu, peserta yang diberi 5mg tirzepatide setiap minggu mencatat penurunan berat badan purata 16.1 kg.

Merekayang mengambil 10 mg dan 15 mg ubat sama pula menyaksikan berat badan turun antara 22.2 kg hingga 23.6 kg. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06/07/ubat-diabetes-bantu-turunkan-berat-badan-dengan-ketara/

Pages: [1]
View full version: Ubat diabetes bantu turunkan berat badan dengan ketara


ADVERTISEMENT