Cintaerina Publish time 7-6-2022 04:29 PM

"Bila Rempit Dapat Pakai Uniform" – Polis Bantuan IPTS Dikecam Netizen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/154727fwyresr997estfuf.pngSumber: Twitter Wan Mehsan




Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik pengguna Twitter dikenali sebagai Wan Mehsan. Menerusi video itu, kelihatan seorang polis bantuan dari sebuah universiti tempatan memberi layanan yang agak kasar kepada pelajar di situ.


https://twitter.com/wanmehsan/status/1533447098862948353?s=20&t=gD4uLP-5sp6a7vZzfx3G6A


Menerusi video berdurasi selama 29 saat itu, kelihatan dua individu masuk ke kampus dan ketika tiba di pondok polis bantuan, anggota berkenaan meletakkan tangannya ke atas kereta pemandu.


Ketika disoal, pemandu kereta berkenaan menjelaskan bahawa dia mahu menghantar seorang pelajar di universiti tersebut.


Dengan gaya yang sangat sombong, anggota itu meminta pelajar tersebut untuk menunjukkan kad pelajarnya namun dia menjelaskan bahawa kad pelajarnya tertinggal di asrama. Lantaran itu, pelajar berkenaan dimarahi anggota tersebut.


https://twitter.com/wanmehsan/status/1533501701323649024?s=20&t=gD4uLP-5sp6a7vZzfx3G6A


Pengguna Twitter yang merupakan alumni universiti berkenaan mengambil peluang itu untuk berpesan kepada pelajar universiti terbabit supaya menjaga diri kerana universiti tersebut telah mengeluarkan pekeliling yang mengatakan bahawa pelajar tidak perlu menunjukkan dokumen identiti diri dijika diminta di atas soal keselamatan.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara polis bantuan itu. Hal ini kerana layanan yang diberikan sangattidak etika dan ramai juga netizen yang mengatakan bahawa cara polis bantuan itu seakan-akan sikap yangs ering dipamerkan budak rempit. - CARI

sajebosan Publish time 7-6-2022 06:14 PM

eh teruknya bahasa... ape komen usim?

Adrif Publish time 7-6-2022 10:36 PM

takde adab punya manusia

KamikuP Publish time 8-6-2022 10:32 AM

Mohon kelempok jadi guard pasti berbudi bahasa

rbmy Publish time 8-6-2022 10:56 AM

KamikuP replied at 8-6-2022 10:32 AM
Mohon kelempok jadi guard pasti berbudi bahasa

patut la amik bangla nepal .. ,myanmar jdi guard.

org malaysia jadi guard camni plak..

_kelly Publish time 8-6-2022 11:03 AM

student tu yang over..dah tau nak masuk kampus mmg sedia la kad matrix..ni dah tau salah siap rekod nak bagi viral sambil play victim..letih layan kalau jumpa 100 budak manja camni

#teamguard

aezvogue Publish time 8-6-2022 02:04 PM

_kelly replied at 8-6-2022 11:03 AM
student tu yang over..dah tau nak masuk kampus mmg sedia la kad matrix..ni dah tau salah siap rekod...

Betul..dah tau nak masuk kampus siap sedia la kad matriks ko..zaman viral ni sikit² nk record, susah org nak buat keje..buat keje tegas salah, kalo tak tegas pun kena kutuk gak kata pemalas nak cek student kuar masuk

melekaifc Publish time 8-6-2022 02:12 PM

kang bila ada orang luar ceroboh curi barang student sebok nak salahkan guard/polis bantuan tak cek keluar masuk

_kelly Publish time 8-6-2022 03:59 PM

aezvogue replied at 8-6-2022 02:04 PM
Betul..dah tau nak masuk kampus siap sedia la kad matriks ko..zaman viral ni sikit² nk record, su ...

kalau jadi pape dalam kampus kang guard jugak yang kena kecam kalau tak buat keje betul2..budak2 skrg memang tau komplen je

jazaa100 Publish time 8-6-2022 10:03 PM

aezvogue replied at 8-6-2022 02:04 PM
Betul..dah tau nak masuk kampus siap sedia la kad matriks ko..zaman viral ni sikit² nk record, su ...

Tapi knp surat pekeliling kata tak perlu....

Nati klu org luar ceroboh masuk, salahkn guard pulak

nurul_akmar Publish time 9-6-2022 04:45 AM

Budak tu mmg slh.. sbb x bawak kad matrik. Tp bahasa guard tu mebi xperlu rempit sgt.. blh je soh budak tu turun amek pas sementara ke. Kalau kena kat kita, guard terpekik2 mcm tu, kita pon hangin jugak. Tp knowing rakyat msia ni hampir semua positif minded, xpela,kalau kena kat diri sendiri n guard terpekik2 kat kita. Salah diri sendiri. (Ni based on baca komen2 positif yg menyokong tindakan guard tu. Sbb mmg student tu salah)

Buritan Publish time 9-6-2022 04:48 PM

KamikuP replied at 8-6-2022 10:32 AM
Mohon kelempok jadi guard pasti berbudi bahasa

Hohohoho.. asyikkk tuleeeen bang

MsJules Publish time 9-6-2022 06:17 PM

1. Student salah sebab tak tunjuk kat matrik / bukti dia student kat situ
2. Polis Bantuan tu salah sebab biadap

Sama-sama salah.

hyie Publish time 9-6-2022 07:07 PM

iols husnuzon guard tu dah jemu hadap situasi sama berulang, selayaknya dikecam student itu :lol: Moral of the story, sentiasa bawak kad matriks.
Pages: [1]
View full version: "Bila Rempit Dapat Pakai Uniform" – Polis Bantuan IPTS Dikecam Netizen


ADVERTISEMENT