tatod Publish time 7-6-2022 04:26 PM

Enam Usahawan Pernah 'Tular' Sebelum DSV, Aliff Syukri

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/150803sxi1iid7gkn1kgnd.png

Ungkapan 'Qu Puteh' atau 'Terlajak Laris' cukup popular bukan hanya dalam kalangan pengguna produk kesihatan tempatan namun kanak-kanak seawal usia lima tahun juga tahu dengan 'tagline' yang masing-masing milik Datuk Seri Vida (DSV) dan Datuk Aliff Syukri itu.


Bagaimanapun, sebelum kemunculan pengasas sensasi seperti DSV, Aliff Syukri atau Sajat beberapa nama besar dalam bidang perniagaan pernah menjadi bahan bualan kerana kejayaan mereka.


Andai media sosial digunakan secara meluas ketika mereka mula bertapak sebagai ahli perniagaan, pastinya mereka juga tular kerana 'tagline' menarik yang selalu diungkapkan hingga menjadi pelaris pada produk yang dipasarkan.


Berikut adalah enam usahawan yang pernah 'terbang tinggi' dengan memasarkan produk keluaran syarikat masing-masing sekaligus membuktikan usaha keras membuatkan mereka mampu mencapai impian.


1. Dr Rozmey


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/152427qv55zu6n8vy1qzm5.png

Datuk Dr Che Rozmey Che Din memulakan syarikat Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah Darul Aman. Rozmey mempunyai ijazah perubatan (MD) dari USM pada 1993, diikuti sarjana perubatan (M.MED O & G) pada 1999, juga dari USM. Seterusnya Rozmey menerima diploma farmakologi pada 2001.


Menggunakan jenama 'dR Rozmey' atau DDR, dia menjual pelbagai produk dari mesin terapi elektrik sehinggalah ke produk untuk menurunkan berat badan. Syarikatnya pernah mengupah 300 pekerja dan empat orang wartawan untuk mempromosikan produk keluaran syarikatnya. Dia juga pernah melancarkan program Akademi Langsing Jus Mate 5 Jutawan Dr Rozmey.


Rozmey juga pernah menghasilkan filem berjudul 2 Alam dengan kos RM1.5 juta. Idea, jalan cerita dan garapan naskhah itu adalah dari Rozmey sendiri.


2. Rozita Ibrahim


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/153530e7jh7voxg9ehndit.jpg

Sebelum Aliff Syukri mencipta nama, ibunya terlebih dahulu dikenali ramai dengan produk Sendayu Tinggi. Boleh dikatakan pada zaman itu, ramai ibu-ibu yang menjadikan produk keluaran syarikatnya sebagai pilihan.


Kisah Rozita boleh dikatakan memberikan inspirasi kerana dia memulakan perniagaan dengan modal rendah dan menjual produknya kepada rakan dan keluarga terdekat sahaja.


Bagaimanapun, namanya mula menjadi sebutan selepas mengeluarkan produk kurus dengan menggunakan dirinya sendiri sebagai testimoni. Sejak dari itu, Sendayu Tinggi melonjak naik dan mula dikenali ramai.


3. Datuk Sosilawati Lawiya


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/153846ytzytcs5tg8yqkgg.jpg

Tidak keterlaluan andai kita katakan Allahyarham Datuk Sosilawati adalah antara pengasas produk yang kita ingat sehingga sekarang. Terkenal dengan Nouvelles Visage (NV), tidak mungkinlah kita dapat lupakan kisah tragis pembunuhan jutawan ini. Selepas kematian Sosilawati, urusan perniagaan diambil alih oleh anaknya, Erni Dekritawati.


Tiada siapa dapat menyangkal ketabahan dan kegigihan Allahyarhamah membangunkan syarikatnya. Malah, pada zaman kegemilangannya, difahamkan Allahyarhamah memiliki 150 premis yang menjual produk NV di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak.


4. Datuk Zainuri Zain


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/154256e6s5io6iioo565b6.jpg

Datuk Zainuri Zain adalah pengasas produk jenama Nuriz Kosmetic. Sesiapa sahaja yang menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) atau apa-apa program televisyen yang ditaja oleh produk ini pasti mengenali pengasasnya.


Nuriz Kosmetik mulai bertapak sejak tahun 1997 lagi dalam industri perniagaan kosmetik tempatan. Zainuri atau lebih mesra dipanggil Nurie dilahirkan dalam keluarga yang mahir dalam bidang perniagaan. Mereka pernah memiliki kilang batik dan tembakau di Kelantan.


5. Datin Ira Ghani


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/154944qlejuclvf599z59e.jpg

Pernah tular jenama produk Aura Seri yang digunakan untuk meningkatkan seri wajah atau membersihkan aura diri dariapda perkara yang tidak elok. Mereka yang bertanggungjawab di sebalik produk tersebut adalah Datin Ira Ghani dan suaminya, Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad.


Bermula dengan bekerja sebagai staf di sebuah hotal lima bintang pada tahun 1998, Datin Ira dan suaminya melakukan pelbagai jenis perniagaan sehinggalah mereka menghasilkan produk kesihatan bercirikan aromaterapi, aura dan tenaga.


6. Kak Ton


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/07/155311vnzufnjv8v18rjoj.jpg

Tagline 'Comel Tak Kak Ton?' sememangnya cukup terkenal. Kak Ton atau nama sebenarnya, Zaiton Hassan adalah antara jutawan kosmetik yang cukup terkenal. Disebabkan 'tagline' itulah ramai golongan tak kira tua atau muda gemar mengajuk ungkapan tersebut sebagai jenaka.


Penggunaan 'tagline' itu sekaligus membantu melonjakkan populariti produk keluarannya, Beauty Umaira sekaligus meningkatkan hasil jualan.


Kak Ton mempunya dua orang anak yang terbabit dalam dunia hiburan iaitu Diana Annuar, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dan Harris Annuar, finalis Hero Remaja 2017 yang berjinak-jinak dalam dunia lakonan. - CARI













KamikuP Publish time 7-6-2022 05:11 PM

Tak boleh belah tengok Datin Ira berlakon dlam gerak gerak gerak khas.. euwww...

babynina30 Publish time 7-6-2022 06:10 PM

Acik betty ke apanama pinoy tu. Dlu mendonia juga. Visage2 jgk

Belibis Publish time 8-6-2022 08:51 AM

Pengasas kosmetik...ironinya muka cucuk..

encikWawad Publish time 8-6-2022 09:09 AM

kejelitaaan hak milik setiap insan...dr becky m leogardo : motepppp takde dalam list

sharlenetexas Publish time 8-6-2022 12:54 PM

No. 4 sebijik mak lampir.


ketambangkang Publish time 9-6-2022 09:42 AM

no. 4 mcm muka bini wak jahid midi

CikYaYaYa Publish time 11-6-2022 04:03 PM

Yang nombor 6, 3,1 je aq kenal. Si mak alip sotong tu aq kenal pon sebab diaa biasa ada dalam video anak diaa. bkn sbb produk diaa

vanillaninja Publish time 13-6-2022 04:04 PM

Dr Rozmey tu sendu je sekarang. Dulu2 bukan ke rambut heols menjadi igauan?

dekmieDandy Publish time 13-6-2022 04:08 PM

seramnya muka Zainuri Zain

lepas google lagi trauma
Pages: [1]
View full version: Enam Usahawan Pernah 'Tular' Sebelum DSV, Aliff Syukri


ADVERTISEMENT