boca120879 Publish time 6-6-2022 11:44 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Wuduk

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Kamil Fudhail bin Husain al-Jahdari, diceritakan oleh Abu 'Awanah, daripada Uthman bin Abdullah bin Mauhab, daripada Ja'far bin Abi Tsaur, daripada Jabir bin Samurah,
"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Apakah kami harus berwuduk kerana makan daging kambing?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Jika kamu berkehendak, maka berwuduklah.Dan jika kamu tidak berkehendak, maka tidak perlulah kamu berwuduk."
Lelaki itu bertanya lagi, "Apakah harus berwuduk disebabkan (makan) daging unta?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Ya. Berwuduklah disebabkan (makan) daging unta."
Lelaki itu bertanya,"Apakah aku boleh solat di kandang kambing?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Ya, boleh."
Lelaki itu bertanya,"Apakah aku boleh solat di kandang unta?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Tidak."
(Hadith Muslim no. 539)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 8-7-2022 10:21 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abd bin Humaid & Hajjaj bin asy-Syair, diceritakan oleh Abu al-Walid, diceritakan oleh Ishaq bin Sa'id bin Amru bin Sa'id bin al-Ash, diceritakan oleh bapanya (Sa'id bin Amru bin Sa'id bin al-Ash), diceritakan oleh datuknya (Amru bin Sa'id bin al-Ash),Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang muslim didatangi solat fardhu,lalu dia menyempurnakan wuduknyadan khusyuk solatnya,
melainkan itu menjadi penghapus dosa-dosanya terdahulu, selama dia tidak melakukan dosa besar.
Dan itu (berlaku) pada sepanjang masa."
(Hadith Muslim no. 335)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 26-7-2022 03:15 PM

Edited by boca120879 at 26-7-2022 07:18 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abu 'Awanah, daripada Khalid bin Alqamah,daripada Abdu Khair,
“Kami datang kepada Ali bin Abu Talib r.a.Dia telah solat.Tetapi dia meminta air untuk berwuduk.
Maka kami berkata,“Apa yang dia ingin lakukan dengan air ini,padahal dia telah solat?”
“Ternyata dia tidak mahu yang sedemikiankecuali untuk mengajar kami!
Maka dia membawa bekas dan gayung yang berisi air.
Kemudian dia menuangkan air ke tangannya, lalu membasuh (meratakan dengan air) tiga (3) kali.
Berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya tiga (3) kali dari telapak tangan yang digunakannya untuk mengambil air.
Membasuh (meratakan dengan air) mukanya tiga (3) kali.
Membasuh (meratakan dengan air) tangan kanannya tiga (3) kali, membasuh (meratakan dengan air) tangan kirinya tiga(3) kali.
Dan mengusap kepalanya (dengan air) sekali (1).
Kemudian membasuh (meratakan dengan air) kaki kanannya tiga (3) kali, dan membasuh (meratakan dengan air) kaki kirinya tiga (3) kali.
Setelah selesai, Ali bin Abu Talib r.a. berkata,“Barangsiapa yang ingin mengetahui wuduk Rasulullah s.a.w.,ini adalah wuduknya.”
(Hadith Nasa’i no. 91)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 13-1-2023 10:13 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id & Abdurrahman (Ibnu Mahdi), diceritakan oleh Sufyan bin Sa'id, daripada 'Amru bin 'Amir Al Anshari, daripada Anas bin Malik,
"Nabi s.a.w. selalu berwuduksetiap kali solat."
'Amru bin 'Amir Al Anshari berkata,"Lalu, kalian sendiri,apa yang kalian buat?"
Anas bin Malik menjawab, "Kami mengerjakan semua solat dengan satu (1) kali wuduk, selama kami belum batal."
(Hadith Tirmidzi no. 54)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 20-3-2023 02:42 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar, diceritakan oleh Sufyan, daripada Amru bin Dinar, daripada Kuraib Maula bin Abbas, daripada Ibnu Abbas,
"Ibnu Abbas pernah bermalam di tempat mak ciknya, Maimunah.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bangun malam lalu berwudukdengan wuduk yang ringan (tidak bazirkan air yang banyak)dari bekas air yang tergantung.
Kemudian Ibnu Abbas mengikuti wuduk Rasulullah s.a.w.,berwuduk dengan wuduk yang ringan (tidak bazirkan air yang banyak).
Maka Ibnu Abbas pun bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sesudah itu, Ibnu Abbas berdiri ikut solatdi sebelah kiri Rasulullah s.a.w.Namun Rasulullah s.a.w. memindahkan dan meletakkan Ibnu Abbas di sebelah kanannya.
Maka Rasulullah s.a.w. pun solat.
Lalu Rasulullah s.a.w. berbaring dan tidur sehingga berdengkur.
Kemudian Bilal pun datang dan mengumandangkan azan solat (Subuh).
Sesudah itu, Rasulullah s.a.w. keluar dan menunaikan solat Subuhtanpa berwuduk lagi."
Sufyan berkata,"Dan perbuatan ini (tidak berwuduk lagi) adalah khusus bagi Rasulullah s.a.w.
Sebab telah sampai khabar (Hadith) kepada kita bahawa kedua-dua mata Rasulullah s.a.w. tidur,namun hatinya tidak tidur."
(Hadith Muslim no. 1278)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Wuduk


ADVERTISEMENT