CARI-MAL Publish time 3-6-2022 01:51 PM

Perit Dikelilingi Rakan Kaya Belajar Guna iPad, Gadis Kini ‘Lompat’ Ke T20

Siapa sangka seorang asnaf mampu mengubah tarafnya menghampiri golongan kayangan T20.


Mengakui perit dengan kehidupan yang dilalui sejak kecil, gadis berusia 20 tahun ini nekad untuk mengubah nasib keluarganya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/03/134941lp44bn3u86uj7jn4.jpg



Menceritakan kisah kehidupannya kepada mStar, Sarihan Mustapha berkata, dia hanya dibesarkan oleh ibu yang berpendapatan kira-kira RM500 sebulan.


"Selepas berpisah, saya bersama enam lagi adik-beradik dibesarkan sepenuhnya oleh mak dari kecil sehingga umur saya 17 tahun, mak tidak mempunyai kerja tetap.


"Memang ada bantuan ibu tunggal, tapi tak cukup pun nak tanggung perbelanjaan keluarga. Jadi dari kecil hingga tingkatan 5, setiap kali isi dalam borang ibu bapa memang saya tulis gaji mak RM500 sebulan.


"Kadang rasa malu sebab takut orang pandang rendah dan hina apabila mereka bertanya apa pekerjaan mak... ia berlanjutan sehingga saya masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)," luahnya yang merupakan anak keenam.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/03/134941qszxa54rkkjjjyjk.jpgKenangan semasa di MRSM.





Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu lagi, keadaan lebih menyedihkan apabila dia berada di sekolah menengah.


Mana tidaknya, pendapatan ibu dan bapa rakan-rakan sekelas sangat besar dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.


"Tingkatan 4 dan 5 saya dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas)... di situ kebanyakan pelajarnya adalah daripada keluarga yang kaya serta mempunyai status seperti Datuk dan Datin.


"Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.


"Di MRSM pula, sesi pembelajarannya menggunakan iPad sahaja. Jadi saya dengan famili yang sangat susah serta tiada adik-beradik yang boleh tolong pada masa itu, tidak mampu memiliki gajet berkenaan. Malah permohonan bantuan yang dihantar ke wakil rakyat tidak pernah dibalas, jadi saya teruskan pembelajaran tanpa iPad selama dua tahun," ujarnya sebak.


Mengimbau keperitan hidup yang dialami ketika itu, ujar Sarihan, hanya dua daripada 20 pelajar yang tidak mempunyai iPad untuk sesi pembelajaran.


"Keadaan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan sedih sebab dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak gunakan dalam pelajaran sentiasa dapat.


"Walaupun saya mempunyai biasiswa, tetapi buku dipegang oleh kaunselor... tetap rasa tak seronok sebab bila duit kurang kena jumpa kaunselor untuk minta dan pelajar lain memang dah tahu hanya pelajar miskin yang akan berjumpa kaunselor," jelasnya.


Terganggu dengan situasi seumpama itu menyebabkan dia tidak mampu untuk mendapatkan keputusan cemerlang seperti yang ditetapkan pihak sekolah.


Malah dia pernah terdetik untuk berhenti daripada sekolah elit berkenaan.


Namun disebabkan sokongan dan dorongan ibunya, dia cekalkan semangat untuk terus bersaing.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/03/134941yoecbvohheb600g5.jpgRakan-rakan matrikulasi.




"Saya bersyukur sebab kawan-kawan rapat tidak menyampah dan berkira dengan saya pada masa itu.


"Memang saya rasa insecure dengan diri, selalu bersedih dan menangis... saya telefon mak dan mengadu yang kawan-kawan saya kaya-kaya serta pandai. Alhamdulillah walaupun saya rasa nak berhenti dari MRSM, mak saya sentiasa bagi semangat sehingga saya habis," ceritanya lagi.


Seperti anak remaja yang lain, Sarihan juga mengimpikan hidup senang dan mahu mengubah nasib keluarga.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/03/134941d7959sthhh583937.jpgSarihan gembira kerana mampu membeli keperluan belajar.



"Tamat sahaja persekolahan, saya berdoa supaya apa yang saya nak buat dipermudahkan. Masa tu fikir bagaimana nak ubah kehidupan yang berstatus asnaf dan tak sangka yang saya akan terfikir untuk buat bisnes selepas peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah Allah bukakan mata saya untuk melihat pelajar-pelajar universiti buat bisnes.


"Memasuki usia 18 tahun, saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu saya berjaya menjana pendapatan empat angka. Pada masa itu saya dalam proses pendaftaran di matrikulasi.


"Rasa seronok kerana orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya pula dapat bonus bisnes. Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu memberi duit belanja RM1,000 kepada mak manakala RM1,000 untuk saya berbelanja," ujarnya yang pernah peroleh pendapatan sehingga RM9,000 ketika usia 19 tahun.


Menzahirkan rasa syukur dengan rezeki di usia muda, dia turut gembira apabila pensyarah tidak menghalang bisnes sebaliknya turut memberi sokongan padu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/03/134946xffdf6tfv1z1262z.jpgBersama rakan yang turut melakukan bisnes bersamanya.




"Waktu di matrikulasi saya belajar aliran sains dan merupakan pelajar fast track. Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.


"Semangat itu saya dapat kerana dah berjanji dengan diri untuk ubah nasib diri dan keluarga... saya tak mahu keluarga berstatus asnaf. Jadi sibuk atau tidak saya tetap jalankan bisnes, walaupun tengah peperiksaan, saya berjaya capai bonus sehingga RM9,000 bersih.


"Bila buat bisnes saya berjaya 'lompat' sehingga hampir mencapai status T20," luahnya yang turut menyeru insan senasib dengannya untuk tidak berdiam diri sebaliknya menggunakan peluang yang ada untuk mengubah taraf hidup.




7089723231044701466


Dalam pada kesibukan bisnes itu juga, dia berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik.


Tambahnya yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan, keputusan yang diperoleh tetap cemerlang iaitu 3.74 walaupun jadual hariannya padat.


Terdahulu, video perkongsiannya yang berdurasi 13 saat menjadi tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 134,000 pelayar.




Sumber: mStar

kakigojes Publish time 3-6-2022 02:05 PM

Agent product apa kau jual dik, hati2 la ye. Bukan la nak jealous, but kalau orang buat product sendiri and business sendiri then jadi t20, kita tumpang bangga

CiliPadiSedap Publish time 3-6-2022 02:23 PM

alhamdulillah, bangga kaka dengan adik ni berbanding mereka caras suami jusa c minus . kerja malas rampas suami orang. moga acik tersebut insaf dan tobat.

Samerosie Publish time 3-6-2022 02:57 PM

mrsm bitara ni memang khas untuk anak2 orang kaya raya ke camne?

Artemesiaa Publish time 3-6-2022 03:26 PM

Rajin berusaha pasti berjaya tak perlu cemburu dengan rezeki orang.Lagi baik kalau ada product sendiri nanti dari tolong jual product orang.

hareeeesah Publish time 3-6-2022 03:33 PM

Mmg bdk bijak, & janji ada usaha, bagus bagus...yg laki cari besi ada anak sorg tu boleh la usaha lebih sikit mcm adik ni, bukan mintakk ja..

KamikuP Publish time 3-6-2022 04:12 PM

MRSM kat tepen le nih pakai ipad segala.. abyway good luck yaachh

awanearisu Publish time 3-6-2022 05:20 PM

Jumpa banyak produk shaklee dalam TikTok gadis ini

msel Publish time 3-6-2022 05:30 PM

memang dah xpakai buku teks ke sekarang dekat mrsm?

Adrif Publish time 3-6-2022 10:52 PM

kalau dulu aku baca cerita ni, mesti jadi pembakar semangat. cerita motivasi gitu

tapi bila part agent itu, agent ini, terus slow down..

maklum le, beberapa kali pernah ditipu agent berjenama, product pun ntah apa-apa. I jadi sangsi.

mijot Publish time 4-6-2022 10:46 AM

tp mrsm skrg byk anak2 org have12 yg masuk...
bagus dia berusaha...
jual produk apa tu?jgn lah jual produk timbang kilo...

dua_chzy Publish time 4-6-2022 01:06 PM

MRSM memang wajibkan pakai ipad kan? Kat Sabah ni pun gitu.

jazaa100 Publish time 4-6-2022 02:19 PM

CiliPadiSedap replied at 3-6-2022 02:23 PM
alhamdulillah, bangga kaka dengan adik ni berbanding mereka caras suami jusa c minus . kerja malas r ...

Euwwww......

Lamanya cik panda comel hilang.....

Lagubestbest Publish time 4-6-2022 04:02 PM

mijot replied at 4-6-2022 10:46 AM
tp mrsm skrg byk anak2 org have12 yg masuk...
bagus dia berusaha...
jual produk apa tu?jgn lah jual...

mak pak dulu mrsm, so mcm tradisi la anak2 pulak digroom untuk masuk mrsm.

anony-mous Publish time 5-6-2022 09:33 AM

Huk aloh. Ingatkan cerita boleh jd kan semangat utk org lain. Rupanya bila x ada ipad jd alasan result x cantik. Then jual produk. Erm ingatkan jd usahawan from 0. Setakat jual produk org. Yg pastinya timbang kilo. Pointer tu standard la utk budak lepasan matrik n mrsm. Ingatkan ambil jurusan kejuruteraan dpt pointer gitu. Keusahawanan sng jah nk skor.

Stop la pndang tggi bebudak mcm ni, baik viralkan budak princeton yg dpt anugerah tu

ina_na Publish time 5-6-2022 04:48 PM

Ok lah sekurang2 nye dia belajo tuk ubah keluarga .dr yg kata x yah belajo beria,SPM pun x ambik jd kaya raya gak..ni lg tkt anak2 kita terpedaya..

pearl.silver Publish time 5-6-2022 04:57 PM

KamikuP replied at 3-6-2022 04:12 PM
MRSM kat tepen le nih pakai ipad segala.. abyway good luck yaachh

Ank menakan mrsm pengkalan chepa pun guna ipad

annehuda Publish time 5-6-2022 05:30 PM

"Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.

apsal aku rasa mcm nipu jah gaji RM500?kalau betul RM500 mmg ko hidup merempat dik ooiii. sdgkan gaji minimum pun dah sesak. tp tu la kan marketing.....

Zack8hunter Publish time 5-6-2022 09:43 PM

byk benda yg berbaur hasanah dr citer adik ni tapi takpe la..janji ko tak lupa daratan sudah la dik oii

Potpouri Publish time 7-6-2022 02:53 PM

OK je nak bekerja tu..actually kt uni byk kerja blh buat pun. Ramai je yg bekerja dulu termasuk aku..

Jgn amik2 agen dpt duit dr org lain plk..
Pages: [1] 2
View full version: Perit Dikelilingi Rakan Kaya Belajar Guna iPad, Gadis Kini ‘Lompat’ Ke T20


ADVERTISEMENT