eddlisa_uyuk Publish time 3-6-2022 09:12 AM

AKASIA : BISIK-BISIK GELORA [REDZA ROSLI, RAYSHA RIZROSE, GAMBIT]

Edited by eddlisa_uyuk at 8-7-2022 08:46 AM






Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose , Gambit Saifullah dan Afifah Nasir. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 21 Mei 2022 menggantikan 7 Hari Mencintaiku 3.


SINOPSIS
Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir Allah SWT, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Pelakon utama
[*]Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
[*]Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
[*]Gambit Saifullah sebagai Fakhri
[*]Afifah Nasir sebagai Nada
Pelakon pembantu
[*]Hafidz Roshdi sebagai Wari
[*]Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
[*]Kodi Rasheed sebagai Yahya
[*]Shakilla Khoriri sebagai Juni
[*]Mark Adam sebagai Ali
[*]Edika Yusof sebagai Tuan Akalil
[*]Shekeen Waida sebagai Maya
[*]Shah Rezza sebagai Hamid

eddlisa_uyuk Publish time 3-6-2022 09:14 AM









Yunho Publish time 3-6-2022 10:55 AM

gambit kena jd sotong gak ke dlm citer ni? dia punye cara mcm watak dia dlm drama yg ade aron ajis je...{:mlpomelo:}

eddlisa_uyuk Publish time 3-6-2022 11:03 AM

Yunho replied at 3-6-2022 10:55 AM
gambit kena jd sotong gak ke dlm citer ni? dia punye cara mcm watak dia dlm drama yg ade aron ajis j ...

asyik2 baby boo baby boo ;P

Mandivensept193 Publish time 3-6-2022 06:17 PM

Edited by eddlisa_uyuk at 4-7-2022 07:43 AM

-----spam---edit----

purplebloom Publish time 3-6-2022 10:06 PM

Best jgk citer ni...especially masa diorg kat kpg dulu kelakar..tp dh lepas 7 tahun ni serius la pulak

purplebloom Publish time 3-6-2022 10:09 PM

Harap2 global station tukarla sikit plot citer ni alter mana yg patut..sbb masa starting tu dia tulis diinspirasi dari novel, bukan diadaptasi. Taknak la heroin kena rogol :'(

kuzaime Publish time 4-6-2022 03:51 PM

purplebloom replied at 3-6-2022 10:09 PM
Harap2 global station tukarla sikit plot citer ni alter mana yg patut..sbb masa starting tu dia tuli ...

Ada tengok dah teaser utk hari ni, macam x sempat aje mamat not nice tu rogol arumi:lol: kalau jalan cerita ikut sebijik2 novel, mmg nanti kena rogol. X sure lah kot lain kali pulak kena:shutup: sbb x baca novel dia, cuma baca sinopsis aje;P

dis_9 Publish time 4-6-2022 06:32 PM

Best cerita ni. Novel best tapi macam heavy. Versi drama ni bagi saya lagi best dr novel, ada humor dan jalan cerita ada tambah² sikit

purplebloom Publish time 4-6-2022 09:43 PM

kuzaime replied at 4-6-2022 03:51 PM
Ada tengok dah teaser utk hari ni, macam x sempat aje mamat not nice tu rogol arumi kalau jal ...

Arumi ni pun satu hal xserik. Boleh lg layan mamat not nice tu lps apa yg jd episod td :huffy

purplebloom Publish time 4-6-2022 10:32 PM

dis_9 replied at 4-6-2022 06:32 PM
Best cerita ni. Novel best tapi macam heavy. Versi drama ni bagi saya lagi best dr novel, ada humor...

Agree. Drama version lagi best! Jad versi drama lebih matang & gentle. Arumi pun garang & xdela liar sgt. Pastu watak smpingan pun kelakar xdela serius je

hanahani Publish time 5-6-2022 01:09 AM

Tade sape buka thread drama melur untuk firdaus ke? Best gak cite tuu. Hahaha

Tunan Publish time 6-6-2022 01:04 AM

Dah terfolo drama ni
Mcm sedih je citer ni

cmf_Strawberry Publish time 6-6-2022 01:11 AM

Setuju, versi drama lagi best. I rasa novel agak extreme sangatlah ciri abusive tu. Dan i tak boleh sokong seorang yang kejam, buli isteri dan pukul anak boleh pulak jadi hero di akhirnya. Pukul anak i tak boleh terima. Orang macam ni sepatutnya kena tunjuk balasan yang dari perbuatan dia tu.. Jgn nak biasakan pukul dan dera perasaan isteri macam tu.
I harap drama takda tunjuk scene macam ni la..
But anyway i suka cerita ni. Redza mmg sesuai dgn watak tu dan Raysha i mmg ada sikit minat tengok lakonan dia. Kak Ati superb sgt, Ali kelakar, Juni pun mmg best la I suka shakila lama dulu sejak dia pernah berlakon dgn Fasha sandha.. tak ingat tajuk drama tu tp yang Jejai dtg pulau naik heli. Nenek berdua pun bestnya..
Lagu pun kena sangat dgn cerita.
Tp pengarah ni suka suka la buat scene tangkap cawan, tangkap selipar tu ya.. and kelipan mata masa slow mo tu..Kita layan je untuk relax lepas kerja. I wonder kenapa drama ni hari-hari aa?

pavlovachoc Publish time 8-6-2022 07:13 PM

I jatuh cinta ngn drama ni .nasib hero dan heroin lum kawin ..so x geli sgt tgk mereka bertentang mata

Tunan Publish time 9-6-2022 01:05 PM

kuzaime replied at 4-6-2022 03:51 PM
Ada tengok dah teaser utk hari ni, macam x sempat aje mamat not nice tu rogol arumi kalau jal ...

Klau tgk epi 20 si F tu bg air pastu arumi pening
Dia bwk arumi blk
Pastu smbung.. seram..

kuzaime Publish time 9-6-2022 01:27 PM

Tunan replied at 9-6-2022 01:05 PM
Klau tgk epi 20 si F tu bg air pastu arumi pening
Dia bwk arumi blk
Pastu smbung.. seram..

:shutup:kena ngappp jugaklah tu. Nnti dia pgnant pun laki dia x ngaku tu anak dia kan. Padahal anak lakinya. Tu kalau ikut sinopsis dr novel lah.

Tunan Publish time 10-6-2022 01:29 PM

kuzaime replied at 9-6-2022 01:27 PM
kena ngappp jugaklah tu. Nnti dia pgnant pun laki dia x ngaku tu anak dia kan. Padahal ana ...

Tak sukala sinopsis tu
Sedihhhhh
Adeh drama je pun kita yg terlebih baper..

Tunan Publish time 10-6-2022 04:55 PM

Dah tengok dah ep 21
Kesian Arumi..

cmf_Strawberry Publish time 10-6-2022 05:39 PM

Harap sgt Jad janganla abusive macam novel. Tak bestla tak suka lelaki abusive. Kita tengok drama ni nak relax-relax je taknak depress. Dahla hero dan heroin my gadddd chemistry kuat sangat. So secocok..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: AKASIA : BISIK-BISIK GELORA [REDZA ROSLI, RAYSHA RIZROSE, GAMBIT]


ADVERTISEMENT