Vellfire Publish time 2-6-2022 10:11 PM

Skuter bawa enam penumpang sekali gus

https://j5x6u8n2.rocketcdn.me/wp-content/uploads/2022/06/wow.jpg

MUMBAI: Sebuah skuter dirakam membawa enam penumpang sekali gus menarik perhatian ramai terutama pihak berkuasa tempatan.
Dalam video tular itu, budak lelaki duduk di bahu pembonceng motosikal Honda Activa dan apabila diamati dengan lebih dekat, kenderaan itu sebenarnya dinaiki enam penumpang sekali gus.
Pemandu kereta sempat merakam aksi berbahaya itu berhampiran Star Bazaar di Barat Andheri.
Pengguna Twitter bernama Ramandeep Singh Hora berkongsi video ini dan memautnya dengan Twitter Pesuruhjaya Polis Mumbai dan akaun rasmi Polis Trafik Mumbai dalam ciapannya.
Ia mencetuskan respons serta- merta MTPHereToHelp yang meminta Hora memberikan “butiran lokasi tepat” kejadian itu.
MTP dalam ciapan mereka memberitahu Bahagian Trafik DN Nagar diarah menyiasat lanjut insiden tersebut.
https://twitter.com/HoraRamandeep/status/1528385547940442113?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1528385547940442113%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsarawakvoice.com%2F2022%2F06%2F02%2Fskuter-bawa-enam-penumpang-sekali-gus%2F

sarawakvoice.com/2022/06/02
Pages: [1]
View full version: Skuter bawa enam penumpang sekali gus


ADVERTISEMENT