Agent13k Publish time 2-6-2022 05:41 PM

Punca Wanita Marah Anak Dalam Bas Kerana Stres Angkara Ibu Mertua, Suami

Baru-baru ini, ada video tular di TikTok menunjukkan seorang penumpang bas menceritakan sikap ibu yang memarahi dan bertindak kasar terhadap anaknya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Temerloh, Pahang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/171625kd8ife91jhi1919m.pngKredit foto: TikTok



Difahamkan, keadaan kembali terkawal selepas seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis menegur sikap wanita itu yang membuat penumpang bas yang lain tidak senang duduk.

7103046247962922267

7103095047129746715

7103146232947789082

Namun, ada seorang pengguna Facebook iaitu Shira Ira tampil untuk menceritakan lebih terperinci kisah keluarga itu selepas bertemu dengan wanita tersebut.

Menurutnya, wanita itu sebenarnya tertekan dan mengalami stres melampau setelah pasangannya ditahan polis akibat kesalahan dadah.


Lebih memilukan apabila dia dan anaknya dihalau ibu mertuanya kerana tidak suka cucu tirinya berada di rumahnya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/171106rc7pc07h2z33qph0.pngkredit foto: Facebook



Ekoran itu, Shira Ira kemudiannya membawa wanita berkenaan dan anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan serta membeli pakaian baharu untuk mereka semua. - CARI

whimsicalmusic Publish time 3-6-2022 12:59 AM

Confirm mental breakdown..i simpayi nasib org mcm ni..bdk ni pn satu..dr ko rekod tu, g la tegur kalo kesian..berani kn sikit diri nk tegur kalo rasa bnda salah..tao nk viralkn je..da la nmpk muka budak tu

jazaa100 Publish time 3-6-2022 08:07 AM

Baik le kau bercerai dari tgu laki kuar penjara....
Pi kerja kilang.....atau kedai mkn....amanĀ² kau duduk anak beranak dari merempat rumah mertua.....nk duduk rmh mertua ni kau kena kerja kerajaan sekurang kuranya gred 46 , baru aman hidup kau pompuan.....

prince_marhaen Publish time 3-6-2022 09:05 AM

meols tgok video tu meols tak kutuk kakak tu, meols menyampah yang buat video tik tok tu, kau pompuan pun tak faham apa yang pompuan tu lalui...pastu kau rakam dia...malukan dia kena marah dengan polis tu.. btw... betul ke cerita kakak fesbuk shira ira tu...macam hasanahhhh je...tetiba panjang pulak cerita dia...nak shakan pun kita tak kenal kakak bas tu...demi content kekdahnyaaa

ally9970 Publish time 3-6-2022 09:36 AM

Kau marahkan laki, kena halau dgn mak mentua, pastu anak jadi mangsa, jadi punching bag kau...

gideoncross Publish time 3-6-2022 09:59 AM

ally9970 replied at 3-6-2022 09:36 AM
Kau marahkan laki, kena halau dgn mak mentua, pastu anak jadi mangsa, jadi punching bag kau...

Bukan stakat tu, abusive housewife pun ada jugak, bukn stakat Johnny & Amber je.

Artemesiaa Publish time 3-6-2022 03:44 PM

Masaalah laki bini jangan libatkan anak2 kesannya membawa hingga dewasa.Silap2 lepas mereka dewasa dan berjaya maknya bakal tak dihiraukan sama macam mana mereka tak dihiraukan oleh maknya masa mereka kanak2.

cikmi Publish time 3-6-2022 05:53 PM

prince_marhaen replied at 3-6-2022 09:05 AM
meols tgok video tu meols tak kutuk kakak tu, meols menyampah yang buat video tik tok tu, kau pompua ...

perempuan tu dh kawin ke blm...kalau belum..mgkn x rs lagi mcmn kkdg mental breakdown bila dlm kepala ni mcm2 masalah dok pikir. kkdg bukan x sayang anak..tp bila serabut sgt, benda kecik pun terasa nk marah...mcm kes viral ni, mgkn anak dia melalak or baut sesuatu yg trigger dia jadi camtu

perempuan yg rakam ni, or sesapa dlm bas ni..kalau konon serabut sgt, at least pi la tanya, ada masalah apa...instead of pakat hentam dia..marah2 dia

Pages: [1]
View full version: Punca Wanita Marah Anak Dalam Bas Kerana Stres Angkara Ibu Mertua, Suami


ADVERTISEMENT