Agent13k Publish time 2-6-2022 03:49 PM

Mengerikan, Penumpang Rakam Detik Cemas Kapal Terbang Dibadai Puting Beliung

Baru-baru ini, ada satu video tular di media sosial Instagram yang memaparkan detik cemas penumpang kapal terbang dibadai dengan angin puting beliung yang kuat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/145344oq9xqso9xf9eeqfx.pngKredit foto: Instagram



Difahamkan, salah seorang penumpang itu sempat merakam suasana panik dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, ada juga sedang beristighfar, menangis dan memegang kerusi di hadapannya.

https://www.instagram.com/reel/CeOBafYsDjn/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambahan pula, kapal terbang Garuda Indonesia dengan nombor pendaftaran GA 608 itu dijadualkan mendarat di bandar Mutiara Sis Aljufri Palu, Sulawesi Tengah (Sulteng), sekitar pukul 2.45PM waktu tempatan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/145404wpbto8p9pmpf9tm9.pngkredit foto: Instagram



Tetapi, ketika tayar kapal terbang itu hampir menyentuh landasan, tiba-tiba juruterbang tersebut membatalkannya dan terus naik semula, kemudiannya kapal terbang itu dilaporkan mengalami pergolakan sangat kuat sehingga menyebabkan penumpang menjadi cemas dengan situasi tersebut.

Ekoran itu, kapal terbang tersebut berjaya mendarat pada pukul 3.10PM waktu tempatan dan mengalami kelewatan selama 25 minit sahaja. -CARI
Pages: [1]
View full version: Mengerikan, Penumpang Rakam Detik Cemas Kapal Terbang Dibadai Puting Beliung


ADVERTISEMENT