Agent13k Publish time 2-6-2022 02:21 PM

Kanak-Kanak Suka Tengok Lori Sampah, Tak Rasa Geli Nak Bergambar Dengan Pekerja

Bila kita bercakap tentang pekerja kutip sampah, pasti akan ada orang yang memandang rendah dan berasa geli mendekati mereka kerana bimbang bau sampah itu yang kuat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/135144qffee7nezrm2pder.png




Baru-baru ini, ada video di TikTok memaparkan dua kanak-kanak mengambil gambar bersama pekerja kutip sampah menjadi perhatian netizen. Tambahan pula, kanak-kanak itu dilihat sangat meminati lori sampah sehingga bercita-cita mahu menjadi pengutip sampah.

7102677217553026331

7102758837073071386

Difahamkan, bapa kepada dua orang kanak-kanak itu meminta izin untuk mengambil gambar bersama salah seorang pekerja Alam Flora dan pekerja tersebut menunaikan permintaan bapa itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/135239orwqr9lym8yyxxlb.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di komen pula, ramai netizen kagum melihat kanak-kanak itu yang suka melihat lori sampah itu dan tidak berasa geli ketika mendekatinya. -CARI

esbok Publish time 2-6-2022 02:26 PM

aku panggil abam alam flora

Adrif Publish time 2-6-2022 03:24 PM

esbok replied at 2-6-2022 02:26 PM
aku panggil abam alam flora

dulu ada sorang boss aku panggil diorang ni, health officer. aku pun tak tau kenapa

bila aku tanya, nurse, doctor, m.a. ke? dia kata yang tu medical officer. pengutip sampah setau aku, garbage collector. tapi dia insist dengan nama, health officer. ikut negara luar kut

n0n0n0 Publish time 2-6-2022 05:20 PM

Bagus didikan mak bapak dorg

Weller Publish time 2-6-2022 06:08 PM

banyak je youtube omputih yg anak2 diorg admire garbage collector ni

siap tukar2 hadiah time birthday masing2

pet dog n cat pun ada tunggu kat depa. cute giler.

nurshima Publish time 2-6-2022 06:30 PM

Kat sini anak2 takut lori bandaran kutip sampah

blue_blur Publish time 2-6-2022 07:24 PM

Weller replied at 2-6-2022 06:08 PM
banyak je youtube omputih yg anak2 diorg admire garbage collector ni

siap tukar2 hadiah time birthd ...

in-law pun pelik, mai sini, tradisi sambut lori sampah tak diamalkan macam kat tempat dia..
tempat dia, kalau lori tu lalu, wakil tiap rumah akan tunggu dan sendiri masuk kan sampah ke lori tu..
Pages: [1]
View full version: Kanak-Kanak Suka Tengok Lori Sampah, Tak Rasa Geli Nak Bergambar Dengan Pekerja


ADVERTISEMENT