Cintaerina Publish time 2-6-2022 11:08 AM

"Sepatutnya 31 Mei Hari Bahagia Kita" - Keluarga Lelaki Tak Restu Berkahwin Hanya Kerana Gelaran 'Single Mom'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/060652wol5wth218wepeo8.pngSumber: Tiktok Farah Idzarra


Percaya atau tidak, walaupun kini kita sudah melangkah ke pertengahan tahun 2022, namun masyarakat kita masih ada mempunyai tanggapan negatif dan stereotaip terhadap status janda atau single mom. Selain itu, masyarakat kita juga dikatakan 'berat sebelah' dengan memandang rendah ke atas golongan janda berbanding duda.


7103895023254605083


Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Farah Idzarra. Di sebalik senyumannya yang manis, tersimpan pelbagai kisah duka dalam hati wanita ini. Menerusi posting itu, wanita ini menceritakan bahawa tarikh 31 Mei yang lalu sepatutnya menjadi hari bahagia buatnya dan calon suami. Tetapi semuanya hancur kerana campur tangan keluarga.


Tambah wanita ini, pihak keluarga sebelah lelaki tidak merestui hubungan mereka hanya kerana dia memegang status sebagai ibu tunggal kepada seorang anak. Namun Farah akui dia reda dengan keputusan keluarga lelaki tersebut, malah dia juga mendoakan agar bekas pasangannya bahagia dengan calon isteri yang diterima oleh keluarganya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepadanya. Selain itu, ada juga yang turut berkongsikan nasib yang sama sepertinya. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/060651sn4rmmf87e5e3y75.pngSumber: Tiktok Farah Idzarra







jazaa100 Publish time 2-6-2022 01:38 PM

Dah tau family lelaki tak suka, mcmana blh pilih tarikh 31/5 nk kawin?....

Konon nk proceed tanpa restu kuarga....kau nk amik je ank lelaki org....tetiba lelaki tu ikut kata mak.....

Merempan lak kat tiktok......

ally9970 Publish time 2-6-2022 02:26 PM

Janda aka diceraikan atau kematian suami?

prettyuglybabe Publish time 2-6-2022 02:30 PM

demi content..
so produk apa dia jual?

Adrif Publish time 2-6-2022 03:48 PM

dari perspektif lain

ko upload kat tiktok dengan caption as victim, "Hur hur, cian saya tak dapat kawen sebab ibu tunggal. Family lelaki tak terima."

kau baru je malukan family lelaki tu. burukkan diorang kat internet

kalau jadi isteri? mamposs

MissyMolly Publish time 2-6-2022 04:00 PM

Owh tak direstui... ada hikmahnya tak jadik

Tp mcm cun je muka dia hikssss
Ke xsampai level cun acik porem?

Artemesiaa Publish time 2-6-2022 04:46 PM

Baguslah dah tahu dari awal dari teruskan tapi jadi masaalah pula nantinya silap2 dapat title single mom buat kali kedua

MissVixen Publish time 2-6-2022 10:10 PM

Tak nikah pun dan bukak cerita pasal keluarga lelaki. Ini kalau dah nikah, semua cerita jadi dokumentari di tiktok.

lolipopi Publish time 3-6-2022 02:03 AM

Dah solat dik? Jgn main tiktok jerr

OyaTonggek Publish time 3-6-2022 03:04 AM

meols kalau dr tiktok ni..x koseerrrr nk percaya, content bodoh belake..

Takkan laa x bgtau status..tau2 dpt tarikh 31mei nk kawen...ehh pepelik pangai masyarakat filter tepong (Tiktokrians) ni:I

jazaa100 Publish time 3-6-2022 08:02 AM

MissyMolly replied at 2-6-2022 04:00 PM
Owh tak direstui... ada hikmahnya tak jadik

Tp mcm cun je muka dia hikssss


Semua kat socmed cun missmolly.....

Filter berlapis lapis....
Aku pernah beli kuih btg buruk....kat fb bkn main cantik giler...bila dia hantar kat aku, terkedu aku jap....jerawat batu, jerawat besi semua ada......

MissyMolly Publish time 3-6-2022 10:11 AM

jazaa100 replied at 3-6-2022 08:02 AM
Semua kat socmed cun missmolly.....

Filter berlapis lapis....


Koh2... iols tertipu la nih
Tp takpe lah even utk content pun
Iols simpatik kt sheols sis

Errrr tiber... sedap pulak batang buruk;P

fifie_olin Publish time 3-6-2022 10:22 AM

mcm saja tayang muka je tu:lol:

matseh Publish time 3-6-2022 12:16 PM

Divorcee ke Widow?

Cokoro Publish time 3-6-2022 12:39 PM

Dah mcm mana dpt tarikh nikah kalau dh putus. Kan ke trikh BIASANYA dpt time merisik/bertunang. Haulah sis. Tiktok ni bkn blh caye sgt

ezacbee Publish time 5-6-2022 01:48 PM

Tiktok? Semua content je. Tup2 jual barang, berduyun yg beli sbb kesian. :lol:

gideoncross Publish time 5-6-2022 03:58 PM

ezacbee replied at 5-6-2022 01:48 PM
Tiktok? Semua content je. Tup2 jual barang, berduyun yg beli sbb kesian.

Pstu muka plak jnis lawa, lgi lah org dtg brduyun2 nak mmbeli haha.

gideoncross Publish time 5-6-2022 04:00 PM

Adrif replied at 2-6-2022 03:48 PM
dari perspektif lain

ko upload kat tiktok dengan caption as victim, "Hur hur, cian saya tak dapat k ...

Mudah-mudahan nnti iol dpt suami yg family nya x jahat.

Belibis Publish time 5-6-2022 04:24 PM

jazaa100 replied at 3-6-2022 08:02 AM
Semua kat socmed cun missmolly.....

Filter berlapis lapis....


Batang buruk atau penjualnya yang buruk??

nakkomenjugak Publish time 5-6-2022 08:18 PM

konsep "buat apa kawen janda padahal anak dara punya ramai kat luar sana" kot yang dipakai fam lelaki?
Pages: [1] 2
View full version: "Sepatutnya 31 Mei Hari Bahagia Kita" - Keluarga Lelaki Tak Restu Berkahwin Hanya Kerana Gelaran 'Single Mom'


ADVERTISEMENT