Agent13k Publish time 2-6-2022 11:06 AM

Wanita Terkejut Diganggu Lelaki Berkopiah Dan Mengetuk Tingkap Keretanya

Keselamatan diri di tempat awam adalah amat penting bagi mereka yang berseorangan dan pergi tempat yang asing kerana kita tidak tahu siapa yang memerhati pergerakan kita dan apakah niat orang itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/024318upg8guad66jndjlq.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini, ada video tular di Instagram yang memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba mengetuk tingkap kereta yang ada seorang wanita duduk dibahagian pemandu.

https://www.instagram.com/tv/CeQVPNZp26Q/?utm_source=ig_web_copy_link

Difahamkan, wanita itu sedang menunggu ketibaan suaminya yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang. Tambahan pula, wanita itu sempat mengunci pintu kereta dan melihat lelaki itu yang tidak henti mengetuk cermin kereta sambil menunjukkan simbol tangan meminta RM2.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/024355t5eowoocycy9y2qw.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di komen pula, ramai netizen risau yang lelaki tersebut mungkin mahu pukau wanita itu dan bersyukur kerana wanita itu selamat dari gangguan lelaki itu. -CARI

Zaien Publish time 2-6-2022 01:16 PM

aku klau g mne mmg tgk kiri kanan nk menuju kreta atau klaur dri keta..
scary wey.. sbb dlu pnah jugak kena.. tpi keta mmg lock siap dh..
ehh ko nk meminta sedekah dgn pulas2 bukak keta org dah kenapaaa kan..

Adrif Publish time 2-6-2022 03:53 PM

kalau masuk kereta, terus lock

jangan jadi sejenis, masuk kereta, pintu terbuka sikit, konon bagi angin masuk, pastu acah tengok muka kat cermin pandang belakang, bukak phone baca wasap, bukak aircond, tunggu feeling sejuk, baru tutup pintu kereta, itupun tak lock lagi, check phone balik, scroll social media

ko kalau kena sergah tiba2 orang bukak pintu rampok, ha meninggal

masuk kereta cepat-cepat, terus lock. lepas tu nak buat apa, buatlah

ally9970 Publish time 3-6-2022 09:38 AM

apa kena mengena ketuk cermin keta dgn berkopiah? memakai cincin tak nak sebut jugak ke? pakai baju apa taknak sebut?

belacan_gurl Publish time 4-6-2022 08:20 AM

ally9970 replied at 3-6-2022 09:38 AM
apa kena mengena ketuk cermin keta dgn berkopiah? memakai cincin tak nak sebut jugak ke? pakai baju...

Dah mmg lelaki tu berkopiah bukan bertopi kakakakakaka

zehra2 Publish time 5-6-2022 09:31 AM

aku pernah kena. tp bkn nk duit. dia mintak aku antar dia ke masjid. di seberang jambatan.
maaf ler. pi la mtk tolong kt org lelaki.

ezacbee Publish time 5-6-2022 11:22 AM

zehra2 replied at 5-6-2022 09:31 AM
aku pernah kena. tp bkn nk duit. dia mintak aku antar dia ke masjid. di seberang jambatan.
maaf ler. ...

Nak gak pompuan yg hantar. Memilih. :lol:

gideoncross Publish time 5-6-2022 04:02 PM

ezacbee replied at 5-6-2022 11:22 AM
Nak gak pompuan yg hantar. Memilih.

Mungkin bliau sdg ngetest market smaada laku ataupun x haha.

gideoncross Publish time 5-6-2022 04:03 PM

Adrif replied at 2-6-2022 03:53 PM
kalau masuk kereta, terus lock

jangan jadi sejenis, masuk kereta, pintu terbuka sikit, konon bagi a ...

Aiol dri kcil lgi mak bapak sllu pesan klau dh msuk kdlm kreta, trus kunci pintu.

Belibis Publish time 5-6-2022 04:26 PM

ally9970 replied at 3-6-2022 09:38 AM
apa kena mengena ketuk cermin keta dgn berkopiah? memakai cincin tak nak sebut jugak ke? pakai baju...

Baru la seronok baca.kena ada sedikit stigma agama...bangsa..lumayan hencapan.

takayama Publish time 6-6-2022 10:20 AM

pernah juga kena ada sorg makcik ketuk cermin ms tunggu anak keluar dr sekolah, xde apa pun makcik tu minta alih kan kereta ke depan sbb dia risau klu dahan pokok yg dah rapuh tu jatuh aje tp ms dia ketuk tu mmg suspen :lol:

ally9970 Publish time 7-6-2022 12:27 PM

Belibis replied at 5-6-2022 04:26 PM
Baru la seronok baca.kena ada sedikit stigma agama...bangsa..lumayan hencapan.

hahahahaha.... betul lah tu:D
Pages: [1]
View full version: Wanita Terkejut Diganggu Lelaki Berkopiah Dan Mengetuk Tingkap Keretanya


ADVERTISEMENT