Agent13k Publish time 2-6-2022 11:05 AM

Penjual Shopee Jual Nota Sekolah Tulisan Tangan, Pendapatan Sekitar RM1.59 Juta!

Sebelum ini kita pernah melihat ada orang menjual kerusi yang pernah diduduki oleh pemandu F1 iaitu Lewis Hamilton dengan harga yang tinggi di kedai atas talian Shopee.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/015044efuru5lfy3rkr3gf.pngkredit foto: Shopee Taiwan



Baru-baru ini, di Shopee, ada seorang pelajar menjual salinan fotostat nota ulangkaji berwarna dan bertulisan tangan. Difahamkan, pendapatannya dianggarkan dalam NT10.5 (RM1.59 juta).

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/02/015153dq7156l7eoj2s25q.pngkredit foto: Shopee Taiwan



Tambahan pula, tajuk jualannya iaitu "Taipei First Girls High School", ianya adalah nota untuk Program Penilaian Komprehensif bagi pelajar sekolah menengah rendah dan senarai jualan tersebut kini ditanda sebagai habis.

tDfKjWmMYCk

Disamping itu, ia terjual sebanyak 2,653 naskhah, setiap satu unit itu berharga NT2,600 iaitu sekitar RM392, ini menjadikan jumlah jualannya sekitar RM1.04 juta.

Bahkan juga, kedai itu juga menjual nota khusus untuk satu mata pelajaran sahaja, harganya adalah antara NT200 (RM30) sehingga NT600 (RM90) setiap satu nota, jadi anggaran jualan nota subjek individu ini adalah NT3.6 juta (RM543,777). Ditambah jualan RM1.04 juta tadi, ini menjadikan jumlah keseluruhan jualannya lebih kurang dalam RM1.59 juta. -CARI

Adrif Publish time 2-6-2022 03:56 PM

cantik nota dia

dulu aku buat nota, aku sendiri tak faham apa aku tulis

dah la tulisan cakar ayam. nasib zaman universiti pakai slide note
Pages: [1]
View full version: Penjual Shopee Jual Nota Sekolah Tulisan Tangan, Pendapatan Sekitar RM1.59 Juta!


ADVERTISEMENT