Agent13k Publish time 1-6-2022 05:16 PM

Netizen Tak Puas Hati Dengan Kenyataan KTMB Tentang Isu Kekurangan Kekerapan Komuter

Ramai rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang selalu merungut tentang servis KTMB yang semakin teruk sejak kebelakangan ini, dan baru-baru ini, Twitter rasmi KTMB telah mengeluarkan kenyataan tentang isu kekurangan kekerapan komuter.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/01/155508nx8rjm00obhvr4hp.pngkredit foto: BusinessToday



Menurut kenyataan tersebut, penggunaan KTM Komuter itu masih rendah dan belum dioptimumkan sepenuhnya kerana ramai orang awam tidak menggunakan perkhidmatan komuter.

Selain itu, KTM Komuter juga berkata mereka sedang mempertingkatkan frekuensi ketibaan komuter itu dan dijangka akan diselesaikan dalam masa lima tahun.

https://twitter.com/azfrrr/status/1531580162793680896?s=20&t=P0iu3xJzn7CcLeXkxkBa4w

Difahamkan, ramai netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan KTMB tersebut kerana ramai orang menggunakan pengangkutan awam serta tren sentiasa penuh ketika waktu puncak. Tambahan pula, netizen turut mengatakan bahawa jika hujan atau berlakunya banjir, operasi akan tergendala dan para pengguna perlu mencari alternatif lain.

https://www.facebook.com/rogernaut1/posts/10226592596056780

Sekadar info, perkhidmatan pengangkutan awam komuter yang menggunakan enam set koc di Lembah Klang mampu memuatkan 856 penumpang termasuk yang berdiri dan berduduk. -CARI

Zack8hunter Publish time 1-6-2022 09:02 PM

padahal dah berpuluh thn kot komuter ni

zarulnazmi Publish time 1-6-2022 09:43 PM

Nak tunggu lima tahun untuk selesaikan masalah servis lembab? Maka kau tunggu juga lima tahun lagi baru netizen fikir nak naik komuter kau atau tidak.

airmineral Publish time 2-6-2022 03:24 AM

mmg layak dimaki

Adrif Publish time 2-6-2022 06:01 AM

biasa naik ets

mana ntah air cond diorang. sembur angin je kot. panas

dulu kata ada bisnes class, platinum bagai
tapi rare. susah jumpa.

takat ni naik gold memanjang. tapi kualiti macam naik bas waithong ceruk kampung
Pages: [1]
View full version: Netizen Tak Puas Hati Dengan Kenyataan KTMB Tentang Isu Kekurangan Kekerapan Komuter


ADVERTISEMENT