CARI-MAL Publish time 1-6-2022 04:36 PM

Dah Nak Kahwin Pun, Dengan Pasangan Sendiri Pun Iri Hati Juga Ke?

Perkongsiaan seorang wanita di Twitter mencuri perhatian ramai kerana dirinya sering berasa dengki dengan pasangannya.


Difahamkan, dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak lama lagi, namun mendedahkan dirinya berasa tidak yakin untuk berkahwin hanya kerana mempunyai sifat iri hati melihat rakan-rakan bakal suami yang berjaya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/01/163331cimeie5ojzhzs9fj.jpgGambar hiasan/Keluarga




Menurutnya, baru-baru ini, rakan-rakan bakal suaminya menyambut ‘parti bujang’ hingga ke luar negara dan akan menyambut untuk kali kedua di Malaysia.


Apa yang membuatkan dia berasa dengki, kawan-kawannya tidak berbuat sedemikian hinggakan wanita itu mahu berkata kepada bakal suami bahawa dia lebih selesa hidup membujang dari membuat ‘parti bujang’.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/01/163134gat67witxwg8ovty.jpg



Semua ini berlaku hanya kerana berasa cemburu melihat gaya hidup rakan-rakan bakal suami yang didakwa beribu kali sempurna dari dirinya.


Kebanyakan netizen menasihati wanita itu tidak hidup berpaksikan kawan-kawan dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/01/163133ezy0bx4s0vhwzdb4.pngAdd Image Caption Here





Dalam pada itu, ada juga yang tidak faham dengan pemikirannya yang iri dengan pasangan sendiri sedangkan sudah tidak lama lagi hendak mendirikan rumah tangga.




Sumber: BeautifulNara

msel Publish time 1-6-2022 04:56 PM

Mengada-ngadanya

Artemesiaa Publish time 1-6-2022 05:15 PM

Susah bila ada penyakit hati macam tu

Mary_jane Publish time 1-6-2022 06:51 PM

Ini semua mainan syaitan sis, banyak2 lah berdoa bersihkan hati berkeladak tu. Patut sebulan nak kawen orang dah busy dengan preparation wedding nya. Hasanah betul.

Cokoro Publish time 1-6-2022 08:17 PM

Pelik2 nusio

Zack8hunter Publish time 1-6-2022 08:56 PM

aduhaii..gud luck la pd bakal suami dia nanti..;P

kaoru44 Publish time 2-6-2022 05:56 AM

Rasa pelik bila org dengki pd jantina blainan

Supersirap Publish time 2-6-2022 08:22 AM

Pergi cari tempat boleh bersihkan hati

meah_kelabu Publish time 2-6-2022 10:39 AM

pompuan ni saiko. sekian

_kelly Publish time 2-6-2022 10:48 AM

bodow nya budak ni baik ko takyah kawin..ko akan jadi toksik pada pasangan sendiri

dekmieDandy Publish time 2-6-2022 10:50 AM

berbau fruity sikit 'partner'nya itu

SedihPedih Publish time 2-6-2022 10:54 AM

ada tempias penyakit kak bab

She-Ra Publish time 2-6-2022 11:20 AM

aduhhhhhhhhhh
perlukan ajk keceriaan kah? ;P


nakkomenjugak Publish time 5-6-2022 08:23 PM

budak lagi kan?
mehhhh bagi akak pulak kawen dengan laki ko
banyak cekadakkk betul

evlinne Publish time 6-6-2022 02:13 PM

Pompuan ni ambuser turd versi meleis
Partner dia abam joni depp:lol:

bungarose Publish time 6-6-2022 05:48 PM

Lantak ngko ler
Hati busuk

bakingsoda Publish time 7-6-2022 08:48 AM

tah pape betina ni, bukannya bachelor's party tu termasuk dlm rukun nikah atau satu kewajipan rakan2 utk celebrate bakal pengantin. ni mengemis diraikan pulak, tak malu eh :o

Cayn Publish time 13-6-2022 03:47 PM

sikap toksik cam ni, tak heran tak de kawan yang appreciate dia. Mungkin dengan kawan2 pun toksik. Belajar la ikhlas dan suci kan la hati tu. InsyaAllah kawan2 pun sayang.

esbok Publish time 14-6-2022 02:43 PM

jealous tengok partner nampak lebih bahagia? kau tengok dia ni sebagai bakal suami atau rival?

copy_paste Publish time 15-6-2022 10:25 AM

ni bukan dengki,tapi saiko,
patutnya dia gembira la dpt pasangan mcm tu
Pages: [1]
View full version: Dah Nak Kahwin Pun, Dengan Pasangan Sendiri Pun Iri Hati Juga Ke?


ADVERTISEMENT