Agent13k Publish time 1-6-2022 03:21 PM

Ibu Letak Anak Dalam Sangkar Ketika Berniaga Kerana Ayah Sibuk Main Game

Baru-baru ini, seorang ibu di negara China terpaksa membuat sangkar khas buat anaknya di bawah troli tempat berniaga kerana dia tidak dapat meninggalkan anaknya yang berusia dua tahun dengan suaminya yang sibuk bermain permainan video sepanjang hari.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/01/142626h3t0gw5g2yi3x32x.pngkredit foto: YouTube



Difahamkan, wanita itu menjual "jelly ice" di bandar Tongren, Guizhou itu mendapat perhatian media Jiu Pai News dan medai itu sempat menemuramah wanita tersebut.

Menurutnya, dia perlu menjaga anaknya sekitar tujuh hingga lapan jam sehari dan terpaksa membina sangkar dengan ruang untuk anaknya bermain.

HTNyVwvKAzg

Tambahan pula, wanita itu kecewa dengan suaminya kerana tidak menjaga anaknya dan hanya bermain permainan video sepanjang hari.

https://twitter.com/MothershipSG/status/1531225194416963589?s=20&t=HNQh_sEaLyBl8r3EC4vE3Q

Di samping itu, wanita itu juga berkata yang dia lebih rela membawa anaknya di dalam sangkar daripada membiarkan di rumah dan dibiarkan oleh suaminya. -CARI

Adrif Publish time 2-6-2022 06:44 AM

Allahu :'(

sebaya dengan si kecik kami kat rumah.. dah la umo camni aktif, manja

belacan_gurl Publish time 2-6-2022 09:04 AM

Ini sbb dia sayangkan anak lah dia buat sangkar .... at least anak terjaga depan mata...besar sikit dah boleh duduk sebelah ibu dia

nakkomenjugak Publish time 5-6-2022 08:24 PM

hempuk jeee laki ko dengan game dia

jas7512 Publish time 8-6-2022 10:31 AM

Di mana2 pun sama..jantan mmg x guna...

aezvogue Publish time 8-6-2022 02:00 PM

Semoga dipermudahkan urusan ibu ni..zaman makin mencabar sekarang

Cokoro Publish time 8-6-2022 04:08 PM

Allahuu. Mmg patut dia buat mcm ni. Nk biar g main dkt taman, takut kena culik. Dhlah kt china tu byk je kes culi budak
Pages: [1]
View full version: Ibu Letak Anak Dalam Sangkar Ketika Berniaga Kerana Ayah Sibuk Main Game


ADVERTISEMENT