sfhzuraz Publish time 1-6-2022 01:54 PM

Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun TUDM ke-64

Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun TUDM ke-64
| | 01 Jun 2022



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/06/01/1793090.jpg
Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64. Foto: Istana Negara


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64 kepada seluruh warga TUDM, veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM.


Ucapan Seri Paduka Baginda dikongsi Istana Negara menerusi catatan dalam akaun Facebook rasminya pada Rabu.


Menurut Istana Negara, jasa khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.


Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara disegani dan dihormati di persada antarabangsa.


Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara, menurut hantaran itu. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204988/BERITA/Nasional/Agong-zahir-ucapan-Selamat-Ulang-Tahun-TUDM-ke-64
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


TUDM

sfhzuraz Publish time 1-6-2022 02:20 PM

Agong titah pembangunan, transformasi TUDM seiring
| | 01 Jun 2022



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/06/01/1793320.jpg
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bersalaman bersama pegawai dan anggota tentera udara selepas Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia ke-64 di Pangkalan Udara Subang pada Rabu. - Foto Bernama


PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pembangunan kapasiti warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan transformasi keupayaan perlu bergerak seiringan dalam membentuk sebuah angkatan udara masa hadapan berwibawa.


Seri Paduka Baginda bertitah, peranan TUDM sebagai tonggak utama dalam mempertahankan ruang angkasa negara diibaratkan sebagai sebuah perisai yang melindungi rakyat dan segenap kemakmuran negara.


Titah Al-Sultan Abdullah, bagi membangunkan keupayaan kuasa udara sebagai sebuah perisai yang terus gagah di angkasa raya menangkis dan melindungi tanah air pada sebilang masa, ia memerlukan pembentukan warga udara berkapasiti tinggi.


"Ia turut menuntut pembangunan keupayaan peralatan seiring dengan arus kemodenan teknologi semasa. Warga TUDM hendaklah diterap dengan kemahiran yang mampan sejajar dengan evolusi pembangunan kapasiti.


"Pada hemat beta, peningkatan keupayaan warga udara berasaskan teknologi akan dapat memacu ke arah pembentukan modal insan berimpak tinggi dan pada masa sama, pemantapan jasmani dan rohani.


"...disamping itu, memperkasa jati diri setiap warga udara sewajarnya terus diberikan tumpuan," titah Seri Paduka setelah mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulangtahun TUDM Ke-64 di Pangkalan Udara Subang, dekat sini pada Rabu.


Titah Seri Paduka Baginda, perkara ini adalah penting agar warga udara sentiasa berpegang teguh kepada disiplin dan etika ketenteraan serta memiliki sifat terpuji yang unggul.


Al-Sultan Abdullah bertitah bagi memastikan TUDM sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, keupayaan pertahanan udara perlu juga melalui transformasi secara menyeluruh dan holistik selari dengan perkembangan teknologi ketenteraan semasa.


"Aplikasi teknologi terkini bukan sahaja terhad kepada peningkatan keupayaan pesawat terbang malahan ia juga perlu meliputi peningkatan keupayaan kejuruteraan, logistik, latihan dan pengurusan ruang udara.


"Semua ini adalah demi mendukung pertahanan komprehensif negara dan memperkukuh perkongsian berwibawa di peringkat serantau dan antarabangsa," titah Seri Paduka Baginda.


Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan keyakinan menerusi pembangunan kapasiti warga udara dan transformasi keupayaan sejajar dengan teknologi terkini, TUDM sebagai sebahagian daripada elemen pertahanan negara akan dapat menjamin kesejahteraan, kestabilan, keamanan dan kelangsungan ekonomi negara tercinta.


"TUDM kini semakin megah berperanan sebagai sebuah perisai kedaulatan negara serta turut cemerlang dalam pelbagai inisiatif kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dalam mendepani krisis kemanusiaan," titah Seri Paduka Baginda.


Titah Al-Sultan Abdullah, TUDM kini berada di atas landasan tepat menuju ke arah pembentukan sebuah angkatan udara masa hadapan yang berspektrum penuh.


Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pelbagai usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para panglima, barisan kepimpinan, perwira dan perajurit TUDM sepanjang 64 tahun lepas.


Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas barisan kepimpinan dan veteran TUDM yang telah berkorban jiwa dan raga demi negara tercinta. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/205019/BERITA/Nasional/Agong-titah-pembangunan-transformasi-TUDM-seiring
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


TUDM

Pages: [1]
View full version: Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun TUDM ke-64


ADVERTISEMENT