Cintaerina Publish time 31-5-2022 06:04 PM

"Saya Pun Pernah Jadi Pelajar, Jangan Malu" – Peniaga Letak Nota Mahu Belanja Makan Pelajar Tiada Duit

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/162547fdb5xepfprkoe0bs.pngSumber: Twitter Hfnz9


Seperti yang kita semua tahu, apabila bergelar seorang pelajar, kita akan mengenal erti kehidupan yang sebenar kerana ketika itulah kita akan tinggal berjauhan dengan keluarga. Dari situ bermulalah tanggungjawab kita untuk mengurus perbelanjaan diri sendiri dan banyak lagi.


Walaupun ramai pelajar boleh menyara diri mereka dengan bantuan keluarga dan bantuan wang seperti PTPTN. Namun, ada pelajar yang mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa tahan lapar dan tidak makan untuk menjimatkan wang belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.


https://twitter.com/Hfnz9/status/1531228567383982081?s=20&t=x5ni_v8OJei8O4V3Dt0OAw


Baru-baru ini, tular satu posting yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hfnz9. Menerusi posting itu, kelihatan seorang peniaga di kawasan Skudai yang menampalkan nota di kedainya khas untuk pelajar sehingga ramai netizen yang sedih dan terharu apabila membaca nota itu.


Menurut peniaga wanita ini, dia tidak mahu pelajar terpaksa menahan lapar kerana ketiadaan duit. Dia juga pernah menjadi seorang pelajar, maka dia faham apabila ada pelajar yang terpaksa mengikat perut.


Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mengenali peniaga wanita ini yang bernama Kak Ecah. Menurut sumber lain, Kak Ecah berniaga di Kafe N24 Streetcafe yang terletak di Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/162559b716b56v7erybbyv.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/162554v1uf8zhufnpzfq0u.png

Sumber: Twitter Hfnz9







Adrif Publish time 31-5-2022 08:51 PM

masa aku zaman student dulu2 pun, ada orang-orang kaya yang selalu bagi makanan free untuk student. diorang mintak tolong beberapa students untuk jadi orang tengah, untuk hantar makanan dari luar masuk dalam. nanti budak2 tu mintak kebenaran untuk open table, dan agihkan bungkusan makanan kat students yang nak makanan free

sangat membantu ya ketika kelaparan
3 hari puasa nasi, minum air kosong je.
bila suap nasi masuk mulut, bersyukur ya amat. menitik air mata kesyukuran. kalah pagi Syawal, bahahaha

lepas tu media interview budak2 tu sebab puji kerja sosial mereka
tiba2 pihak universiti larang budak2 agihkan makanan lagi. unless diorang bergerak under universiti dan juga nama orang besar universiti. walhal, satu sen pun universiti tak keluarkan duit. budak lapor takde pulak diorang kisah. bila media ada, tiba2 masuk campur.

babih bukan orang besar universiti begini?

apa-apa pun. aku sangat mendoakan kesejahteraan dunia akhirat tangan ghaib serta si polan yang bagi makanan dulu

Zazama Publish time 31-5-2022 11:54 PM

Kita jaga kita.

Login_ID Publish time 1-6-2022 10:57 AM

Adrif replied at 31-5-2022 08:51 PM
masa aku zaman student dulu2 pun, ada orang-orang kaya yang selalu bagi makanan free untuk student....

aaamin.
sy tolong doakan kebaikan buat tangan ghaib tu..
utk kehidupannya dunia akhirat

Artemesiaa Publish time 1-6-2022 05:23 PM

Moga peniagaannya bertambah maju dan dimurahkan rezeki
Pages: [1]
View full version: "Saya Pun Pernah Jadi Pelajar, Jangan Malu" – Peniaga Letak Nota Mahu Belanja Makan Pelajar Tiada Duit


ADVERTISEMENT