Agent13k Publish time 31-5-2022 04:24 PM

Rider Datang Dari Jauh Nak "Pick-Up" Pesanan Tapi Kedai Dah Tutup, Boleh Macam Tu?

Kita selalu mendengar kisah penghantar makanan terpaksa melayan kerenah pelanggan setiap hari, isu seperti penghantaran lewat, makanan tidak ditutup dengan betul dan banyak lagi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/142652x487m3hlc06o4776.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang penghantar makanan tiba di gerai apam balik untuk mengambil makanan itu, namun sebaik tiba dia mendapati kedai itu sudah lama ditutup.

7096400640036883717

Difahamkan, penghantar makanan itu kecewa dengan pemilik kedai berkenaan kerana tidak menutup aplikasi penghantaran makanan yang didaftar sebelum ini.

Tambahan pula, di dalam sistem tertulis bahawa kedai itu masih beroperasi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/142724dasryg6g25vpe9vp.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di komen pula, ramai yang bersimpati dengan penghantar makanan itu dan meminta bersabar dengan situasi tersebut. - CARI

kucingitam Publish time 31-5-2022 05:54 PM

pernah kena.. order makan..tiba rider call bagitau kedai tu tutup, suruh cancel order.. geram je..dah la lapar.. kedai makan tu pulak dlm foodcourt shopping mall. kesian kat rider kena jalan jauh sekali kedainya tutup..

imransulaiman Publish time 31-5-2022 06:28 PM

Baru je tadi pagi nampak tiktok rider mengamuk gara-gara customer tak alert bila kena call banyak kali. Bagi location pun tak tepat. Memang selayaknya rider tu mengamuk! Tapi customer tu pula play victim... Hmmmmmmmmm

AmboiAmboiEnak Publish time 31-5-2022 07:35 PM

Penah kene gak... tp pickup order sendiri... 2 kali dah kene... vendor lain²... satu kedai tu dah ready nk pickup skali sampai kedai baru tengah renovate dan satu lagi kat rumah orang... yg kat rumah orang tu dpt respon dari customer service yg dia saja² je buka apps tu nk tgk cemana n apa pun dia x prepare barang² lagi nk meniaga

Adrif Publish time 31-5-2022 11:58 PM

haha, pernah kena. I order rojak je.

jenuh la tunggu. silap I la tak pegang phone

lepas sejam, tengok balik phone, order cancel. kedai tutup

anony-mous Publish time 1-6-2022 02:31 AM

imransulaiman replied at 31-5-2022 06:28 PM
Baru je tadi pagi nampak tiktok rider mengamuk gara-gara customer tak alert bila kena call banyak ka ...

Location tu kalau grab kdg2 mmg xboleh pin dgn tepat. Jd dkt i lepas kena update apps. Pernah sekali order i dpt dkt rumah org lain. Call rider x dpt. No tu dia xguna. Second time nasib baik rider guna number tu. And ambil hntar balik dkt iols. Ni rider x call sbb ada location agknya. Biasanya kena tanya org tu betul ke nama sekian2. Yg tuan rumah tu pulak dia ingat wife order. I dah siap tulis dlm notes rumah yg mana sbb pin grab xdpt kesan after update.


Yg call byk kali x angkat, mmg patut kena maki

mijot Publish time 1-6-2022 05:39 AM

kita yg bukan rider pn kena...
2kali kena...
dah la lapar...
kalau dh cuti tu, offkan lah grab tu...

hanna88 Publish time 1-6-2022 06:46 PM

pernah kene jugak..macam mana kat apps ada..tapi sebenarnya tutup pada hari tu..penjual pun kene update betol2 la dalam sistem tu supaya pembeli x order kat kedai berkenaan..
Pages: [1]
View full version: Rider Datang Dari Jauh Nak "Pick-Up" Pesanan Tapi Kedai Dah Tutup, Boleh Macam Tu?


ADVERTISEMENT