Cintaerina Publish time 31-5-2022 07:32 AM

"Berdarah Telinga Lisa Blackpink Kalau Dengar" - Ingatkan Penyanyi Misteri, Rupanya...

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/052418j319onzyen1oee9p.pngSumber: Instagram TV3 Malaysia


Baru-baru ini, rancangan I Can See Your Voice Malaysia kembali pada musim ke lima dan pada minggu ini kumpulan Dolla menjadi artis jemputan selain banyak perkara yang membuatkan para penonton terhibur.


Menerusi Instagram TV3 Malaysia, satu keratan video dimuat naik menunjukkan ramai yang menantikan persembahan daripada penyanyi misteri nombor enam yang dikenali sebagai Sukashiiz yang mempunyai ketinggian dan wajah seperti model. Oleh itu, Andi Bernadee sangat yakin bahawa Sukashiiz ini seorang model dan penyanyi.


https://www.instagram.com/p/CeJSkkrjJgW/?utm_source=ig_web_copy_link


Namun, sebaik Sukashiiz membuka mulut, bukan sahaja suaranya sumbang, malah melodi lagu Lalisa itu terus berubah 360 darjah dibuatnya seolah-olah kita sedang mendengar lagu Lalisa versi screamo bak kata Izzue Islam! Lengkap pula dengan pakej head banging seperti lagu rock.


Kalau Lisa Blackpink dengar memang boleh berdarah telinga.


https://www.instagram.com/p/CeJTG9BJD3C/?utm_source=ig_web_copy_link


Memang betul tekaan kumpulan Dolla yang pada awalnya mengatakan bahawa Sukashiiz hanya penyamar. Namun, Andi Bernadee dan panel lain sangat yakin bahawa lelaki itu penyanyi sebenar kerana ciri-ciri fizikalnya kelihatan seperti seorang model dan penyanyi.


Episod semalam memang betul-betul gempak sehingga tidak kering gusi penonton ketawa dengan telatah mereka di ICSYV. Pada akhir rancangan itu, dapat juga Dolla berduet dengan penyanyi sebenar. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/052801uxz5xquzu8kyi88k.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/31/052801jo4jjaqrakqjqjjr.png

Sumber: Instagram TV3 Malaysia







copy_paste Publish time 31-5-2022 08:56 AM

dah boleh cuba minta jd model la kalo mcm tu, ade rupe ade tinggi

imransulaiman Publish time 31-5-2022 11:08 AM

Lelaki rupanya...

babelina Publish time 31-5-2022 11:36 AM

skrg borink la tgk program nie.. mcm huru hara.. aku rasa masa syuk n shawn tu dia pndai kawak each other.. supaya x over n huru hara kt situ..

elnor_81 Publish time 31-5-2022 08:59 PM

babelina: skrg borink la tgk program nie ...
Betul. Mmg huru hara sgt2. Ad mse shawn tukar ngan ain, aku rse mse tu plg tenang. Msuk je ain balik..huru hara
Pages: [1]
View full version: "Berdarah Telinga Lisa Blackpink Kalau Dengar" - Ingatkan Penyanyi Misteri, Rupanya...


ADVERTISEMENT