JoyahMengayah Publish time 30-5-2022 07:43 PM

“Kau jangan menyusahkan aku!” – Bingit pukul anak dalam bas sampai penumpang lain pun naik rimas

Edited by JoyahMengayah at 31-5-2022 02:58 PM

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang ligat memarahi anaknya sehingga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak ketika menaiki sebuah bas ke Temerloh, Pahang mendapat pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian sebuah klip video di laman sosial milik Qissy memaparkan dirinya berada di dalam sebuah bas sambil berlatarkan suara wanita yang ‘bising’ memarahi anak-anaknya.

Lebih mengejutkan, situasi itu dikatakan berlanjutan hingga membuatkan ramai penumpang rasa tidak selesa.

“Kau jangan menyusahkan aku,” marah wanita terbabit kepada anaknya yang sedang menangis.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dipercayai anggota polis tampil dan menegur perbuatan wanita itu dan mengarahnya supaya tidak berbuat demikian.

“Nanti saya bawa turun masuk balai. Jangan pukul budak macam tu. Ke nak saya hubungi polis? kalau awak nak naik bas, buat macam nak naik bas. Orang lain pun bayar tambang.

“Kalau nak tidur dalam lokap, saya boleh hubungi sekarang. Orang lain pun ada anak. Geram betul saya, daripada tadi dia belasah anak dia,” tegur lelaki tersebut.

Susulan insiden itu, orang ramai naik geram dengan wanita tersebut serta bersimpati dengan anaknya.

“Kasihan, kalau saya pun marah akak tu. Kenapalah pukul anak. Pujuk dia elok-elok dan bagitahu pemandu untuk berhenti bagi membolehkan anaknya buang air,” kata Nurhidayah.

“Kalau saya akan ambil anak dia dan pujuk. Mak dia ‘burn out’ (penat) agaknya,” luah Siti pula.

“Mak dia mungkin ada tekanan dan lepaskan pada anak dia. Mungkin masalah dengan suami. Kalau iman tak ada boleh cepat hilang sabar,” ujar Cahaya.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/30/ramai-tidak-selesa-wanita-marah-pukul-anak-dalam-bas/

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1531182991971479552?s=20&t=ZStBHATjY7L292RPAlLInA

pooh~key Publish time 30-5-2022 08:05 PM

Entahlah dekkkk….. marilah kita beramai-ramai jahit pookey kita sis!

LoveSungmin Publish time 30-5-2022 08:09 PM

bukan semua perempuan layak jadi mak.. ni la salah satu contohnya.. kalau dekat rumah, memang jenuh la kena belasah..

Meiizu Publish time 30-5-2022 08:13 PM

Mengadalahh ko pepek

tumpanglalu74 Publish time 30-5-2022 08:16 PM

7103046247962922267
https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103046247962922267?lang=en

TOPwind Publish time 30-5-2022 08:22 PM

bukan salah mak, bukan salah anak

salahkan buntutlah tetiba nak berak

sipenyamar pulis pun sama bodoh, salah kan simak pulak

Suchi Publish time 30-5-2022 08:27 PM

Kalau depan orang ramai pun dia selamba pukul dan maki anak cemana kalau kat umah:(

Kesian kat si anak laa..
Benar mak yg gembira akan buat semua orang dlm famili tu gembira.
Sbb tu pentingnya mak tu kena bahagia dan gumbira.

uori Publish time 30-5-2022 08:28 PM

waktu main sedap2 ada ke maki2 laki dia? :lol:

epal_putih Publish time 30-5-2022 08:48 PM

Esok2 ank buat kat dia pulok... huh

Samerosie Publish time 30-5-2022 08:58 PM

Anak dia nak terberak ke? Apa salahnya minta driver berenti ke sekejab takan malu pula.Maki hamun macam tu tak malu lak.Memang bagus pun abang tu tegur mcm tu.Naik bus satu naik plane yg destination jauh kalau dgn anak2 memang kena fikirkan all worst case scenarios and be prepared.

Btw dah tak de dah ye tandas dlm bus cam dulu2?

mbhcsf Publish time 30-5-2022 09:04 PM

Edited by mbhcsf at 30-5-2022 09:11 PM

? orang anak dia, ade kata ganda 'anak - anak 'di situ? dok dalam seat yg macam mane?aiyooo,can't imagine, stressnyer la jugak ...tapi kalau setakat nak pi toilet , usually driver akan bantu...awat bebising??? dlm artikel tu x tulis pulak cerita lanjut
bila tengok tik tok tu baru tahu 3 anak dalam bus

aiyoyooooo , masaklah....bbawa budak dalam keadaan tak selesa...hmmm...

anony-mous Publish time 30-5-2022 09:07 PM

Oh i biasa kena mcm ni masa kecik. Nasib baik zmn tu x ada rekod2 ni kalau x mesti famous dah :lol: ayat “ko ni menyusahkan aku” “ko bawak sial” tu jd makanan iols dari kecik :lol: sampai i rasa x ada syurga utk ank2 mcm ni because how can u respect & love a mother like these? :loveliness:

anony-mous Publish time 30-5-2022 09:08 PM

epal_putih replied at 30-5-2022 08:48 PM
Esok2 ank buat kat dia pulok... huh

Malang la nasib ank dia. Nanti org ckp ank dia derhaka pulak. Tau2 la melayu kan. Org tua akan guna pakej muka kesian, dah lahirkan ank, dah besarkan ank. In the 1st place, kenapa ko beranak

syamzana Publish time 30-5-2022 09:14 PM

dok ulang2 berpuluh kali, moga Allah tarik anak dia kembali kepadaNya. itu doa iols.
dari dok dgn mak cam hanat gini, baik la mati. baru tak menyusahkan maknya.

mbhcsf Publish time 30-5-2022 09:14 PM

anony-mous replied at 30-5-2022 09:07 PM
Oh i biasa kena mcm ni masa kecik. Nasib baik zmn tu x ada rekod2 ni kalau x mesti famous dah   ...

huh???:funk:

eh sape cakap macm tu? ko bawa sial? that is pretty abusive, strong language

patut call teledera...zaman i dedulu ade satu talian ni call hotline teledera...siap ade lagu..tangan yg menggapai akhir layu terkulai seluruh harapnnya berderai...sedih lagu tu...my colleague sorang tu mak dia matron nurse kat hospital..dia asyik dok promote we all masa tu sekolah rendah ke menegah ntah , sejak kes adik mendiang balasundram tu , yups that case..asyik asyik sikit sikit kene call teledera ni, homework banyak cikgu kasi ..dia cakpa kene call teledera :lol:

lyshafull Publish time 30-5-2022 09:20 PM

anony-mous replied at 30-5-2022 09:07 PM
Oh i biasa kena mcm ni masa kecik. Nasib baik zmn tu x ada rekod2 ni kalau x mesti famous dah   ...

Tabahnye uolss i dh umur2 mcm ni ade gak kene maki last sekali masa puasa tah la ape hal angin babi dtg lepas tu iola nekad nk berhijrah penat hidup mental pun penat

hashashes Publish time 30-5-2022 09:21 PM

anony-mous replied at 30-5-2022 09:07 PM
Oh i biasa kena mcm ni masa kecik. Nasib baik zmn tu x ada rekod2 ni kalau x mesti famous dah   ...

I feel sorry for your childhood. Tabah ye sis. Don't continue the vicious cycle.

sukacactus Publish time 30-5-2022 09:24 PM

Yg belum beranak, pikir byk kali sblm buat keputusan nak jd mak please
Lain kali kalau xreti or xsanggup menjaga & mendidik ank, xpayah beranak
Xpayah nak ambik port dgn soklan2 "Bila nak beranak, bila nak beranak" tu
Yg ngadapnya nnt ko, bkn yg dok tya2 soklan2 tu

hashashes Publish time 30-5-2022 09:43 PM

Kahkahkah aku dok geli hati ngan lelaki yang sound tu, akak tau saya sape???

hashashes Publish time 30-5-2022 09:47 PM

Kalau aku, memang tak lah nak handle anak 3 orang naik bas long distance yach. Akan ku heret laki aku sekali kat mana2 outing yang melibatkan anak. Tak kuasa nak handle anak sorang2, komot baju &tak jadi tudung iols nanti. Gitchew ;P sama2 buat sama2 jaga. Haaa tu pasal laki aku tak berani nak minta tambah anak, dia tau aku punya psiko camne :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: “Kau jangan menyusahkan aku!” – Bingit pukul anak dalam bas sampai penumpang lain pun naik rimas


ADVERTISEMENT