Cintaerina Publish time 30-5-2022 04:29 PM

"Pandai Tegur Tapi Tak Pandai Buat" - Salah Langkah Menari, Mamat Pula Ditegur Netizen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/30/153400gi1rjhhyjqhsqs1h.pngSumber: Tiktok Amirah Syamimi


Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar nama MamatGotNoChill. Untuk pengetahuan semua, videonya sudah beberapa kali tular kerana Mamat suka menegur kesalahan selebriti yang tersalah step menari.


Kini, Mamat mempunyai lebih daripada 500,000 pengikut di akaun media sosialnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/30/154129fxr3rh7rt9kjze9r.pngSumber: Tiktok Mamatgotnochill




Antara selebriti yang pernah ditegur oleh Mamat ialah Aeril Zafrel, Nadia Brian dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza. Boleh dikatakan apa sahaja video yang menunjukkan seseorang tersalah langkah semasa menari, pasti Mamat akan menjadi orang pertama yang menegur individu itu. Cara tegurannya pula membuatkan ramai netizen tertawa.


7102659990376238363


Baru-baru ini, nama Mamat sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dilihat sedang menari bersama usahawan produk Demica iaitu Amirah Syamimi.


Menerusi video itu, kelihatan Mamat dan usahawan itu sedang menari lagu trend di Tiktok. Namun, dia kelihatan 'panik' kerana tidak menghafal step lalu terus ketawa terbahak-bahak.


7103063964866612507


Hal ini mennyebabkan ramai netizen yang tampil untuk menegur kesalahan Mamat. Selama ini Mamat yang menegur orang, tapi kali ini Mamat pula ditegur netizen kerana 'cakap tak serupa bikin'.


Bukan main lagi Mamat mencari kesalahan orang, sekali kantoi tidak pandai menari.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/30/154130dlgsyblsiszssl4o.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/30/154129arcc87oiiz0u088c.png

Sumber: Tiktok Amirah Syamimi





Mesti malu, kan bila ditertawakan orang ramai? Nasib baik Mamat disayangi ramai. Lepas ini, kena mula menghafal step tarian pula ya Mamat! - CARI


jullyjean Publish time 31-5-2022 10:29 AM

Mamat kelihatan dan usahawan itu kelihatan menerusi video itu, kelihatan Mamat dan usahawan itu kelihatan Mamat dan usahawan itu kelihatan Mamat dan usahawan itu sedang menari lagu However, dia kelihatan 'panik' karena dia tidak menghafal step lalu terus ketawa terbahak-bahak. smash karts

NazRysha Publish time 1-6-2022 04:06 PM

menyampah tengok mamat ni

pearl.silver Publish time 1-6-2022 06:56 PM

Inila buktinya jual air liur itu lebih mudah dari buat real work.
Pages: [1]
View full version: "Pandai Tegur Tapi Tak Pandai Buat" - Salah Langkah Menari, Mamat Pula Ditegur Netizen


ADVERTISEMENT