Raline Publish time 29-5-2022 11:15 PM

Pulau Supirak Di Sabah, Kisah Kapal Yang Dipercayai Disumpah Menjadi Pulau

Pulau Supirak Di Sabah, Kisah Kapal Yang Dipercayai Disumpah Menjadi Pulau

Kedengaran agak pelik, Pulau Supirak adalah sebuah kapal yang dipercayai pernah disumpah menjadi sebuah pulau pada suatu ketika dahulu.
Pulau merupakan sebuah daratan di laut yang dikelilingi air. Sesetengah pulau mungkin sudah berpenghuni dan ada juga yang masih belum dihuni atau belum diterokai oleh mana-mana pihak luar.

Kadangkala, sesebuah tempat mempunyai kisah atau mitos di sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan kisah-kisah dahulu kala yang pernah terjadi dalam lipatan sejarah rakyat.

Sama juga seperti kisah di sebalik Pulau Supirak dalam artikel ini yang dikatakan sebuah pulau yang berasal daripada kapal. Lebih menarik, kisahnya turut berkait dengan elemen sumpahan seorang ibu terhadap anaknya.

Untuk mengetahui tentang kisah misteri di sebalik pulau ini, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Khae Karem di Facebook ASEAN World 24- Southest Asia Network.

Pulau Supirak Yang Dipercayai Kapal Suatu Ketika Dahulu
Pulau Supirak dipercayai pernah menjadi kapal suatu ketika dahulu sebelum disumpah menjadi batu. Pulau lagenda ini terletak di Pitas, Sabah, Malaysia.

Menurut kisah, seorang anak lelaki ingin mengembara ke seluruh dunia untuk mencari rezeki dan dia telah meninggalkan ibunya, Supirak.

Selepas beberapa tahun pulang dengan kekayaan. Kapalnya entah bagaimana telah telah menemui jalan pulang ke kampungnya. Supirak segera mengenali anaknya dan berasa gembira atas kepulangan anaknya itu.

Malangnya, selepas melihat ibunya berpakaian lusuh, Si anak malu untuk mengakui bahawa itu ibunya dan menghalaunya.

Disebabkan kecewa dengan sikap anaknya itu, dia telah mengutuk anaknya yang mengakibatkan anaknya dan kapalnya serta penduduk kampung Malubang menjadi batu termasuk Supirak.

Disebalik kisah tragis ini, pulau itu memberikan keindahan pemandangan panorama yang indah dan akan membuatkan anda terpersona.

???? christan76, jollence & sesat di sabah.


https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/05/29172738/281548860_5891162250913904_3547752791093996039_n-740x554.jpg

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/05/29181514/280704608_5891162380913891_6913425143855837650_n-740x555.jpg

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/05/29172748/281949499_5891162567580539_6202780643654760265_n-740x554.jpg

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/05/29172751/281868857_5891163647580431_3973016152225333040_n-740x587.jpg

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/05/29181719/281132873_5891163904247072_6382681091912339909_n-740x417.jpg

Sumber:https://siakapkeli.my/2022/05/29/pulau-supirak-di-sabah-kisah-kapal-yang-dipercayai-disumpah-menjadi-pulau/

Tinot7 Publish time 31-5-2022 04:15 PM

Mcm citer si tanggang..
Pages: [1]
View full version: Pulau Supirak Di Sabah, Kisah Kapal Yang Dipercayai Disumpah Menjadi Pulau


ADVERTISEMENT