LLM Publish time 19-9-2010 08:09 PM

CERITA PANJANG SIKIT AJE: Sepi (kisah cinta seorang pembekal mangkuk jamban)

Post Last Edit by LLM at 21-9-2010 02:13

Adam melangkah masuk ke dalam kawasan rumah kediamannya. Dia memanggil 'Sayang sayang, papa sudah balik! Papa ada membeli makanan'

Kedua-dua ekor kucing dan arnab kesayangan Adam yang sedang berpeleseran di hadapan pintu rumah dengan sepantas kilat menuju ke arah Adam yang sedang memegang sebungkus besar makanan kucing jenama Royal Canin dan seguni rumput kering.

'Mi miew..mi miew' kucing-kucing baka siam Adam mengiau kegirangan. Arnab-arnabnya pula melonjak-lonjak dan mengerumuni guni rumput kering.

Selesai memberikan makanan, Adam bergegas masuk ke dalam..

Pada malam itu Adam membelek-belek foto lamanya. Dia mengelamun melihat gambar teman wanitanya yang mati kemalangan digelek lori belacan cap kepala naga dua tahun silam. Kejadian itu berlaku dua hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Dada Adam semakin sebak..pandangan matanya semakin kelam sedikit..

Dia membuka pintu rumah dan memanggil kucing-kucing dan arnab-arnabnya..haiwan peliharaannya meluru masuk ke ruang tamu. Dia mendakap kucing dan arnabnya dengan penuh kesedihan..Hari berganti minggu berganti bulan..cuma kucing-kucing dan arnab-arnabnya menjadi pengubat duka hidup Adam yang sebatang kara setelah kehilangan bakal isterinya..

Bulan mengambang..hati kecil Adam bersuara 'Bulan jangan biar siang. Biar alam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku'

Pada malam itu Adam tidur bersama-sama haiwan peliharaannya di ruang tamu kerana enggan berseorangan di bilik tidur..

BERSAMBUNG :'(

mijot Publish time 19-9-2010 08:14 PM

LLM selamat kembali ;P
lama tak nampak ko...

LLM Publish time 19-9-2010 08:24 PM

terimakasih. aku masuk wad seminggu time raya ni, tangan melecur main mercun katak..hahaha

LLM Publish time 19-9-2010 09:04 PM

SAMBUNGAN..

Jam loceng berbunyi. pukul 7 pagi. Adam bingkas bangun dan mengejutkan kucing-kucing dan arnab-arnabnya. 'Sayang-sayang, main kat luar ye, papa nak pergi kerja' ujarnya dengan penuh rasa sayang.

Adam bersarapan. Cuma dengan segelas milo ais dan sebutir pil multivitamin. Sejak kehilangan bakal isterinya, Elena, selera makan Adam semakin berkurangan.

Setelah selesai bersarapan dan memberi makan kepada haiwan-haiwan kesayangannya, Adam bergegas ke pejabat syarikat kepunyaannya, syarikat membekal mangkuk jamban jenama kepala hamster.

Di dalam pejabat, setelah selesai segala urusan, Adam duduk termenung menghadap tingkap. Menara berkembar Petronas jelas kelihatan dari biliknya.

Dia membelek-belek sekeping gambar yang dia ambil bersama-sama Elena, sehari sebelum kejadian tragis itu.. Hati kecilnya bersuara 'Tanpa dia malam menemaniku, Sepi memelukku'

Sekali lagi Adam dilanda kesedihan..

BERSAMBUNG:'(

flora Publish time 19-9-2010 09:09 PM

sepi itu indah

asnita Publish time 19-9-2010 09:36 PM

cian adam...next2 LLM

LLM Publish time 19-9-2010 10:44 PM

SAMBUNGAN

Jam dinding pejabat menunjukkan pukul 5 petang. Adam bergegas pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, Adam singgah sebentar di pusara Elena.

Hari semakin gelap..Adam masih lagi duduk berseorangan di tepi pusara Elena. Dia mengusap-ngusap batu nesan Elena..Hiba dihatinya sungguh tidak terkata. Mulutnya kelu..

Adam merenung ke arah langit. Bulan sudah mengambang. Hati kecilnya bersuara lagi 'Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku'

Dengar mata yang sudah hampir basah Adam kembali ke rumah. Di perkarangan rumah kucing-kucing dan arnab-arnab Adam berlari-lari menyambut kepulangannya dengan girang.

Adam memberikan haiwan-haiwan peliharaannya makanan sambil mengusap-ngusap kepala mereka.

'Maaf ye, papa lambat balik. Papa pergi melawat mama' dengan nada yang sebak Adam bersuara..

Malam itu, Adam duduk di ruang tamu dan seperti biasa membawa haiwan-haiwan peliharaannya bersama-sama. Dia merenung ke arah televisyen ruang tamu. Sejak Elena pergi, dia berhenti menonton tv mahu pun mendengar radio.

Malam semakin larut. Tetapi Adam tidak mahu tidur lagi. Dia masih teringat akan Elena, ratu hatinya, teman sejiwanya, rakannya yang paling setia.. 'Tanpa dia, malam menemaniku. Sepi memelukku'

Akhirnya, sekali lagi Adam tertidur di ruang tamu..

BERSAMBUNG:'(

LLM Publish time 20-9-2010 12:11 AM

SAMBUNGAN

Jam loceng berbunyi. Pukul 9 pagi. Hari Sabtu. Adam bingkas bangun dan mengejutkan haiwan-haiwan peliharaannya. 'Bangun semua, papa bagi sarapan'

Kucing-kucing dan arnab-arnab Adam melompat kegirangan. Adam dengan penuh rajin memberi biskut kucing dan rumput kering untuk haiwan-haiwan peliharaannya. Seperti biasa Adam cuma bersarapan dengan segelas milo ais dan sebutir pil multivitamin.

Kali terakhir dia bersarapan penuh ialah bersama-sama Elena pada pagi sebelum dia meninggalkannya buat selama-lamanya..Semenjak hari itu selera makan Adam pada waktu sarapan telah terkubur bersama-sama dengan Elena..

Adam bersantai di halaman rumah melihat gelagat haiwan-haiwan peliharaannya. Kucing dan arnab Adam dan Elena telah bela bersama semenjak mereka mula berpasangan..

Adam membelai salah seekor arnab kepunyaannya. Usianya sudah lanjut dan kelihatan uzur. Menunggu hari untuk pergi. 'Kalau awak pergi, katakan kat mama yang papa sayang dan rindu dekat dia, ya?' dengan perasaan hiba Adam terus mengusap-ngusap kepala arnab tua itu.

Seharian Adam duduk di halaman rumah. Pada hujung minggu dia jarang keluar kecuali untuk membeli makanan untuk haiwan kesayangannya..

Hari semakin senja..Arnab tua itu kelihatan semakin lemah berbaring di atas pangkuan riba Adam. Dengan tenaganya yang terakhir, arnab itu menjilat-jilat tangan Adam.

'Awak jangan takut ya..awak akan bersama-sama dengan mama. Mama akan jaga awak kembali seperti masa dia ada. Ingat pesan papa, cakap kat mama yang papa sayang sangat kat mama' Perasaan Adam semakin luluh.

Malam tiba. Arnab tua itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 'Elena, arnab awak dah dah kembali bersama dengan awak..Tunggu giliran saya pulak ye?' Adam duduk terjelepuk di halaman rumah.

BERSAMBUNG :'(

LLM Publish time 20-9-2010 01:21 AM

SAMBUNGAN

Hari Ahad. Adam bangun agak lewat setelah kepenatan semalam menanam bangkai arnab tuanya itu. Seperti biasa dia bersarapan dan memberi makanan kepada kucing-kucing dan arnabnya.

Dia melihat kalendar di ruang tamu. 25 haribulan. Genap 2 tahun Elena pergi buat selama-lamanya..

Adam bergegas keluar dari rumah..menuju ke satu-satunya tempat yang dia masih kerap kunjungi..

Adam tiba di pusara Elena awal petang. Seperti biasa dia duduk sampai berjam-jam.

'Awak, hari ni dah masuk dua tahun awak meninggalkan saya. Saya masih tak dapat lupakan awak.'

'Awak, saya rindu sangat kat awak. Saya pagi-pagi dah tak lalu makan sebab saya sedih sangat teringatkan kali terakhir kita sarapan bersama-sama'.

'Saya tak pergi lagi semua tempat yang kita pernah pergi, sebab awak dah tiada. Saya dah tak minat lagi nak buat apa-apa benda yang saya dulu suka buat bersama dengan awak.'

'Awak, saya jaga lagi arnab dan kucing awak. Itulah satu-satunya benda yang mengingatkan saya pada awak.'

'Awak...saya...' dada Adam sebak. Dia tidak mampu lagi berkata-kata..

BERSAMBUNG

LLM Publish time 20-9-2010 11:59 AM

SAMBUNGAN

Adam beredar perlahan-lahan dari kawasan perkuburan dan menuju ke tengah bandar Kuala Lumpur. Berjalan tanpa tujuan. Berjalan untuk melupakan seketika memori sedihnya itu..

Setelah lama berjalan, Adam tiba di Midvalley Megamall..Dia menuju ke kedai haiwan peliharaan. 'Biskut kucing dan makanan arnab dah nak habis pulak dah' dia mengomel bersendirian..

Ketika dia sibuk memilih makanan, terdengar satu suara memanggilnya 'Adam! Adam! Is that you?'

Dia berpaling dan..

BERSAMBUNG

wwannurr Publish time 20-9-2010 12:56 PM

huhh.... suspen:doh3:

LLM Publish time 20-9-2010 02:06 PM

Post Last Edit by LLM at 20-9-2010 17:00

SAMBUNGAN

Dia berpaling dan melihat seorang gadis berbaju t-shirt kuning tanpa lengan dan berskirt pendek..Adam tergamam seketika..Alamak, mengapa pulak dia terserempak dengan orang yang dia kenal kat sini?'

'Alice Wong? Awak kah tu? Hey, lama tak nampak ..awak beli makanan haiwan ke?’ Ujarnya sambil memaksakan dirinya berkata dengan nada ramah.

Alice tersenyum girang dan menjawab, ‘Yes. This me, Encik Adam Bakhtiar, towkay mangkuk jamban jenama kepala hamster. I’m looking for my dog’s food’ Tersipu-sipu Adam mendengar Alice menyebut nama penuh dan pekerjaannya dengan agak lantang.

Tiba-tiba ada suara berbisik antara satu sama lain ‘Oh, mamat ni tokey mangkuk jamban. Muka poyolah dia ni..Amoi seksi ni kelakar pulak. Nak tackle tokey mangkuk jamban ni kot? kah kah kah’

Muka Adam merah padam. Nafsu amarahnya semakin menggelojak. Siapakah mamat yang bermulut seperti mangkuk jamban yang dia jual itu?Sekumpulan mat rempit yang berada di dalam kedai itu.

Dia menjawab ‘Hoi badigol, paling kurang aku ada kerja. Kalau aku kerja DBKL sapu sampah pun apa korang peduli??Dahlah tu, mencaci kawan aku pulak. Korang ni apa tau, rempit rempit dan meratah bohsia aje tau!’

Suasana semakin tegang. Salah seorang dari mereka, seorang pemuda bermuka jin afrit, menjawab ‘Hoi mat! Kalau tak puas hati kita boleh settle kat luar ni!’

Adam semakin memberang. Matanya merah menyala umpama seekor garuda laparkan ayam‘OK, kau nak, aku boleh terajang korang sekor-sekor kat sini jugak! Lepas tu aku cari motor-motor korang, aku bakar sampai hangus! Dahlah angin aku tak baik hari ni. Silap haribulanlah kaukutuk aku hari ni’

Alice semakin cemas melihat keadaan itu. Dia cepat-cepat menarik tangan Adam. ‘Adam, please let’s go out of here. Forget about those losers’.Adam menyentap tangannya balik. ‘No! not this day, of all days. NOT THIS DAY! They chose the wrong day to mess around with me..’

Alice semakin panik lagi. Tanpa berkata apa-apa dia menyentap tangan Adam sekali lagi dan menariknya keluar dari kedai haiwan itu dan membawanya ke Coffee Bean tingkat bawah. Selesai Adam bertenang,Alicemula bercakap.

‘Dah dekat 2 tahun kita semua tak jumpa awak. Syafik, Liza, Ai Ling, Thomas dan Michael semua tertanya-tanya ke mana awak menghilang selama ni. Risau kami semua, tau tak? Dan saya cemas tengok awak tadi hampir nak bergaduh dengan geng mat rempit tu. Apa hal dengan hari ini yang membuatkan awak terlebih emosional?’

Adam terdiam seketika, dia mengeluarkan gambarnya dengan Elena dari poket baju dan membelek-beleknya..’Alice, do you know? Hari ni dah genap dua tahun Elena meninggalkan kita semua. Sebelum saya pergi ke Megamall ni, saya singgah sekejap kat pusara Elena. Dekat 3 jam saya duduk di situ. Saya datang sini pun cuma nak beli makanan untuk kucing-kucing dan arnab Elena. Arnab dia seekor tu pulak baru mati semalam..Jadi memang angin saya tak baik hari ni’

Hati kecilnya bersuara lagi ‘Alam biarlah kelam, biarlah sepi seperti diriku ini..’

Alice tergamam mendengar penjelasan Adam. ‘Oh God, I almost forgot..I’m so sorry Adam. We all miss her a lot. Saya tak tau nak cakap betapa sedihnya hati kami semua bila tahu tentang kemalangan Elena. Tapi mengapa awak, selepas pengkebumian Elena, hilang begitu saja. Kami semua cuba nak talipon awak tapi nombor dah tak aktif lagi’

Adam menjawab dengan muka yang toya, ‘Oh, handphone saya tu saya dah buang ke dalam tong sampah DBKL di luar stesen Masjid Jamek. Saya dah tak ada mood lagi nak bercakap dengan sesiapa pun. Saya tengah sibuk dengan bisnes saya. Tahun ni semakin ramai orang nak beli mangkuk jamban cap kepala hamster. Heran pulak saya. Mangkuk jamban saya bekal tu taklah istimewa sangat. Cuma ada gambar kepala hamster kat toilet seat tu aje’

Dengan nada lebih perlahan dan tersekat-sekat,Adam menambah ‘...dan saya jugak sibuk menjaga kucing-kucing dan arnab Elena..Tu aje benda yang saya masih ada semangat nak buat’

Hampir menitis air mata Alice mendengar kata-kata Adam. ‘Please Adam, you got to move on..Let her go..Biarkan dia pergi..dia sudah tiada lagi..Awak tunggu apa lagi?’

‘I’m waiting for the day, this long distant day, when I finally can be with her. When we can be together again, forever. Where nothing can ever separate us again. Cinta sejati hanya datang sekali di dalam hidup, kan? I could never stop loving her, Alice. Call me a fool if you think that’s who I am. But, I am who I am. I can be noothers..’

Alice semakin sebak dan hampir hendak menangis..’Adam, I..’

‘It’s ok..I’ll be fine. Saya kena balik dululah. Say hi to the rest of our gang.. Nak kena pergi kedai haiwan dekat dengan rumah saya. Lapar nanti kucing-kucing dan arnab....Elena’. Adam bingkas bangun untuk beredar.

‘Adam..take care, please..I’ll tell Syafik, Liza, Ai Ling, Thomas and Michael you said hi. We still miss Elena a lot. And we miss hanging out with you too..’ Alice bersalam dengan Adam dan memegang tangannya dengan erat. Dia duduk seketika dan memerhatikan Adam berjalan perlahan-lahan ke arah pintu keluar..

Sekembalinya di rumah, kucing-kucing dan arnab Adam meluru kegirangan ke arahnya. Selesai Adam memberi makanan kepada mereka, dia duduk bersantai di ruang tamu.

Hari sudah malam. Adam seperti biasa duduk termenung. Hati kecilnya bersuara, ‘Aku masih dengar suaranya. Aku bangun, aku tidur, aku mimpi. Dia masih di sini’

BERSAMBUNG:'(

bintang Publish time 20-9-2010 03:11 PM

Feeling of deep hurt :(


Pasal panjang lak cerpen kali ni?

LLM Publish time 20-9-2010 03:12 PM

aku saje nak try tulis cerita serius sikit kali ni. tukar selera. kalau aku tulis cite lawak memanjang boring jugak..

bintang Publish time 20-9-2010 03:21 PM

Betul tu.. teruskan... cerpen Sepi yang panjang dan pilu tu :'(

wwannurr Publish time 20-9-2010 03:29 PM

next.......next........next........ pelisss

LLM Publish time 20-9-2010 04:05 PM

Post Last Edit by LLM at 20-9-2010 16:36

SAMBUNGAN

Malam semakin gelap. Pukul 9.30. Adam membawa kucing-kucing dan arnabnya masuk ke ruang tamu.

‘Maaf sayang semua, papa lambat beli makanan tadi. Tau tak papa tadi hampir bertumbuk dengan mat rempit kat kedai. Nasib baik ada Auntie Alice yang tenangkan papa’

‘Papa ada pergi lawat mama tadi. Dekat 3 jam papa berbual dengan mama. Sekarang ni kamu bertiga aje yang tinggal. Cik Nab dah bersama-sama dengan mama. Kalau kamu semua pergi, tinggal papa aje seorang kat rumah ni’

Adam mengusap-ngusap kepala ketiga-tiga kucing dan arnabnya dengan penuh perasaan pilu. ‘Awak, mengapa saya tak boleh lupakan awak?’ dia berkata sendirian.

‘25 haribulan..hari awak pergi meninggalkan saya. Dan..hari lahir saya ke-28 dan ulangtahun ke-2 awak sudah tiada...Well, “happy” birthday to me. Will this date ever be “happy” any longer?’

Ting tong. Bunyi loceng pintu berbunyi. ‘Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Kalau mat fit jual judi tikam tu lagi, aku memang akan meng-karatekan tengkuk dia’.

Adam membuka pintu.

‘SURPRISE!’ Adam tergamam seketika melihat orang yang berada di pintu. Syafik, Liza, Ai Ling, Alice, Thomas dan Michael. Mereka membawa kek dan hadiah..

‘Oh. Guys. Thank you. Thank you! Macam mana korang semua tahu tempat tinggal saya? Sayakan dah pindah 2 tahun lepas?’ Adam bertanya dengan penuh hairan.

‘Adam, ada orang beritahu kami yang kau dah menjual rumah kau dan lepas tu kau beli rumah Elena lepas dia meninggal. Aku dah agak dah yang kau akan duduk kat rumah dia’ balas Syafik.

‘Pandai korang meneka kat mana aku tinggal sekarang ni ye. That’s brilliant’ Adam menjawab sambil memaksa mukanya untuk senyum. ‘Come in come in. Letak kek dan hadiah semua tu kat meja ruang tamu’

Ai Ling melihat haiwan-haiwan kesayangan Adam tengah berbaring di atas permaidani. ‘Nice cats and rabbit, Adam. So cute, liao! When did you buy them?’ tanyanya.

‘They’re not actually mine. I just look after them’ jawab Adam

‘Oh, really? Whose pets then? Siapa yang punya?’ Ai Ling bertanya lagi. Liza, Alice, Thomas dan Michael dengan rasa geram memberi isyarat kepada Ai Ling supaya jangan bercakap lagi..

‘Adoi, apasal minah ah lian ni tanya pulak soalan ni..eeee..geram aku!’ getus hati kecil Liza.

Adam menjawab dengan perlahan-lahan, ‘The pets..kepunyaan Elena..I look after them since she’s gone..’

Ai Ling terdiam. Mata rakan karib Elena itu tiba-tiba berair. Tanpa di duga Ai Ling terus menangis. Adam pula terdiam, tidak tahu hendak berkata apa. Dia kaku berdiri terpacak di hadapan kek harijadi di atas meja ruang tamu..

‘Adam..I’m sorry..I shouldn’t have asked..’ Ai Ling menangis teresak-esak.

‘It’s ok. Please..please don’t cry, yah?’ Adam cuba menenangkan Ai Ling. Dia memandang ke arah Michael. ‘Mike, help me out here with her’ dia berbisik kepadanya.

Michael yang memang ada hati dengan Ai Ling meluru ke arahnya dan mententeramkan keadaan.

Adam terasa matanya semakin berair..dia melangkah ke bilik dapur. ‘Excuse me guys, let me make you some tea, ok?’ dengan suara terketar-ketar menahan perasaan pilu dia berkata.

BERSAMBUNG:'(

LLM Publish time 20-9-2010 07:12 PM

Post Last Edit by LLM at 20-9-2010 20:00

SAMBUNGAN

Di dapur, Adam membancuh teh untuk dihidangkan kepada kawan-kawannya. Dia berhenti dan termenung seketika. Dia melihat bulan yang penuh mengambang di luar tingkap dapur.

Hati kecilnya bersuara lagi 'Bulan jangan biar siang. Biar alam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku..'

Sementara itu, di ruang tamu, Syafik, Liza, Ai Ling, Alice, Michael dan Thomas duduk dan berbual-bual sesama sendiri.

Ai Ling berkata, 'Macam mana ni, Adam dah berasa sedih lagi. Menyesal aku bertanya soalan tu. I never knew Elena have pets..Takkan kita nak biarkan dia bersedih pada hari jadi dia.'

Thomas mencelah 'Kau semua tau tak hari ni juga sudah genap 2 tahun Elena meninggalkan kita. Dahlah sama tarikh dengan hari jadi Adam ni. How do we cheer him up?'

Alice berkata 'Aku nak pergi dapur nak tengokkan dia. I just can't stand watching him suffer alone anymore..'

'Aku pun nak cakap kat dia. I follow you?' ujar Ai Ling.

Di dapur Adam hilang di alam lamunan. Dia bercakap sendirian.

'Awak, hari ni harijadi saya. Geng kita semua datang ke rumah awak. Awak, hari ni sepatutnya hari saya gembira. Tapi awak sudah tak ada lagi..Hidup ni boleh berubah dalam sekelip mata aje..Pelik kan? Adakah kita ditakdirkan bertemu hanya untuk berpisah?'

Kebetulan Ai Ling dan Alice sudah berada di dalam dapur dan mendengar kata-kata Adam..

'Oh dear, i just don't know what to say to him..nak buat macam mana dengan Adam ni?' Air mata Ai Ling kembali mengalir..

Alice memanggil nama Adam. Dia tersentak sedar dari lamunan. 'Hey girls, sorry for the wait, the tea is almost ready..'

'Forget about the tea, Adam. We're there for you if need us ok? Kita semua sayang Elena. Kita semua rindu kat Elena. But please let her go. Live on..Live on' Alice merayu.

Adam diam seribu bahasa.

Pada masa yang sama Thomas, Michael, Syafik dan Liza sudah berada di dapur juga. Mereka tumpang berasa sedih..

'Come, Adam.. Let's go back to the living room and eat your cake, ok?' Michael bersuara perlahan-lahan.

BERSAMBUNG:'(

LLM Publish time 20-9-2010 07:59 PM

Post Last Edit by LLM at 20-9-2010 20:01

SAMBUNGAN

Malam itu mereka berbual-bual panjang.

'Besok cuti umum. Apa plan kau Adam?' tanya Syafik.

'Oh..aku tak ada plan apa-apa. Bangun pagi, aku pergi ziarah kubur Elena..Lepas tu balik tidur' balas Adam.

'Eh, kau tau tak, masa aku memandu limpas tempat perkuburan Elena masa nak balik kerja, aku hari-hari tengok ada sorang ni duduk berjam-jam kat satu pusara. Mesti time yang sama. Aku rasa siapakah budak tu?' celah Liza.

Michael dengan rasa bengang berbisik kepada Liza 'Gosh, isn't it obvious who he is..shhh'

'Siapa lagi?' tanya Adam dengan senyuman yang begitu tawar..

'Oops. Tersilap cakap lagi aku' bisik hati kecil Liza.

Alice yang duduk bersebelahan Adam cuba menenangkan suasana yang menjadi sedikit kekok itu.

'Adam, tomorrow may I join you for your visit? I'd like to see Elena too' dia bertanya.

'Yes, That would be good' balas Adam.

Pada keesokan harinya, Adam dan Alice berdiri di hadapan pusara Elena. Pada batu nesan tertulis:

YM ALMARHUMAH RAJA ELENA TUANKU ALI, 1 OKTOBER 2000- 25 NOVEMBER 2025

'Awak, saya datang ni. Alice pun ada kali ni. Kita semua rindukan awak' seperti biasa Adam bercakap-cakap sendirian.

'Awak, semalam harijadi saya. Syafik, Liza, Ai Ling, Alice, Thomas dengan Michael semua datang rumah awak. Awak, saya...saya..' Adam tidak dapat meneruskan percakapan. Entah mengapa pada hari ini dia berasa lemah. Dia jatuh terduduk di tepi pusara. Pandangannya menjadi kabur.

Alice berasa cemas.

'Adam, are you ok?'

' Alice, I can't breathe well'.

'I'd better take you to the hospital.,'

Alice terus memapah Adam masuk ke dalam kereta dan terus memandu ke Hospital Ampang Puteri.

Adam dapat merasakan degupan jantungnya semakin lama semakin lemah..

BERSAMBUNG:funk:

mijot Publish time 20-9-2010 09:48 PM

adam kena serangan saket jantung ke???
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: CERITA PANJANG SIKIT AJE: Sepi (kisah cinta seorang pembekal mangkuk jamban)


ADVERTISEMENT