YgBenar Publish time 28-5-2022 10:03 AM

SeIamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan,Gadis Ini Bawa Pulang & Bela

Edited by YgBenar at 28-5-2022 10:08 AM

https://youtube.com/shorts/57G9VSZllcs?feature=share
Bercakap tentang kucing terbiar, baru-baru ini seorang gadis telah menyeIamatkan nyawa seekor kucing terbiar yang berkeliaran di tengah-tengah jalan raya besar.

Kisahnya bermula apabila gadis ini sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan tiba-tiba dia terlihat seekor anak kucing yang tiada arah tuju berada di tengah-tengah jalan.

Gadis tersebut yang bimbang akan keseIamatan kucing tersebut lalu bertindak turun dari kereta dan membawa kucing tersebut ke dalam kereta menuju ke pejabat tempat gadis tersebut bekerja bersamanya.

Anak kucing tersebut juga dikatakan kelihatan takut sehingga menggigiI apabila diambil.

Sejurus sampai di pejabat, gadis itu terus memandikan anak kucing itu dan memberikan sedikit wet food dan air kerana katanya anak kucing yang diambilnya itu kelihatan lapar dan terlalu haus dek kerana cuaca yang panas di luar.

Anak kucing jantan itu juga diberi nama Susano dan lebih mesra disapa Sano oleh tuannya. Sano dikatakan sangat manja dan comel. Kehadiran dirinya di pejabat gadis itu juga disenangi ramai.

Sano juga akan dibawa ke tempat kerja gadis tersebut pada setiap hari dan disimpan di dalam sangkar berserta bekas pasir dan bekas makanannya. Sano kelihatan semakin gembira berada di sisi gadis tersebut.

ezacbee Publish time 28-5-2022 10:27 AM

Kecik2 cute laa, nanti dah beso, degil :lol:

Aku de jumpa anak kucing baru lahir kena buang kat bas stop, mata pun xbukak lagi. Bawak balik umah bela sampai sekarang. Kemain degil2 manja. :lol:

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:13 PM

kuat nengok cerita naruto haa
hahaha

copy_paste Publish time 31-5-2022 09:45 AM

nasib baik la ade gdis yg baik mcm ni, kalau x mesti dah kena lenyek
Pages: [1]
View full version: SeIamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan,Gadis Ini Bawa Pulang & Bela


ADVERTISEMENT