Cintaerina Publish time 27-5-2022 08:24 PM

"Sekali Keluar, 5 Plastik Besar" - Naik Motor Ke Kedai, Suami Pening Isteri Borong Satu Troli

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/27/191952xs0d0070pd0pjea0.pngSumber: Tiktok Kakyen


Sebut saja 'shopping' atau membeli-belah, pasti golongan wanita akan tersenyum manis. Tambah-tambah lagi jika berpeluang berkunjung ke sebuah pasaraya, pasti akan rambang mata untuk membeli barang kehendak diri.


Seperti biasa, para suamilah yang terpaksa mengangkat semua barangan dibeli si isteri.


Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ayin.ariff.


Menerusi posting itu, pada awalnya niat wanita ini hanyalah mahu membeli pencuci pinggan di sebuah pasaraya. Namun, dia kemudian mengejutkan suaminya apabila dia keluar bersama sebuah troli yang penuh dengan barangan yang baru dibeli.


7101566658602487082


Tetapi, yang membuatkan ramai terhibur adalah wanita tersebut terlupa bahawa dia datang bersama suaminya ke pasaraya itu menggunakan motosikal.


Keluar sahaja pintu pasaraya berkenaan, kelihatan suaminya hanya mampu tersenyum dan membebel tentang barangan yang dibelinya itu.


Siapa sangka pergi pasaraya nak beli satu benda sahaja, tetapi pulang dengan membawa lima plastik besar.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita itu dan dalam masa sama ramai juga berkongsikan pengalaman sama.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/27/191950taj0cjqqfq1ajjtz.pngSumber: Tiktok Kakyen


Sabarlah wahai kaum lelaki, memang semua perempuan begini! - CARI






faraway1 Publish time 27-5-2022 09:40 PM

Bukan benda biasa ke...... Semua fikir 1 bend last last satu kedai di beli

romeor Publish time 27-5-2022 10:46 PM

Bersyukur la suaminya nampak sabar tenang ajeā€¦ tak melenting pun

kuzaime Publish time 28-5-2022 07:07 AM

Laki aku suka perli cara halus:curse: sblm masuk kedai, dia tanya apa2 aje yg aku nak beli, katakanlah aku sebut 5 barang, kdg kluar kedai dia saja check betul ke x ada 5 barang tu aje:lol:

ezacbee Publish time 28-5-2022 10:28 AM

Naik grab je, settle. :lol:

kotakominami Publish time 28-5-2022 12:18 PM

Huhu...sekali sekala bang

Lily_Elizabeth_ Publish time 28-5-2022 11:17 PM

Cm biasa le. Jantan tunggu luar besarkan telur dia je. Entah2 duit beli barang tu bini dia yg bayarkan all. Mana mana jantan sure tunggu je baik kedai bungkus makan baik kedai runcit baik. Kerja depa besarkan telur sajork tunggu didepan venue. Nyampah.

gigahertz Publish time 29-5-2022 01:00 AM

ezacbee: Naik grab je, settle. :lol:
i biasa mcm ni. pakai moto tetiba eh la penuh pulak
ending up i pakai lalamove baru rm 8

pearl.silver Publish time 29-5-2022 09:39 AM

Tu benda biasa... Klu gi dgn kereta xbyk brg nk beli. Klu dgn moto masa tu laa nk beli beras, beli telur, tp i pasrah peluk barang2 tu kt belakang

Zack8hunter Publish time 5-6-2022 09:57 PM

Lily_Elizabeth_ replied at 28-5-2022 11:17 PM
Cm biasa le. Jantan tunggu luar besarkan telur dia je. Entah2 duit beli barang tu bini dia yg bayark ...

mungkin ko tak perasan yg laki dia pakai sandal tapi berstokin.. mungkin dr tempat keje
Pages: [1]
View full version: "Sekali Keluar, 5 Plastik Besar" - Naik Motor Ke Kedai, Suami Pening Isteri Borong Satu Troli


ADVERTISEMENT