sfhzuraz Publish time 27-5-2022 08:17 PM

Hantaran FB dedah kes dera dua budak

Hantaran FB dedah kes dera dua budak

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 27, 2022 @ 6:01pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bongkar_1653645676.jpg
Dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai didera, ketika diselamatkan di sebuah rumah flat di Air Itam, Georgetown. - Foto tular



GEORGETOWN: Dua wanita di Air Itam di sini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan terhadap penderaan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun.
Wanita tempatan berusia 28 dan 52 tahun itu masing-masing adalah ibu dan nenek saudara kepada kanak-kanak berkenaan.
etua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata polis menerima laporan seorang lelaki tempatan mengenai satu hantaran di Facebook (FB) memaparkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka.Mengesyaki kanak-kanak itu menjadi mangsa dera, lelaki berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Air Itam di sini.
"Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sebuah rumah flat di kawasan Air Itam pada jam 11.15 pagi tadi.
"Menerusi serbuan itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berusia lima tahun diselamatkan manakala dua wanita terbabit ditahan," katanya dalam kenyataan.
Soffian berkata, pemeriksaan awal pada tubuh mangsa menemukan kesan luka dan lebam di muka serta badan disyaki akibat penderaan.
"Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau tampil ke balai polis berhampiran.




Pages: [1]
View full version: Hantaran FB dedah kes dera dua budak


ADVERTISEMENT