aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 05:34 PM

(Merged) Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

Post Last Edit by jingga007 at 19-9-2010 18:35

Bab 1                                                             Aku menyusuri jalan di sebuah lorong yang sunyi denganlinangan air mata.Air mata yang mengalir di pipi aku kesat kasar.Aku benci akanair mata yang sedang mengalir tanpa henti.Beg pakaian yang aku bawa,aku alihkanpula ke tangan sebelah kanan.Rasa lenguh yang sudah mula mencengkam tangan kirimembuatkan aku mengeluh.Dihambat pula dengan rasa penat,beserta dengan rasakeliru untuk memikirkan di mana aku hendak tidur pada malam ini.
“Kalau lu nak selamat,serahkan semua barang-baranglu..”jerkah satu suara lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan aku sambilmemegang sebilah pisau lipat.Aku tercenggang seketika.
“Hoi!Lu tak dengar ke apa gua cakap.Gua cakap..kalau lu nakselamat,lu serahkan semua barang-barang lu..”.
Aku gigit bibir.Rasa bengang sudah mula aku rasai.Kalauselalu adengan itu aku lihat dalam drama di televisyen,kini aku sendiri sudahmengalaminya.Bravo!Tahniah pada diri aku yang memang bijak sebab lalu di lorongjalan.
Beg sandang yang tersangkut elok di tubuh aku,aku tanggalkandan aku lemparkan tepat di hadapan lelaki tersebut.
“Kurang ajar betul lu.Main lempar-lempar pula.Mak bapak lutak ajar hormat orang ke?”runggut lelaki tersebut.Dia membongkak mengutip begsandang aku yang berwarna hitam itu.
Aku hanya perhatikan sahaja tingkah-laku lelaki yang sedangmenyelongkar beg sandang aku.Sedikit pun aku tidak halang ataupun berbuatapa-apa.Lelaki tersebut memandang aku.
“Lu jangan jerit.Kalau lu jerit..siap lu”ugut lelakitersebut.
“Kau ada dengar ke aku menjerit?”soal aku pula.Kali ini,akubetul-betul bengang dengan ugutan lelaki tersebut.Dahlah merompak..lepas tu nakmain ugut-ugut aku pula.Sekali aku jerit betul-betul karang.
“Gua kasi ingatan aje.Itu pun lu nak marah ke?”.
Aku buat muka.Lelaki yang berada di hadapan aku ni,aku agakusianya baru dalam lingkungan 20-an.Mungkin sama dengan aku.Mungkin juga nakmenghampiri ke usia 30-an.Dengan seluar jeansnya yang terkoyak di bahagianlutut,dan baju t-shirt hitamnya yang memaparkan gambar tengkorak di hadapan.Ohya..dengan telinganya yang bertindik,dan juga dengan rambutnya yang sekerathitam dan sekerat perang.Dengan rambut yang terpacak yang mengalahkan durilandak.Dan juga,dengan chewing gum yang daripada tadi aku lihat asyikdikunyahnya.Mungkin dia nak tiru cara artis Barat tapi tak jadi.Aksesorigelengnya yang berwarna hitam di kedua-dua belah tangan,dan cincin tengkorak yangaku lihat terdapat di jari hantunya.
“Apa ni?Seringgit aje yang lu ada?”soal dia sambilmenayangkan not seringgit.Aku tersentak dan kembali memandang dia.
“Ambiklah..itu pun duit juga,bukannya daun pisang”ucap akuselamba.
Tersentak aku apabila melihat dia mendekati aku.Air liur akuteguk perlahan.Ahh..nilah padahnya kalau mulut bau macam longkang.Lelaki tersebut berdiri berhadapan dengan aku,dan merenungaku tajam.
Bersambung...
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 05:46 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

BAB 2
“Eh!Gua ni perompak lu tahu.Perompak!Bukannya bai jualkarpet.Lu tak takut sama gua ke hah?Boleh lu buat muka selamba badak macam nidepan gua”.
Kus semangat..aku ingat tadi dia nak toreh pisau belit tukat muka aku.
“Takut?Buat apa aku nak takut sama kau?Sebelum kau rompakaku,aku dah terlebih dahulu kena rompak dengan orang lain.Setakat muka kau yangmacam penjual air cendol depan rumah aku ni,aku tak hairanlah..”
Yap!Itu kebenarannya.Sebelum aku berjumpa dengan lelakini,aku sudah pun dirompak oleh hamba Allah yang lain.Habis semua duit simpananaku dikebas.Yang ditinggalkan,hanyalah not seringgit.Itu pun mungkin perompakitu tinggalkan sebab kesian tengok aku.Mungkin..
Lelaki tersebut membuntangkan biji matanya.Dia pandangaku,sebelum menjatuhkan pandangannya pada beg pakaian aku yang berada di tepikaki.
“Lu dah kena rompak ke?”.
Aku angguk kepala.
“Bila?”.
“Setengah jam tadi.Sebelum aku lalu lorong ni”jelas aku,tidak bersemangat.
“Itulah lu..Lu tahu tak?Ni KL.Kejahatan lelaki.Dekat sinimemang banyak orang yang jahat-jahat”.
“Macam kaulah..?”soal aku sinis.
“Gua tak adalah jahat sangat macam diaorang tu.Nah!Lu ambikbaliklah beg sandang lu ni.Harap beg sandang aje yang besar,duitnya cumaseringgit.Banyak lagi duit gua”.
“Kalau duit banyak pun,haram nak buat apa”perli akuselamba.Beg sandang yang dihulurkan aku capai.Huhuhu..ringan betul beg aku.
“Lu lari dari rumah yea?”soalnya lagi.Aku terdiam sejenak.
“Muka aku ada nampak macam muka lari dari rumah ke?”.
Dia pula terdiam.Kotak rokok dikeluarkan daripadapoketnya.Rokok diambilnya sebatang,sebelum menyalakan dengan lighter.Akumemandang dengan penuh meluat.Meluat melihat ketenangan dirinya ketikamenghembus asap rokok tersebut.
“Gua nampak muka lu macam lari dari rumah”.
“Memang aku lari dari rumah pun”ucap aku lalu terusmengangkat beg pakaian.
“Lu nak pergi mana ni?”jerit dia kuat,mematikan langkah aku.
“Kenapa?”soal aku.
“Yelah..gua saja tanya.Lu nampak muka macam budakkampung.Lepas tu,dahlah lari daripada rumah.Konfem pertama kali datang KL nikan?Dengan duit seringgit,lu nak pergi mana?”.
Aku terdiam.Tidak tahu untuk berkata apa.Betul kata dia.Manaaku nak pergi?Aku bukannya ada sape-sape pun dekat KL ni.
Lelaki tersebut mengeluh melihat reaksi aku yang kelu itu.
“Jomlah!Lu ikut gua.Gua kasi perlindungan dekat lu.Lu nakmerayau sorang-sorang dekat KL ni bahaya.Ikut gua okey”ajaknya.
Aku kerut dahi.Lelaki tersebut aku pandang ke atas dan kebawah.Boleh percaya ke ni?
“Kenapa?Lu tak percaya sama gua?”soalnya.
Aku angguk kepala.Lelaki tersebut ketawa.
“Lu ni memang jujurlah.Gua tak buat apa-apa dekat lu.Guacuma kesian aje.Lu nak ikut ke tak ni?”soalnya sekali lagi.
Aku berfikir-fikir.Nak ikut ke tak?Gaya lelaki ni NAMPAKmacam baik.Mungkin dia boleh dipercayai.Mungkin juga tak.Apa-apa pun,tawakalsudahlah.Tapi buatnya kalau dia ada niat tak baik,nampaknya esok pagi mesti nama aku keluar dekat surat akhbar Metro muka depan.
"Kalau lu tak nak,tak apa.Gua tak kisah.Gua cuma kesian je"Ren pandang aku tenang.
Aku gigit bibir bawah.Nak ke tak nak?Kalau aku tak ikut dia,mana aku nak pergi?Rumah anak-anak yatim?Gi-la!Balai polis?Apa aku nak cakap?Encik..saya lari dari rumah.Tumpang tidur sini boleh?Mahunya aku kena hantar balik ke rumah.Ke nak tidur dekat hotel.Jangan mengarut.Aku mana ada duit.Seringgit adelah.
"Nak ke tak nak.Penat betullah gua tunggu lu ni".
"Err..kau ni bukan perogol bersiri kan?"soalku teragak-agak.
Dia terkejut barangkali dengan soalan aku.
"Bukan bapak ayam kan?"
Dia pandang aku dengan pandangan tak percaya.Malah,makin berkerut dahi dia.
"Bukan pembunuh upahan kan?"soalku lagi.
"Lu banyak sangat tengok Gerak Khas ni"Dia senyum sinis.
Aku angguk kepala,lurus.Dia mengaru kepalanya.
"Gua tak buatlah kerja jahat peringkat bahaya macam tu.Dah!Lu jangan nak fikir yang bukan-bukan."
Aku diam.Boleh percaya ke tidak dia ni.
“Jom!Ikut gua.Nama gua Azren.Tapi,lu boleh panggil guaRen.Lu?”soalnya.
“Salha”jawab aku pendek.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 05:49 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

BAB 3
Kami berhenti di sebuah rumah teres yang berpagarkan warnahitam.Aku pandang sekilas Ren.
“Jom masuk”ajaknya.Namun kaki aku masih lagi tidak bergerak.
“Ini rumah gua”.
Aku diam.Maka?Reaksi apa yang harus aku bagi?Masih ragu-ragu untuk masuk lagi.
“Gua tak tinggal dengan kawan-kawan”.
“Ohh..”perkataan tersebut terkeluar.Adakah ini bermakna yangdia hanya tinggal seorang diri?Dan dia nak kasi hint dekat aku yang aku akanselamat bila tinggal dengan dia cuma berdua?
“Lu kenapa?Mak gua ada dekat dalamlah”.
Aku tersengih.Barulah hati aku terasa lega sedikit.Muka Renyang tersenyum sinis memandang aku,aku jeling.
“Apa?”soalku.
“Lu takut kan?”soalnya.
Aku mencebik.
“Bukan aku takut..cuma aku seram aje.Bukannya aku kenal kausangat”.
“Eleh..lu ingat orang yang dah lu kenal lama tu,baik ke?”.
Aku terdiam.Pintu pagar dibukanya.
“Masuklah..”ucapnya.Diberi laluan kepada aku ketika pinturumahnya sudah dibuka.
“Assalamualaikum…”jeritnya kuat.Aku kerutkandahi!Wallawei..mamat yang macam ni pun reti bagi salam juga?Bagus…ada sikitsifat baik dalam diri dia.
“Mana mak gua ni?Lu duduk kejap okey.Gua pergi check dalambilik”.Aku angguk kepala.Sofa yang terletak di ruang tamu aku pandang sekilassebelum melabuhkan punggung.
Tidak lama selepas itu,Ren muncul kembali.Dia melabuhkanpunggung berhadapan dengan aku.
“Mak gua tengah solatlah.Lu tunggu kejap okey”ucapnya sambilmeraup rambut.

Akuhanya mampu menanggukkan kepala.Rasa berdebar-debar sudah mula menyelebungididalam diri.Mintak-mintak,mak Ren ni okey orangnya

aerolit_gurlz
^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 05:53 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


BAB 4
“Mari makan Salha…”ajak Mak Ati ketika aku baru keluardaripada bilik.Aku tersenyum manis.Kerusi makan aku tarik perlahan.
“Maaflah mak cik.Salha tak tolong apa pun”ucap akuserba-salah.Mak Ati tersenyum.
“Tak apa.Mak cik tak kisah.Salha tentu penat kan,mak cikfaham.Makan banyak-banyak Salha.Cuma lauk ni aje yang ada”.Aku perhatikan lauk di atas meja.Nampak menyelerakan.
“Ren mana mak cik?”soal aku ketika menyedari yang lelaki itutidak ada bersama.
“Dia keluar jumpa kawan.Kejap lagi baliklah tu.Kita makanlahdulu.Tak payah tunggu dia.Nasib baik Salha ada temankan mak cik.Kalau tak,makcik makan sorang-soranglah jawabnya.Selalu macam tu”.
Aku tersenyum hambar.Tidak tahu hendak memberikan reakreasiyang bagaimana.Muka Mak Ati kelihatan murung.Lauk ikan goreng terus aku capaidan aku bubuh seekor dipinggannya.
“Makan yea mak cik.Tak elok sedih-sedih depan rezeki.Ikan tupun dah tak sabar nak masuk dalam perut mak cik”ujar aku bergurau walaupun akutahu benda itu tidak melawakkan.Mak Ati ketawa kecil,sebelum kembali menyuapnasinya.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 05:58 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


BAB 5
Aku pusingkan tubuh ke kiri.Terkebil-kebil aku merenung daunpintu.Kemudian,aku kalihkan pula tubuh aku ke kanan.Mata aku merenung dindingyang kaku.Aku mendengus sebelum kembali membalikkan badan aku menatapsiling.Akhirnya,aku bangun lalu duduk di atas katil sambil meraup kasar rambut.
Pintu bilik aku buka perlahan dan aku melangkah keluardaripada bilik.Aku melangkah lalu duduk di atas sofa diruang tamu yangkelihatan gelap,dan hanya disinari oleh cahaya lampu dapur.
Tersentak aku apabila mendapati lampu di ruang tamu menyalaterang.Aku pandang Ren yang baru muncul daripada dapur.
“Tak boleh tidur?”soal Ren perlahan.Aku hanya mendiamkandiri.Melihat langkahnya yang datang menghampiri aku sambil memegang gelas.
“Lu kenapa?”soal Ren sekali lagi.
“Tak boleh tidur”jawab aku.
Ren ketawa kecil.
“Gua tahu lu tak boleh tidur,tapi kenapa lu tak bolehtidur?Lu ada masalah?”.
Aku mendiamkan diri.Dia yang sedang meneguk minuman akupandang.Sekali pandang,aku ras Ren ni kacak orangnya.Meskipun penampilannyaagak pelik,namun dia masih ada aura yang tersendiri.Entahlah..mungkindisebabkan aku tak boleh nak tidur,menyebabkan aku mula berfikiran yangbukan-bukan.
“Lu ni sebenarnya asal mana?”.
Aku tersentak.Bibir aku ketap perlahan.
“Johor”ucap aku.
Ren angguk kepala.
“Kenapa lu lari dari rumah?”soalnya lagi.
Aku mendiamkan diri.Kali ini,memang sengaja aku mendiamkandiri.
“Kau memang dah lama dah yea buat kerja macam tu?”soal akupula.Menukar terus topik perbualan.
“Umur lu ni berapa?”.
Aku mendengus.
“Mak kau tahu tak kau buat kerja yang macam tu?”.
Kali ini,Ren pula mendengus.
“Gua tanya lu,lu tanya gua balik yea”.
Aku diam.Membiarkan suasana sepi menyelebungi kami selamabeberapa saat.
“Esok kau pergi merompak lagi ke?”soal aku.
Ren ketawa.
“Kenapa?Lu nak ajak gua pergi mana-mana ke?”.
“A`ah!Aku nak ajak kau”.
“Dating?”soalnya sambil tersengih.
“Banyak kau punya dating.Aku nak cari kerjalah esok.Ingatnak mintak kau temankan.Aku tak berapa mahir lagi soal jalan dekat KL ni”.
“Lu nak kerja apa?”.
“Aku tak kisah.Asalkan halal”.Sengaja perkataan halal ituaku tekankan.Namun,Ren hanya buat muka biasa.
“Pukul 10.00”ucapnya lalu terus bangun,dan masuk ke dalambilik.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:01 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


BAB 6
Aku menolak pintu Starbucks dengan senyuman yang terukir dibibir.Ren yang sedang bertinggung di tepi longkang sambil menghisap rokok terusbangun.
“Macam mana?”soalnya.
Aku sengih.            
“Kau rasa?”soal aku pula.
“Gua rasa lu dapat”.
“Yap!Pandai pun kau.Memang aku dapat dan aku boleh mulakerja esok”.
Ren angguk beberapa kali.Asap rokok dihembusnya beberapakali.Aku mendengus.
“Aku nak hidup lama okey..”.
Ren sengih.Rokok dicampak ke tanah.
“Nanti bila dah dapat gaji,aku janji aku keluar daripadarumah kau”.
“Gua tak suruh lu blah pun”.
“Yelah.Memanglah kau tak suruh aku keluar.Tapi,aku takmahulah nak menyusahkan keluarga kau.Lagipun,aku seganlah duduk lama-lama rumahkau”.
“Lu jangan nak fikir yang bukan-bukan.Mak gua okey,gua punokey aje.Gua tak kisah berapa lama lu nak duduk rumah gua.Rumah gua punbukannya ada sapa-sapa.Mak gua dengan gua aje.Kalau lu ada,lu boleh temankanmak gua”.
Aku pula terdiam.Hanya mengikuti langkahnya yang berjalan dihadapan aku.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:05 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


BAB 7
Aku mulakan perkerjaan di Starbucks dengan rasa senanghati.Walaupun agak kekok pada mulanya,lama-kelamaan rasa itu dapat akuatasi.Dengan rakan-rakan sekerja yang sanggup untuk membantu aku,sememangnyaaku cukup merasa terhutang budi.Dan juga dengan Ren yang setia menunggu akuhabis bekerja pada tiap-tiap hari.Bila aku melarang,hanya jawapan ini yangkeluar daripada mulut dia.
“Alang-alang gua dah lalu sini,biarlah gua tunggu lu..”
Dan..aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi keranakata-kata Ren memang susah hendak dibangkang.
“Aku dapat gaji hujung bulan ni”ucap aku memulakan perbualanketika kami sedang berjalan beriringan.
“Jadi?”soalnya sambil memandang aku sekilas.
“Aku rasa,hujung bulan ni aku dah boleh keluar dari rumahkau.Kawan sekerja aku dah offer bilik untuk aku tinggal.Sewa boleh tahan”.
Langkah Ren terhenti.
“Lu betul-betul nak pindah dari rumah gua”.
Aku angguk kepala.
“Aku dah cukup menyusahkan kau dengan Mak Ati”.
Ren mendengus.
“Gua tak tahu nak cakap apa.Ikut suka hati lu.Ini hidup lukan?Gua tak ada hak nak masuk campur”ucapnya.
Aku perhatikan langkahnya yang berjalan meninggalkan aku dibelakang.Walaupun ayat dia nampak tenang,entah kenapa,aku terasa bagai ada kepedihandi dalam hati aku.Bagaikan ditusuk dengan duri mendengar ayatnya.aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:09 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

BAB 8
“Kenapa lu lari dari rumah”soal Ren ketika kami sedang menunggu bas.
“Aku kena jawab ke soalan kau?”.
“Gua tak paksa.Kalau lu nak cerita,lu cerita”.
Aku mendiamkan Ren.Dapat aku lihat dengan ekor mata muka Ren yang tidak puas hati.
“Lu ni memang kan?Suka sangat berahsia dengan gua”.
“Tadi kau juga yang cakap yang kau tak paksa kalau aku tak nak cerita”.
Ren mendengus.
“Ceritalah..gua nak tahu apasal lu lari dari rumah”.
“Sebab bapak aku..”jawab aku malas.
“Bapak lu?Apasal?Dia nak perkosa lu?”.
Aku menjeling wajah Ren yang tersengih.Selisih malaikat 44.
“Mulut kau dengan bau loji sama aje kan?”.
“Habis..dah lu cerita sekerat-sekerat.Gua tembak ajelah.Apasal dengan bapak lu?”.
“Dia paksa aku kahwin”.
“Kahwin?”Ren kerut dahi.
“Yap!Kahwin dengan kawan dia”.
“Kenapa lu tak nak?Kahwin syok apa”.Dan Ren terus ketawa kuat selepas dia menghabiskan ayatnya itu.Dia tersengih penuh gatal ke arah aku.
Aku mendengus.
“Kalau kau ingat kahwin hanya sebab itu aje,aku katok kepala kau dengan sandal aku ni.Gila kau!Kawan bapak aku tu sama usia dengan bapak aku.Macam tu aku nak kahwin.Sorry..aku tak minat.Aku ada cita-cita dan impian walaupun SPM aku hancur”.
Ren ketawa.
“Lu umur berapa?”.
“25”.
“Owh..dua tahunlagi muda daripada gualah kalau macam tu”.
“Kau 27?”.
Ren angguk kepala.Aku senyum sinis.
“Umur dah lanjut pun masih lagi nak buat kerja haram”.
“Lu sindir gua?”soalnya sambil mengeluarkan rokok.Aku geleng kepala perlahan.Dalam sehari,agak-agak berapa kali dia ni hisap rokok.
“Bukan!Itu kenyataan.Sampai bila kau nak kerja dekat tengah jalan,ugut orang sana-sini.Daripada kau buat macam tu,lebih baik kau cari pekerjaan yang stabil sikit”.
Ren ketawa.
“Gua memang dah kerja apa”.
“Itu kerja yang haram..”
“Nope..gua serius.Gua dah memang ada kerja.Gua kerja mekanik”.
“Habis..kenapa kau buat kerja haram tu lagi?”.
“Itu first time gua cuba tu.Kawan gualah cakap,buat kerja macam tu seronok.Cepat kaya.Gua pun trylah..Last-last”Dia ketawa lagi.
Aku mendengus.
“Kau salah pilih mangsalah waktu tu”.
“Yap!Nasib gua jumpa lu.Tapi,gua tak kisah sangat.Gua buat kerja tu cuma suka-suka.Gua ingatkan seronok.Tapi mendanya yang seronok?Kesian adalah.Lu kiranya mangsa pertama dan mangsa terakhir gua”.
Rasa macam nak ketawa aje.Patutlah dia baik dengan aku.Pertama kali buat kerja macam ni rupanya.
“Kau ni memang betul sempit akal”kutuk aku.
Ren tersengih.Asap rokok dihembusnya.
“Gua nak tanya lu satu soalan”.
“Apa?”.
“Apasal bila tiap kali gua ushar lu,lu tentang mata sekejap aje dengan gua.Lepas tu lu mesti pandang tempat lain.Kenapa?”.
Aku terdiam.
“Rambut kau tu..buat mata aku sakit.Campur dengan telinga kau yang ada kesan tindik tu”.
“Jadi..lu tak suka dengan penampilan gua?”soalnya.
Hmm.Aku terdiam.Tak suka ke aku dengan penampilan dia?Aku rasa,aku tak adalah benci sangat tengok penampilan dia.Aku rasa,aku dah boleh aje terima penampilan dia yang sebegitu.Juga dengan bahasanya yang lu gua tu.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:12 PM

Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )

BAB 9Hari ni hari Sabtu.Aku habiskan masa dengan mengemasrumah.Ren awal pagi lagi sudah lesap.Katanya,dekat bengkel ada banyak kerja.Bingkaigambar yang berwarna coklat itu aku ambil dan aku renung.Gambar seorangperempuan berpelukan penuh mesra dengan seorang lelaki.Lelaki itu aku kenal.ItuRen!Yang perempuan tu aku tak kenal.
“Itu Rissa..anak perempuan mak cik”.
Aku tersentak.Mak Ati melangkah ke arah aku perlahan.Diatersenyum sambil memeluk mesra bahu aku.
“Rissa mak cik?Salha tak pernah nampak pun”.
Mak Ati mengeluh.Dia duduk di atas sofa sambil merenungaku.Pandangan matanya penuh kesedihan,kesayuan dan kedukaan.Dapat aku lihat itudaripada anak matanya.
“Mak cik..”tegur aku perlahan.Bingkai gambar itu aku letakkembali ditempatnya sebelum aku melangkah duduk di sebelah Mak Ati.
“Rissa dah tak ada Salha.Dia dah lama meninggal”.
Terpana aku seketika.Aku tidak tahu hendak berkata apa.
“Salha…..”
“Tak apa Salha..tak apa!Mak cik dah boleh terima hakikatyang Rissa dah tak ada.Mak cik dah boleh terima hakikat..”ucap Mak Atiberkali-kali.Disapunya air mata yang mengalir di pipi.Lagi sekali akuterkesima.Apa yang perlu aku lakukan?
“Rissa meninggal sebab overdose.Dia ambildadah.Entahlah..mungkin semua ni salah mak cik.Salah sebab tak pernah bagisepenuh perhatian dekat dia.Mak cik berdosa dekat dia.Kalaulah mak cik lebihpeka akan diri dia..mesti..”
“Mak cik..”Aku pegang jemari Mak Ati,mematikan terusbicaranya.
“Apa yang berlaku bukan salah mak cik.Semua ni dahditetapkan.Kita kena terima qada dan qadar walau betapa pedih sekali pun”.Mak Ati tersenyum hambar.
“Mak cik tahu!Tapi mak cik kesian dengan Ren.Lepas kematianRissa,dia terus jadi lain.Kalau dulu,Ren bukan macam tu.Mak cikrisau,takut-takut kalau dia pun nak jadi macam Rissa.Mak cik tak nak kehilangandia.Cukuplah mak cik kehilangan seorang anak perempuan mak cik.Mak cik dah taksanggup hendak melalui kehilangan yang kedua”.
Aku terdiam.Adakah Ren macam tu?Aku yakin,Ren tak macamtu.Cuma pakaiannya aja yang tak senonoh,tapi aku yakin dia takkan lakukanperkara bodoh macam tu.Aku yakin!
aerolit_gurlz^-^

jingga007 Publish time 19-9-2010 06:23 PM

aiyoh! :L

awat tak sambung je kat sini semua :L kan senang cerita :o alahai :L :L

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 06:49 PM

eh eh..
baiknya tolong mergedkan..
trimas bebanyak yea...:laugh3:

jingga007 Publish time 19-9-2010 06:58 PM

Reply 11# aerolit_gurlz


    jgn buat lg mcm ni ye...pening lemang dlm pale ni tak abis lagi :'(

aerolit_gurlz Publish time 19-9-2010 07:04 PM

Reply 12# jingga007

Baik...Minta maaf banyak2 yea....{:1_146:}

jingga007 Publish time 19-9-2010 07:13 PM

Reply 13# aerolit_gurlz


    dimaafkan demi hari raya :'(

mijot Publish time 19-9-2010 09:43 PM

not bad...
next...next...next..

asnita Publish time 19-9-2010 09:59 PM

best2 aerolit...next2

ariellin Publish time 20-9-2010 10:37 AM

alahh...mana g...next :$

aerolit_gurlz Publish time 20-9-2010 07:29 PM

BAB 10

“Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidakdituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu.
“Ada aku suruh kau tunggu aku?”.
Ren terdiam.
“Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”.Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,akuterus melangkah laju.
“Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak.
Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satusenyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke belakang.Kelihatan Rensedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh.
“Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren.
Aku mencebik.
“Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasarlelaki lemah!”.
Ren buntangkan biji mata.
“Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkatali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari sambilkendong lu pun gua boleh tau..”.
Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan!
“Jom..”
“Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tariklengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian.
“Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua takminatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik gua tolong makgua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”.
Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki.Walaupun Ren membebel,namun dia tetap juga mengikuti langkahku.
“Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahugua pun”.
Aku buat muka.
“Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluarjeans ni dalam mulut kau”.
“Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhusumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa?Boyfriend lu?Betul ke ludah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren.
Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarnabiru terang aku pamerkan di hadapan Ren.
“Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya.
“Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilangaje”.
Aku mendengus.
“Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabungaje”.
“Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam bodylu..”
Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan bajukemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil.
“Yang ni?”.
Ren tayang muka bosan.
“Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya tasteni”.
Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gayayang macam tu.
“Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”.
“Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluargua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”.
“Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau sukasangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”.
“Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”.
Huh!Aku dikatanya buta fesyen?
“Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanjagua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”.
“Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolongpilih aje.Kaulah yang bayarkan”.
Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripadakedai tersebut.
aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 20-9-2010 07:30 PM

BAB 11
“Perlahanlah sikit..”bentak aku.Beg sandang aku dia lepaskan.Kalau koyak beg sandang aku,aku saman kau.
“Daripada gua bazirkan duit dekat sini,baik gua kumpul duit pergi pinang lu”.
Terkesima sebentar aku.Sudah dua kali dia bercakap mengenai perkara ini.Adakah dia nak main-main dengan aku?Aku pandang muka Ren yang tersenyum bangga.Debaran tiba-tiba datang mengetuk pintu hati aku,dan hati aku terasa seperti deras.Muka aku pula kelihatan hangat tiba-tiba.Aku alihkan pandangan ke tempat lain.
Dapat aku dengar Ren ketawa.Ren memandang tepat ke dalam anak mata aku.Dia tersengih.
“Lu malu ek..”soalnya nakal.
Ya Allah!Aku tidak tahu reakasi bagaimana yang harus aku tonjolkan.Mukanya yang menghalang muka aku,terasa sungguh mengasyikkan.Pandangan matanya,terus menikam jauh ke dalam hati aku.Bahunya aku tolak kuat.
“Tepilah..”ucap aku kasar,ingin terus membuang jauh-jauh perasaan `aneh`yang datang bertandang.Ren ketawa kuat.
“Cakaplah kalau lu malu.Nak sorok-sorok pula sama gua..”jerit Ren kuat.Aku yang hanya beberapa meter daripadanya hanya mengangkat tinggi tangan yang sudah digenggam menjadi penumbuk.
“Diamlah..”jerit aku juga dan terus berjalan laju tanpa menunggu dia.

aerolit_gurlz^-^

aerolit_gurlz Publish time 20-9-2010 07:32 PM

BAB 12

“Mak kau ada cerita dekat aku pasal arwah adikkau,Rissa”tutur aku perlahan ketika aku dan dia sedang menunggu bas.Aku sendiripun tak tahu kenapa aku tiba-tiba buka topik pasal itu.Mungkin sebab rimasdengan suasana sepi yang menyelebungi kami meskipun kami sekarang berada di tepijalan raya.
Ren hanya mendiamkan diri.Pandangannya jauh merenung keretayang bergerak pantas di atas jalan raya.Aku gigit bibir.Rasa macam nak tonyohmulut sebab gatal-gatal bukak topik pasal itu.
“Gua tahu,mak gua sampai sekarang takut gua jadi macam arwahadik gua”.
Aku diam.Wajah Ren yang kelihatan tenang ketika menghisaprokok aku pandang.Ren alihkan pandangannya memandang aku.
“Gua janji dengan lu,gua takkan buat perkara bodoh macamtu.Gua takkan sentuh alcohol dengan dadah ni semua”.
Ren pandang aku dalam,meminta supaya aku percaya akanpercakapannya.
“Kau janji kau takkan sentuh benda macam tu?”.
“Gua janji!Gua janji gua takkan sentuh benda tu semua.Lupercaya cakap gua kan?”.
Aku angguk kepala.Ren!Aku percaya dekat kau.Walaupun kitatak berapa kenal,tapi aku yakin kau takkan ambil benda macam tu.Entah kenapa,tapi aku yakindengan kau.
aerolit_gurlz^-^
Pages: [1] 2
View full version: (Merged) Bahasa Cinta Kita ( Cerpen )


ADVERTISEMENT