Agent13k Publish time 27-5-2022 01:57 PM

Penunggang Motosikal Jatuh Kerana Wanita Lintas Jalan Tak Toleh Kiri Kanan

Setiap kali sebelum melintas jalan, kita perlu memandang kiri dan kanan untuk memastikan keadaan selamat, tetapi ada segelintir individu tidak mengendahkan kenderaan yang lalu-lalang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/27/124303zwgracmww44cgrmw.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini, tular video TikTok memaparkan sebuah motosikal terbalik kerana mahu mengelak seorang wanita dan anaknya yang sedang melintas jalan dengan selambanya.


7101939933002206491

Difahamkan, penunggang motosikal yang terkejut kerana mereka tiba-tiba melintas di hadapannya cuba mengelak, tetapi terjatuh. Manakala wanita dan anak itu pula di tempat kejadian itu terus berjalan tanpa rasa bersalah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/27/124400lmkkps8s8vdp9p1k.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di ruang komen pula, ramai netizen kecewa dengan tindakan cuai wanita itu kerana dia telah membahayakan nyawanya dan orang lain. - CARI

missyL Publish time 27-5-2022 03:28 PM

Mmg Ade jenis cmnie
Main jalan je

Ataupn yg jenis lintas melenggang2

Maybe mereka ade ilmu kebal

esbok Publish time 27-5-2022 04:35 PM

tu belum kira jalan dengan headphone/earphone kat telinga. dengan harapan semua orang nampak kau melintas

Adrif Publish time 27-5-2022 05:04 PM

sejenis

"Kalau korang langgar aku, korang yang salah, sebab aku perempuan yang dukung anak kecik."

sialan. kalau aku JKM, aku keluar arahan asingkan budak tu dari maknya.
berdasarkan bukti video, mak dia takleh protect anak dia, malah mengundang kemudaratan.

tapi tu lah.. apa-apa jadi, orang yang langgar jugak dipersalahkan nanti

saman la perempuan ni. membahayakan rakyat awam

Zazama Publish time 28-5-2022 11:42 AM

Kak, nasib akak tak kena tibai dgn penunggang motor tu.

insulin Publish time 28-5-2022 11:49 AM

Seram pula tengok penunggang motor tu jatuh macam tu. semoga takde anggota badan cedera parah.

doubleharmonic Publish time 28-5-2022 01:31 PM

ko baru keluar dari kandang ke hah noreen? main lintas jalan menoreen buta tak tengok kiri kanan tapi orang lain pulak yang kena

Cokoro Publish time 28-5-2022 04:46 PM

Mujo brother tu tak terperosok bwh lori :mad:

ripiled585 Publish time 28-5-2022 05:21 PM

doramasmp4

che-cikL Publish time 29-5-2022 01:22 AM

Iols pulak rasa, perempuan tu melintas berdasarkan pertimbangan yg langkah dia tu ngam lepas sebelum kereta yg ada dashcamtu sampai. Habis tu, dah motor tu yg tetiba je overtake gitu selit2 macam biasa lah perangai motor. So mendapat lah cash kat situ.

Samerosie Publish time 29-5-2022 08:40 AM

I nak padankan muka motor ni tibaw cilok tepi lori.Yg lady ni dia memang jaywalking next time kalau jln mcm ni tunggu la dulu lori lepas sebab tak nampak apa yg oncoming sebelah lori ke maupun belakang lori.

Kalau tengok tepi jalan kiri semua motor kat situ naper motor sekor ni pula tak sabar ke apa?
Pages: [1]
View full version: Penunggang Motosikal Jatuh Kerana Wanita Lintas Jalan Tak Toleh Kiri Kanan


ADVERTISEMENT